25 Jun 2010

Candu, Rokok dan Syisya...Mana bahaya? atau sama sahaja?



Bila sebut pasal benda 'alah' ni, kadang2 aku fikir...mudahnya nak jajah sesebuah negara. Bagi anak-anak muda ketagih.
Bila ketagih, tidak ingat dunia. Tak ingat tanggungjawab. Tak ingat solat. Tak kenal mak ayah dan keluarga lain. Yang dia ingat..benda 'alah' ni.
Aku kenal candu di negara China je ada. Hingga glamour criter Wong Fei Hong lawan Inggeris dan buka pusat pemulihan candu. Ini cara nak jajah negara cina. Bawa masuk candu. Hingga anak muda ketagih rokok. Tiada pertahanan diri
walaupun hebat dalam kungfu.
Kalau di negara kita Malaysia ni, anak muda ketagih rokok, dadah, ganja dan barang seumpama dengannya. Wooo...lagi banyak benda aku tak tau. Majoriti lelaki hisap rokok. Kalau tak hisap rokok, macam tak macho...huh! tu pada pemikiran mereka yang nak mati cepat. Termasuk cikgu-cikgu, anak murid, ustaz-ustaz, ketua-ketua jabatan dan dot dotttttt...
Sekarang glamour dengan syisya. Masa aku di Bumi Fir'aun dulu...biasa la nampak syisya kat kedai-kedai kopi arab. Berjubah tapi hisap syisya. First time tengok nak tergelak. Bila dah biasa tengok, perut aku dah tak tergelak dah. Budak Malaysia pun hisap. Yang tu memang aku terkejut...Walaupun seorang dua yang buat. Habis susu satu belanga rosak.
Bila balik Malaysia, kedai-kedai karpet bangla ada jual syisya. Yang angkut bawak balik adalah melayu Islam. Aku ada dengar temubual bersama seorang Dr dalam tv. Antara yang aku ingat, katanya
"....syisya sama dengan 100 batang rokok...lagi bahaya bila berkongsi...."
Banyak betul mukaddimah aku ni...teruskan baca...
*****************
Kegunaan candu adalah bermula dalam bidang perubatan iaitu digunakan untuk melegakan kesakitan, cirit-birit dan dijadikan sebagai ubat batuk. Walau bagaimanapun, kajian secara intensif telah menemui beberapa jenis dadah lain yang serupa dengan candu dan dapat digunakan sama ada untuk menyembuhkan kesakitan dan cirit-birit. Oleh itu, penggunaan candu adalah berkurangan disebabkan kewujudan bahan sintetik yang menunjukkan kesan yang lebih baik daripada candu. Namun demikian, candu masih dikekalkan dan digunakan dalam keadaan yang tertentu terutamanya melawan kesakitan yang berpanjangan.
Selain itu, kebolehan candu adalah memberi rangsangan kepada tidur. Oleh itu, sebarang kesakitan berlaku dan memerlukan pesakit itu tidur, candu akan dijadikan sebagai bahan soporifik iaitu ubat tidur. Di samping itu, candu juga dijadikan sebagai bahan analgesik iaitu ubat tahan sakit bagi sesetengah kesakitan sebagai contohnya kesakitan ketika bersalin.
Penggunaan candu dan heroin pula akan menjadikan seseorang itu berasa amat puas hati malah perasaan kecewa, bimbang dan takut akan hilang. Justeru itu, seseorang itu akan berasa amat senang hati. Walau bagaimanapun, penggunaan candu dan heroin mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Ini adalah berikutan selepas mencubanya beberapa kali, seseorang itu akan menyimpan keinginan yang hebat untuk mencubanya lagi.
Rokok adalah benda beracun yang memberi efek santai dan merasa lebih jantan. Di balik kegunaan atau manfaat rokok yang sekecil itu terkandung bahaya yang sangat besar bagi orang yang merokok maupun orang di sekitar perokok yang bukan perokok.

