23 Jun 2015

Doktor Peramah

"Tiada objektif...bla...bla...bla...," tak sangka ada doktor yg jenis beleber (membebel). Rasa menyampah pada awalnya tapi aku biarkan tanpa menyampuk atau menjawab persoalannya. Mungkin ini cara untuk hilangkan stress pesakit jumpa doktor.

"rugi.rugi. rugi...," kata doktor. Tapi nak buat macam mana lagi sebab aku sendiri tak tau ketentuan Allah ini. Adakah ini ujian untukku? Hanya Allah yang tahu.

"Jumpa lagi nanti," kata doktor yang tiada nama. Aku memang susah nk bersembang dengan golongan profesional tapi tiada nama atas meja. Bilik no.6. Menariknya, doktor ini tidak menyebabkan aku takut untuk bertanya. Soalan dibuka seluasnya. Tulisan tangan doktor, aku tak pandai baca. Kalah pelajar aku. Bila dia kata jumpa lagi, rasa tak nak jumpa dia lagi.

Di bahagian ortopedik, jumpa doktor lain. "mmm...macam pernah jumpa je," dia berlalu sambil berkata-kata. Pelik. Aku senyum tanpa menjawab.
Adakah dia doktor pembedahan apendiks aku? maaf la doktor sebab apabila sakit, kurang kenal orang

Second wife???!

Offer menjadi isteri. Isteri pertama dan tidak bermadu boleh difikir-fikirkan. Isteri ke-2 dan bermadu. Terus tolak tanpa fikir panjang. Memilih. Ya. Apa salahnya menjadi pemilih? Adakah cara aku salah? Usiaku sudah menjangkau usia tua. Hakikat yang perlu diakui. Sesuai dengan kata doktor  " jika kahwin umur 40 tahun. Dapat anak. Umur 50 tahun, anak baru 9 tahun. Rugi...sebab tu orang sekarang kahwin muda".

Baru sekarang aku terfikir nakal. Sudikah doktor ambilku jadi isterinya. hahaha... Tapi bersyarat. Dia mesti bujang atau duda. Gila juga aku ni. Sepanjang berada dalam bilik, aku diam. Menghormati dirinya sebagai seorang doktor. Suamiku seorang doktor? Terasa bibirku membentuk senyuman.

Sepanjang perjalanan musafirku, teringat kata-kata doktor dan wajahnya yang bersih dan suka memandang wajahnya ketika bercakap. Senyuman terukir dibibir. Bila lagi aku dapat berjumpa dengannya?Terasa bahagia menyapa. Gila!

Semalam ayah telefon. Cerita seorang ustaz. Alim pada perkiraan ayah sebab menjadi Naqib bagi usrah group ayah. Rupanya ada umpan. Ustaz itu mahu aku jadi second wife. Hidup bermadu. Ada anak tiri yang ramai. Jakun. oh tidak! Prinsip aku tidak akan menyakiti hati wanita lain.

Cerpen

Ya Allah, pertemukan aku dengan lelaki yang baik. Suami yang baik. Kawan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...