24 Jun 2013

Ibrah surah kahfi

Pemilik 2 kebun anggur. Dikelilingi dua kebun kurma. Hasilnya tidak pernah putus. Pengurusan sangat terjaga. Pada masa yang sama ada kebun si miskin.

Ni bukan cerita lama tapi macam cerita kita. Sebagai org kaya. Dia kagum dan berbangga dengan kebunnya. Dia rasa hasil itu tidak akan musnah. Dia tidak akan mati

Si miskin tegur. Ayat kamu akan jadi kufur masya allah. La haula wala quwwata illa billah. Jaga-jaga sebab sekelip mata sahaja boleh binasa. Allah tunjuk kekuasaan.

Terkejut si kaya dgn tgn letak di kepala. Betullah kata si miskin krn aku kufur.

Jadi kne lihat sudut pandgn kita sbb itulah cre dajal.

Kuasa pun tidak boleh beri ketenangn kecuali dekat dengan agama.

Dajal akan serang 4 kaedah

Kepercayaan, ilmu, harta dan kekuasaan

kredit utk ustaz Hasrizal

23 Jun 2013

Nisfu Syaaban + Jerebu

Jerebu. Asap. Kelabu. Asap berbahaya. Adakah ada kaitan dengan surah Ad-Dhukhan? Hanya Allah yang tahu.

Nisfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban. Bulan purnama akan muncul. Bila jerebu meliputi cakerawala, agak mustahil untuk melihat bulan ini. Teringat cerita komik Dragon Ball. Goku pandang bulan purnama, maka dia akan menjelma jadi gorila. Mitos mana mereka gunakan untuk buat komik ni.

Pagi tadi sempat catat nota dari program Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Roslan. Aku cuma nak kongsi contoh hadis palsu (maudu') dan hadis Dhaif yang tidak boleh dijadikan hujjah berkaitan nisfu Syaaban.

1. Riwayat Al Imam Al Baihaqiy dari As Sayyidah ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):“Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: malam ini adalah nishfu sya’ban dan pada malam ini Allah SWT membebaskan dari neraka manusia sebanyak bulu kambing bani kalb, pada malam ini Allah tidak melihat dengan pandangan rahmat kepada musyrik, musyaahin, pemutus silaturrahim, orang yang durhaka kepada orang tuanya dan peminum khamr”. Ini adalah Hadis Dhaif.

2. Rasulullah berkata Ali bermaksud,“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkandia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Ini adalah hadis Palsu dan tiada sandarannya.

3. Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. Tiada sandaran hadis.

4. Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. Tiada sandaran hadis.

5. Buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Tiada sandaran hadis.

**********
Moga kita terhindar daripada mengada-adakan sesuatu dalam agama.

Cukuplah kita memperbanyakkan amalan sunat seperti puasa pada hari isnin dan khamis. Bangun Qiamullail. Banyakkan bacaan quran dan memahaminya sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan.

Wallahua'lam. Jika ada kesilapan tolong tegur.

p/s: semalam aku dah delete blog pss sekolah yang aku buat sebelum ni. Tak sempat nak update. Daripada tersadai, lebih baik aku tumpu kepada blog sendiri. Jika ada pelajar nak handle blog itu, kita akan buat yang baru. Insya Allah.

15 Jun 2013

Cubaan Khat

Khat sinonim dengan kesenian Islam. Khat terhias pada dinding masjid dan tembok. Di dinding rumah juga dihiasi dengan ayat Al-Quran yang tulisan khat.

Sudah agak lama aku meninggalkan latihan khat. Tulisanku juga semakin buruk dan tidak mengikut kaedah yang betul.

Teringat kusza. Di sana, aku telah masuk kelas khat selama 3 semester. Setiap semester, aku belajar khat yang berlainan. Riqaah, nasakh dan thuluth.

Apabila melihat tulisan pelajar yang 'cantik' aku mula berfikir dan mendapat idea. Bengkel penulisan khat sekali seminggu bagi setiap tingkatan. Asas yang pernah aku pelajari itu akan digunakan semasa bengkel.

Sekarang aku sedang usahakan untuk mendapat peralatan khat dan alat pengajaran yang sesuai untuk pengajaran ini. Disamping itu, aku cuba memaksa diri untuk berlatih membuat tulisan khat ini.

Dengan izin Allah. Usaha yang sedikit ini diharapkan semua pelajar dapat membaca dan menulis khat dengan lebih baik terutama khat riqaah.

06 Jun 2013

Sate Ikan Lokcing.

Sate Ikan Bukit Berangan. Ada 2 tempat jual sate ikan ni. Sate Kak Ning dan Sate Kak Yoh. Aku pilih sate ikan Kak Yoh. Besar-besar dari biasa. Biasanya aku beli atas penjual sate ikan atas basikal. Bakar kemudian celop dalam kuahnya dan masukkan dalam raju' (plastik bimbit tu..istilah yang tak pasti).

"Jangan lupa snap gambar tempat buat sate yea," pesan seorang rakan. Dia sangat teringin makan. Tak pernah aku bawa ke sekolah. Pelajar yang datang buat lawatan ke Terengganu tahun lepas sempat la merasa.

"Mak cik, minta izin ambil gambar boleh?" dengan senyuman mak cik cuba betulkan kain tudungnya.Beliau sangat comel walaupun dah macam nenek.

"Ambil la kat dalam. Dalam tu tempat goreng dan proses guna mesin," kata seorang kakak pekerja. Lupa nak tanya nama. Setiap kali jumpa orang, aku sentiasa lupa tanya nama.

Apa pun layan gambar. Siap alamat lagi. Promosi secara percuma kerana Allah.







27 Rejab 1434 H

"poster dari fb"

Sempena Hari Isra' Mikraj ini, aku nak kongsi video Ya Hana Na!

Rentak baru dari Ust Zainol Asri. ^_^

Dengar jangan tak dengar. Ada cerita sket dari ustaz. Lepas habis ustaz cerita, baru mula qasidah. ^_^

Nahh lirikk sekali!




ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami


خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami



Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...