1. Asap rokok mengandung kurang lebih 4000 bahan kimia yang 200 diantaranya beracun dan 43 jenis lainnya dapat menyebabkan kanker bagi tubuh. Beberapa zat yang sangat berbahaya yaitu tar, nikotin, karbon monoksida, dsb.
2. Asap rokok yang baru mati di sebabkan mengandung tiga kali ganda bahan pemicu kanker di udara dan 50 kali mengandung bahan pengeiritasi mata dan pernafasan. Semakin pendek rokok semakin tinggi kadar racun yang siap melayang ke udara. Suatu tempat yang dipenuhi asap rokok adalah tempat yang lebih berbahaya daripada di jalan raya.
3. Seseorang yang mencuba merokok biasanya akan ketagihan karena rokok bersifat candu yang sukar dilepaskan dalam situasi apapun. Seorang perokok tegar akan memilih merokok daripada makan jika wang yang dimilikinya terbatas.
4. Harga rokok yang mahal akan sangat membebankan orang yang tergolong miskin, sehingga dana kesejahteraan dan kesehatan keluarganya sering dialihkan untuk membeli rokok. Rokok dengan jenama terkenal biasanya dimiliki oleh perusahaan rokok asing yang berasal dari luar negeri, sehingga uang yang dibelanjakan perokok sebagaian akan lari ke luar negeri yang mengurangi devisa negara. Pabrik rokok yang mempekerjakan banyak buruh tidak akan mampu meningkatkan taraf hidup pegawainya, sehingga apabila pabrik rokok ditutup para buruh dapat dipekerjakan di tempat usaha lain yang lebih kreatif dan mendatangkan devisa.
5. Sebagian perokok biasanya akan mengajak orang lain yang belum merokok untuk merokok agar merasakan penderitaan yang sama dengannya, yaitu terjebak dalam ketagihan asap rokok yang jahat. Sebagian perokok juga ada yang secara sengaja merokok di tempat umum agar asap rokok yang dihembuskan dapat terhirup orang lain, sehingga orang lain akan terkena penyakit kanser.
6. Kegiatan yang merusak tubuh adalah perbuatan dosa, sehingga rokok dapat dikategorikan sebagai benda atau barang haram yang harus dihindari dan dijauhi sejauh mungkin. Ulama atau ahli agama yang merokok mungkin akan memiliki persepsi yang berbeza dalam hal ini.
Kesimpulan :
Jadi dapat disimpulkan bahwa merokok merupakan kegiatan bodoh yang dilakukan manusia yang mengorbankan uang, kesehatan, kehidupan sosial, pahala, persepsi positif, dan lain sebagainya. Maka bersyukurlah anda jika belum merokok, karena anda adalah orang yang smart / pandai.
Ketika seseorang menawarkan rokok maka tolak dengan baik. Merasa kasihanlah pada mereka yang merokok. Jangan dengarkan mereka yang menganggap anda lebih rendah dari mereka jika tidak ikutan ngerokok. karena dalam hati dan pikiran mereka yang waras mereka ingin berhenti merokok
************
Hisap Shisha Ibarat Api Masa Kecil Jadi Kawan, Besar Jadi Lawan
(Oleh Melati Mohd Ariff)

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) : Memerhatikan gelagat anak-anak muda menghabiskan waktu malam dengan bersantai di kafe atau restoran adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya.

Drama kehidupan muda-mudi di bandar besar. Lelaki, perempuan bergelak ketawa dan mempamerkan gaya hidup bebas di kota metropolitan.
Asap berkepul, mereka menyedut perlahan-lahan objek yang diletakkan di sebelah tempat duduk. Yang perempuannya sedikit pun tidak menampakkan rasa segan atau malu, asap yang disedut dihembus, berkepul-kepul keluar dari mulut.

Antara sedar atau tidak, ada satu
trend atau kecenderungan yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini, yang mungkin jika tidak dibendung akan menjadi satu budaya perosak iaitu menghisap shisha.

Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa.

Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha.
ASAL USUL

Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya.

Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.
Shisha dipercayai mula membanjiri negara ini dengan kedatangan pelancong-pelancong dari Timur Tengah khususnya pada tahun-tahun 90-an.

Sesetengah pihak mungkin tertanya-tanya mengapa tiada batasan atau larangan untuk shisha sedangkan kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mengadakan pelbagai kempen anti-merokok dan kempen amalkan gaya hidup sihat.

Aneh bukan? Atas alasan apa menghisap shisha dibiarkan sedangkan ia masih menggunakan tembakau!
BAHAYA UNTUK PEROKOK

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, terdapat kira-kira 1.3 bilion perokok di seluruh dunia dan sekitar lima juta mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan menghisap rokok.
WHO memberi amaran jika trend tersebut tidak berubah, 10 juta orang setahun akan mati akibat penyakit berkaitan menghisap rokok menjelang 2020.

Kebimbangan WHO itu juga membuatkan badan dunia itu mengeluarkan slogan untuk sambutan Hari Tanpa Tembakau Dunia tahun ini yang memberi amaran kepada perokok bahawa tembakau adalah
"berbahaya dan boleh membawa maut dalam apa jua bentuk".

Satu laporan dari London baru-baru ini menyebut tentang pengharaman menghisap rokok di khalayak ramai yang akan dikuatkuasakan di England Jun 2007.

Langkah tegas ini sudah tentunya turut memberi kesan kepada penghisap shisha.
MUDAH TERPENGARUH

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman tidak terperanjat dengan budaya menghisap shisha yang semakin menular di kalangan golongan muda negara ini khususnya anak Melayu.
"Orang Melayu terutamanya mudah dipengaruhi dengan satu benda kelainan yang pada pendapat mereka ia hanya sekadar berseronok tanpa mengetahui latar belakang sejarah sesuatu budaya tersebut dan juga risiko ke atas diri sendiri, dari segi kesihatan terutamanya," jelas beliau.

Tradisi menghisap shisha ini, tambahnya, sesuatu yang barangkali boleh diterima di kalangan masyarakat tertentu seperti di Timur Tengah dan di Afrika.
"Ada di antara mereka berpendapat bahawa apabila mereka membakar tembakau atau buah-buahan atau bahan-bahan lain yang diadun maka air yang digunakan akan menjadi satu penapis yang boleh menyelamatkan mereka daripada risiko kesihatan akibat pengambilan tembakau."
"Perbuatan ini sebenarnya didorong oleh nafsu dan mereka sekadar ingin merasa selamat walhal mereka masih menanggung risiko," tambah Dr Maamor.

Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.

Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".
"Ini sebenarnya memberikan satu bentuk kebebasan kepada kumpulan penagih untuk berlindung kononnya sekadar mengambil shisha yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya."

"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?"
soal Dr Maamor.
GANGGU KETENTERAMAN

Perbuatan menghisap shisha yang biasanya dibuat secara berkumpulan juga boleh
mengganggu ketenteraman dan keselesaan orang ramai di satu-satu premis yang tidak bertepatan dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Ini kerana, katanya, terdapat golongan remaja yang bersikap biadap dan kurang sopan apabila mereka ditegur di tempat-tempat awam seperti restoran dan premis makanan yang lain.
"PPIM memandang serius penularan aktiviti negatif ini walaupun atas apa alasan dan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji secara profesional perkara ini sebelum ia merebak dan mempengaruhi serta merosakkan budaya orang-orang Islam," tegas Dr Maamor.

Timbalan Setiausaha Agung, ERA Consumer Malaysia, Ismail Abd Aziz berkata beliau bimbang shisha akan membawa kesan sosial yang negatif di kalangan remaja dan belia tempatan.

Beliau sendiri membuat beberapa tinjauan ke gerai-gerai makanan termasuk di sekitar Petaling Jaya di sebelah malam dan lewat malam untuk melihat sendiri
trend menghisap shisha ini.
"Saya dapati golongan remaja termasuk anak-anak gadis tidak segan-silu menghisap shisha di khalayak ramai, baik di gerai-gerai makan tepi jalan dan di kawasan-kawasan perumahan kos rendah sehinggalah ke Bintang Walk Kuala Lumpur."

"Mereka seolah-olah bangga dengan cara menghisap begitu dan merasakan kepuasan apabila ramai orang memerhatikan mereka sedangkan mereka belum tahu risiko dari segi kesihatan yang boleh membawa kesan jangka panjang,"
jelasnya.

Ismail turut menyuarakan kebimbangannya akan berlaku penyalahgunaan menghisap shisha dengan mencampurkan ganja yang boleh mengkhayalkan.

Menurutnya, perkara itu mungkin berlaku tetapi tidak secara terbuka, di kalangan rakan karib atau pelanggan tetap tuan punya gerai atau restoran yang menawarkan shisha.
LUMPUH HASRAT KERAJAAN

Kegilaan menghisap shisha boleh melumpuhkan hasrat kerajaan untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada pengaruh dadah.

Kekhuatiran ini disuarakan Dr Maamor dalam mengulas lebih lanjut tentang kecenderungan anak muda menghisap shisha yang semakin menjadi-jadi ini.

Beliau mengimbau kesan penagihan ganja dan marijuana di mana menjadi kebiasaan untuk penagih menggunakan "dapur" bagi menghisap dadah tersebut apabila dadah-dadah tersebut mula diperkenalkan ke alam Melayu.
"Kita dapati hampir semua penagih tersebut kemudiannya berlanjutan kepada pengambilan apa yang ditakrifkan sebagai 'designer drugs' seperti syabu, ice dan lain-lain."

"Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau),"
jelasnya.

Beliau berpendapat kempen daripada pihak Pemadam, polis dan sebagainya seolah-olah ditipu melalui penggunaan alat shisha yang kononnya tidak memberi apa-apa risiko negatif.
"Ini juga sangat bertentangan dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat budiman (towering personality) kerana budaya ini juga mengundang kepada perbuatan membuang masa dan boleh merebakkan penyakit kerana perkongsian alat yang sama," tambah Dr Maamor.
RISIKO PENYAKIT
Perbuatan menghisap asap boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis yang kronik, emphysema (bronchiaectasis) dan kanser paru-paru.

Menurut Dr Maamor, keadaan itu berlaku kerana peningkatan kandungan bahan berisiko seperti nikotin dan tar dalam saluran pernafasan.
"Dalam masa yang sama ia merendahkan aktiviti sel-sel khas yang akan menurunkan daya tahan badan serta mendedahkan seseorang itu kepada risiko mendapat jangkitan kuman sekunder."

"Andaian yang menyatakan bahawa apabila kita menyedut asap yang melalui air boleh mengurangkan risiko di atas adalah sesuatu yang indah khabar dari rupa. Risikonya tetap ada sebab masih ada asap yang disedut. Seperti juga rokok yang ada filter, risikonya masih ada"
jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang risiko tinggi yang terpaksa ditanggung penghisap pasif.
"Kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung yang mungkin berada di premis tersebut turut menanggung risiko. Malah mereka yang tidak berada di premis yang sama juga boleh terdedah kepada bahaya kerana asap yang dikeluarkan tidak musnah dan ia mencemar alam sekitar," tambah Dr Maamor.

Beliau turut memberitahu terdapat kajian bahaya menghisap shisha ke atas sistem saraf dan juga tahap kesuburan seseorang.
"Risiko kesihatan juga meningkat apabila peralatan ini dikongsi kerana ia boleh menyebabkan merebaknya penyakit bawaan udara."

"Selain risiko kesihatan sudah tentulah ada risiko-risiko sosial, ekonomi, budaya dan pengaruh politik yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan celaru. Maksud saya ada orang yang berkata ia halal, ada kata haram atau makruh,"
jelasnya.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

Dr Maamor dan Ismail mahu kerajaan mengambil langkah memantau penularan budaya menghisap shisha ini sebelum ia merebak dan tidak dapat dikawal.

Dengan mengibaratkan shisha sebagai "api yang semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan", Dr Maamor berkata budaya negatif itu perlu dibendung semasa ia masih di peringkat awal.

"Jika tidak, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar dan mungkin menelan belanja jutaan ringgit untuk diatasi."

"Harapan kita supaya kerajaan menyedari kesan negatif akibat perbuatan menghisap shisha ini dan mengambil satu polisi yang jelas supaya ia bersesuaian dengan polisi-polisi lain yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini,"
kata beliau.

Ismail pula menyarankan Kementerian Kesihatan supaya memantau kandungan shisha dan segera membuat kajian.
"Pihak polis juga perlu memantau gerai atau premis yang menawarkan shisha ini dan memeriksa bekasnya jika perlu untuk memastikan tiada kandungan ganja."

"Khidmat jualan shisha juga perlu dilesenkan seperti jualan rokok dan pihak kastam juga perlu memantau jualan tembakau shisha ini dan mengesahkan sumber bekalan,"
kata Ismail.

06 Jun 2010

Imam Syafie Pejuang Kebenaran

Dalam entri kali, aku nak kongsi sedikit kisah dan kata2 Imam Syafie...
Sebelum tu, kenal dahulu siapa Imam Syafie ni?

Beliau merupakan Imam yang popular dan paling ramai pengikut. Mungkin kerana dari keluarga Bani Mutalib dan nasabnya berjumpa dengan Rasulullah.

Begitu juga hadis Rasulullah yang bermaksud:

" Pada setiap 100 tahun, Allah membangkitkan seorang mujaddid daripada keturunanku yang akan memperbaharui keadaan umatnya dalam hal agamanya"

Nama sebenar: Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

Ayahnya: berasal dari keturunan Quraisy dari Bani Mutalib dan meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak2.

Ibunya: Fatimah bt Abdullah bt al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Ada pendapat popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

Imam Syafie lahir di kota Gaza, Palestin bln Rajab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan, Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia dalam penjara kerana di racuni pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyyah.

Imam Syafie meninggal dunia di Mesir tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun.

Dalam tempoh 54 tahun ini, beliau menulis 142 buah kitab. Kita berapa buah yea???

Imam Syafie bertemu jodoh dengan Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan. Gabenor Yaman, al-Malik diberi kepercayaan untuk mencari jodoh bagi imam Syafie ini. beliau dikurniakan 3 anak iaitu Abu Uthman Muhammad, Fatimah dan Zainab. Dan beliau mempunyai hamba perempuan yang berkulit hitam.

****************
Sebelum kelahiran Imam Syafie

Sebelum Ummu Habibah al-Uzdiyyah membaca surah Yusuf dan surah Luqman. Selesai membaca 2 surah ini, baharu dia tidur. Begitu lah rutin dia setiap hari sebelum tidur semasa Imam Syafie berada dlm kandungan.

Pada suatu malam, Ummu Habibah bermimp[i melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang ini pecah lalu bertaburan jatuh ke muka bumi. Cahaya daripada bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang. Tiba2 dia terjaga dari tidur lalu memikirkan makna mimpi ini. Pada keesokan hari, dia menceritakan kepada suaminya. Rupa2nya suaminya mendapat mimpi yang sama.

Ummu Habibah al-Uzdiyyah melahirkan anak ini dengan mudah dan tanpa bantuan sesiapa kerana suaminya pergi memanggil bidan dan bila sampai di rumah Ummu Habibah Al-Uzdiyyah ini sudah selamat melahirkan anak. Seterusnya di azankan dan Idris mendoakan anak ini menjadi anak yang soleh. Anak ini dinamakan Muhammad.

Idris berjanji akan pulang ke Mekah untuk membesarkan anak ini. Dia berusaha mencari makanan halal untuk keluarganya. Dia berusaha keras untuk mencari wang untuk perbelanjaan dalam perjalanan ke Mekah. tetapi Allah lebih menyayanginya. Dia kembali ke Rahmatullah. Kemudian Ummu Habibah Pulang ke Mekah bersama anaknya yang masih kecil ini.

Ummu Habibah dan anaknya tinggal di perkampungan Sya'ab al-Khalif. mereka dikunjungi seorang saudara paling tua dalam keluarga Idris di kota Mekah. Dia meenung lama ke wajah Muhamad.

"Anak kamu ini wajanya seiras dengan moyang kita bernama syafie. Moyang kita seiras wajahnya dengan Rasulullah. Kamu perlu bebangga kerana wajah anakmu ini mirip wajahnya" kata orang tua itu.

Lalu Ummu Habibah menceritakan mimpi sebelum kelahiran anak ini. Orang tua itu kelihatan gembira dan mencadangkan anak ini dipanggil Syafie (sejak peristiwa ini, beliau dipanggil Syafie)

"Semoga apabila besar kelak, anakmu ini menjadi ulama' terbilang. Berilah didikan ilmu agama kepadanya" pesan orang tua itu.

************
Oleh kerana miskin, Ummu Habibah al-Uzdiyyah tidak mampu menghantar anaknya belajar. Dia sendiri yang mengajar dan mendidik anaknya dengan ilmu agama. Mula2 dia mengajar mengenal huruf al-Quran . Ternyata anak ini cergas dan cerdas. Dengan mudah Syafie dapat membaca ilmu wahyu itu.(Pendidikan bermula di dalam rumah)

Syafie pernah menyuarakan keinginannya utk belajar di Masjidil Haram. Ibunya membenarkan kerana di situ pengajaran agama adalah percuma. Antara majlis ilmu yang paling disukainya adalah pengajian al-Quran.

"Saya mahu menghafal ayat2 al-Quran. Doakan semoga saya berjaya" kata Syafie kepada ibunya.

"Berusahalah anakku.Kamu pasti berjaya" Kata Ummu Habibah al-Uzdiyyah.

Setiap kali selepas sembahyang, Ummu Haibah berdoa semoga anaknya dikurniakan kecerdasan akal supaya mudah menghafal al-Quran. Doa si ibu dimakbulkan Allah.

Dalam mimpi, imam Syafie berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah bertanya siapa Imam Syafie?Dia mnjawab dengan mengatakan nama sebenarnya. rasulullah menyuruh Imam Syafie dekat kepadanya lalu, baginda mengusap muka, mulut dan bibir Imam Syafie. Kemudian Rasulullah berpesan," Pergilah engkau, semoga Tuhan memberkati hidupmu".

Sejak itu, imam Syafie merasakan daya ingatan dan hafalanya sgt kuat. Hingga sekiranya ada kertas catatan setinggi gunung pun dapat dihafalnya. beliau dapat menghafal ayat1 suci al-Quran ketika umur 9 tahun.(masa ni kita masih marangkak baca quran)

Bila Si ibu ditanya rahsia mendidik anak, Ummu Habibah menjawab
"Saya sentiasa mendoakan kebaikan utknya. Makan dan minumnya saya pastikan dari sumber halal. saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapa kata2 yang tidak baik kepadanya. Kerana kata-kata ibu adalah doa. sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar. Begitu caranya saya mendidik anak saya"

**********
seterusnya Imam Syafie belajar al-Quran dari Imam Kustantani. Seorang yang pakar dalanm bidang Al-Quran dan imam masjidil Haram. Kemudian Imam Syafie berminat dengan Syair ketika melawat Pasar Ukaz. Di Pasar Ukkaz diadakan pertandingan Deklamasi Puisi oleh penyair2 terkemuka dari kota Mekah. imam syafie dapat menghafal semua puisi2 itu tanpa tertinggal satu ayat pun. Oleh kerana minat, beliau berguru dengan Mus'ab bin Zubair. kemudian menuntut ilmu hadis (dgn Imam Sufian Ainiah) dan fiqah (dengan Imam Muslim al-Zanji). Dan bercita-cita berguru dengan Imam Malik bin Anas. Penulis Kitab Muwatta'. imam Syafie sudah khatam membaca kitab ini. Selain itu, beliau belajar ilmu peperangan, diajar cara menggunakan senjata dan mahir memanah.

Di Madinah, beliau berguru dengan Imam Malik bin Anas. Di Iraq, beliau berguru dengan Imam Abu Yusof dan Imam Mohammad al-Hasan (anak murid Imam Hanafi). Kemudian ke Parsi, Belajar bahasa Parsi ( di mana sahaja Imam Syafie pergi, beliaua akan belajar sambil mengajar dan terkenal dengan ilmunya). Akhir sekali, beliau akan ke Mesir. sepanjang perjalanannya pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya beliau meninggal dunia di Mesir.

Ini semua adalah ringkasan sendiri dari buku Novel sejarah Islam

Tajuk Buku: IMAM SYAFIE PEJUANG KEBENARAN
Penulis: Abdul Latip Talib ( Penulis Novel sejarah No. 1 Malaysia)
m/s: 260
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN BHD 2010


05 Jun 2010

Oh Palestinnnn!


"Sesiapa yang menguasai Palestine, dia menguasai dunia"

Kata2 ini pernah diperkatakan oleh Salahuddin al-Ayubi sebelum dapat menakluk bumi Palestin ini satu ketika dahulu. Memang benar!..sekarang lihat.. golongan mana yang menguasai palestin atau bumi Syam ini?...Sudah pasti Yahudi Laknatullah. Walaupun mereka Bani Israel atau Anak cucu Nabi Yaacub alaihissalam, hanya sedikit mereka yang beriman.

Sekarang umat Islam bertambah ramai. Tetapi umpama buih2 dilautan. Hanya mengikut arus dan ombak dilautan. Benarlah hadis yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengenai umat Islam akhir zaman. Media2 terutama tv, terus menayangkan keburukan. Ia terus menjadi idola remaja sekarang. Sedangkan kita kita tidak sedar. Sedikit demi sedikit budaya yahudi itu diserap dalam jiwa remaja yang beragama Islam di dalam MYKAD. Jika kita menyerupai budaya itu, bermaksud kita dalam golongan mereka. Adakah kita semua sudah mengikut apa yang al-quran dan hadis suruh???

Golongan agamawan terus ditekan untuk membaiki masyarakat yang terus dihidangkan contoh yang tidak bermoral. Di mana contoh yang baik yang boleh remaja ikut??? Mana peranan media??????Mana peranan pendidik? masyarakat?mana peranan mana2 pemimpin?...semuanya bermula dirumah hingga ke sekolah dan seterusnya....

Sedih...umat Islam terus berpecah. Saling menyalahi antara satu sama lain. Di mana kesatuan umat Islam. Bumi Palestin adalah masalah umat Islam. Bukan masalah bangsa arab atau penduduk Palestin. Di situ lah Baitul Maqdis, kiblat pertama umat Islam terletak. Tempat ke-3 Mustajab doa. Tempat Nabi Muhammad di isra' mi'rajkan.

Teruskan boikot barang yahudi dan penyokong pembetukan negara Israel...Syabas untuk pasukan penghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza walaupun 9 org terbunuh dalam serangan yahudi.

Hanya doa mengiringi. Lemahnya iman pada diri ini....:'(((

25 Mei 2010

Anak Luar Nikah Bermaharajalela


Menurut statistik yang diperoleh daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu pada 2007 sebanyak 16100 orang, 2008 (16451), dan 2009 (17303).

Alwi juga menyebut dalam tempoh 2005 hingga 2009 JPN telah mencatat sejumlah 74723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang Melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

24 Mei 2010

Suatu masa dulu..(1)

Cermatnya orang alim menadah ilmu...

Untuk mencari satu hadis, perlu melalui perjalanan yang jauh...
Sanggup meninggalkan kampung halaman untuk satu ilmu...

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

"Tuntutlah ilmu dari atas buaian hingga ke ling lahad"

Nak dapatkan ilmu hingga sanggup membuat kerja2 yang disuruh oleh guru...
Ibu bapa sanggup menyediakan rotan diberikan kepada guru...
Ini menunjukkan mak ayah sanggup anaknya diajar dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan ilmu.

Mula belajar dengan mendengar, menyebut, mengulang-ulang dan laksanakan...

Peperiksaan adalah penilaian kepada apa yang telah dipelajari...
Bukan belajar untuk peperiksaan

Selamat menempuh imtihan nisfu 'amm
kepada semua pelajar2 yang dahagakan ilmu.
Moga ilmu mendapat berkat dari ilahi..
Ameeen :)

14 Mei 2010

80% umat Islam Malaysia Tidak solat


Betul apa yang di sebut oleh Nabi Musa Kepada Nabi Muhammad SAW semasa Isra' mi'raj. Asalnya umat Muhammad wajib laksanakan solat 50 waktu sehari semalam.tetapi apabila berjumpa dengan Nabi Musa, baginda mengatakan umatmu tidak mampu. Rasulullah minta allah kurangkan lagi sehinggalah solat 5 waktu sehari semalam. Itupun, nabi Musa kata umat Muhammad tidak mampu. Adakah ini satu senda gurauan atau cerita semata-mata? Solat adalah segala-galanya dalam kehidupan. Kalau umat islam tidak mampu solat 5 waktu apatah lagi solat sunat. Ini jawapan kepada gejala sosial yang melanda umat islam malaysia

Cuba baca kajian yang dibuat oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah ini.
____________________________________________________________________________________

"“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

09 Mei 2010

Suatu masa dulu..

Aku masih ingat kata2 cg add math , Cg Bad.

"Bila korang dah tua nti n dah kerja...masa tu korang akan fikir, masa belajar di sekolah paling best!"

Kenyataan sekarang.

Dulu fikiran aku akan fikir..main2222..tapi kalau cg masuk kelas, sume tu akan disembunyikan. Kalau cg mengajar kat depan xde pun yang nak menyampuk. Bila cg bagi ruang utk bertanya , baru aku bertanya. Masa musim peperiksaan, study222. Kalu yang ada tv kat rumah xboleh buke wpun tv hitam putih.

Sekarang pelajar2 dah tak hormat guru. Guru ade atau tidak kat kelas sama saje. Nak bercerita tentang 'pakwe' n 'mak we'. Cg mengajar bleh buat surat cinta yang berbunga2 "Muka Anje ni nampak ganas tapi hati ada taman". Baca surat cinta budak2 memang lucu. hahaha.

Buku tak bawak pun xpe. Kalau cg marah tadah je telinga. Buat macam daun keladi. Kalau cg pukul bleh snap gambar. Ada lebam atau berdarah2 lg best. Lapor kat polis. Naik ke mahkamah. Kalau menang dapat puluhan ribu. Berbaloi2 kalau tak tinggi pun. Itulah dalam fikiran bebdk sekrg. Mudah main nge undang2 manusia. Undang2 Allah xtau lggg...Insaflah!

sambung....

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...