23 April 2016

Sindiran melalui binatang

"Sindrom Ayam Belanda"

Tukang angguk atau membodek tanpa fikir

"Teori pengurusan lembu"

Menyentuh pengurusan tidak cekap dan tidak produktif,  baik syarikat perniagaan atau jabatan kerajaan. Teori pengurusan lembu yang memberi kuasa kepada "tukang sembelih" untuk memecat pekerjanya kerana kalau tidak kita hidup dikelilingi oleh lembu-lemb jantan dan betina yang mandul.

"Awas Naga-naga"

"Naga" yang biasa disanjung(seperti kepercayaan orang cina), adakalanya bertukar menjadi "naga-naga" (naga tiruan ciptaan orang Melayu) dengan melakukan "penyelewengan" angkara terpesong oleh nilai-nilai kebendaan.

"Beruk Sumbang"

Ingatan supaya cermin
diri sendiri dan jangan hanya melihat keburukan dan kehodohan orang lain sahaja,  kerana realitinya kita barangkali lebih jelek dan hodoh daripada orang lain (Dari kisah Kancil Hendak Menjadi Gajah)

SUMBER:Kumpulan cerpen Berguru pada Binatang oleh Baha Zain,  Sasterawan Negara.

16 April 2016

Surah An-Nur

Pengisian untuk program Mentor mentee di sekolah.

Kelebihan surah An-Nur:

1. Adab dan akhlak - permulaan pendidikan selepas aqidah @ tauhid.

Ilmu tanpa akhlak hancur.

2. Hukum hudud bagi pesalah zina.

Muhsan(lelaki/perempuan) yang telah berumah tangga. Dengan kata lain telah berkahwin. Hukumannya rejam dengan batu hingga mati

Ghairu muhsan(lelaki/ perempuan) yang bujang atau belum berkahwin. Hukumannya100 kali sebatan. Ada syarat sebatan. Detail cari dalam bab fiqh jenayah.

3. Cadangan cegah jenayah zina.

Minta izin penghuni rumah sebelum masuk. Beri salam dan tidak berada dihadapan pintu rumah untuk elak terpandang aurat penghuni rumah.

Larangan perempuan menunjukkan perhiasan selain mahram. Dalil kepada tutup aurat.

Galakan kahwin bagi yang masih bujang.

4. Adab meminta izin dalam kalangan keluarga sendiri seperti meminta izin masuk bilik pada 3 waktu. Sebelum solat subuh, waktu tengah hari dan selepas isya'. Ini kerana3 waktu ini,  biasanya aurat-aurat biasanya terdedah.

SUMBER: Tafsir Fi zilalil Quran lrh Sayid Qutb. Terjemahan oleh Dato' Yusoff Zaky Hj. Yaacob.

11 Mac 2016

seaweed serum taz beauty

Pernah menggunakan satu produk atas nasihat seorang pekerja farmasi. Seminggu kursus dalam hotel. Sejuk. Kulit muka kering, mengelupas dan kadang-kadang gatal.

Dari jenama yang sama, buat masker. Konon untuk kulit kering. 10 minit guna. Terasa panas. Terus basuh muka. Sebulan muka kena sembur air untuk elakkan kulit muka berkeping kerana terlalu kering.

Cari alternatif lain. Buat bekam 20 cup pada muka. Tak berkesan. Terus cari produk tanpa bahan kimia. Akhirnya jumpa. Selepas guna2 botol produk ini, muka kembali normal. Tak perlu putih. Asalkn kulit sihat. Tak gatal. Sangat mudah digunakan. Sekali sehari. Kadang2 tak pakai pun.

Tiada kesan sampingan jika berhenti. Alhamdulillah

08 Februari 2016

Bahan KBD 2016- simpanan

Bahan Kurikulum Bersepadu Dini adalah dari sumber blog dari Terengganu. Ini hanya pengumpulan bahan sebab sangat-sangat susa untuk diperolehi secara softcopy.

BAHASA ARAB AL-MUASOROH


SYARIAH (FIQH IBADAT & AL-QURAN WA HIFZI)

Al Syariah DSK




USULUDDIN (TAUHID, TAFSIR DAN HADIS)





SUMBER:

1. kb kbt tmua

15 Januari 2016

Tahun 2016 Menjelma.

Selamat Pengantin  Baru buat adikku 24 Dis 2015. Selamat menempuh ujian dalam rumahtangga. Semoga tenang dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Anak dan isteri ujian buat suami. Jika baik bimbingan suami, baiklah keseluruhan keluarga itu. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Ameen.


Rezeki, ajal maut dan jodoh tiada siapa yang tahu. Ada yang jodoh panjang. Ada jodoh pendek. Ada yang masih mencari walaupun telah dikurnia anak-anak dan seorang isteri. Masing-masing punya citarasa.

32 tahun. Alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat Islam dan bbernafas di atas muka bumi ini. Walaupun aku insan yang sentiasa membuat kesilapan, aku masih menghadapkan pengampunan dari Allah dari dosa yang telah aku lakukan sama ada sedar atau tanpa sedar.

Setiap tahun cabaran tetap ada. Sebagai manusia, cabaran itu perlu ditempuhi untuk meneruskan kehidupan yang mungkin pendek atau panjang. Aku masih mencari sahabat di dunia dan di akhirat. Menjadi peneman hingga akhir hayat. Membimbing hingga sama-sama mencapai syurga Allah yang begitu mahal.

Aku maafkan sesiapa sahaja yang bertanya soalan cepu mas ini. Hati ini hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya. Ayah sentiasa ingatkan diri ini. Jika perjalanan kita tanpa mahram, ia tetap berdosa. Jadi sentiasalah minta keampunan dariNya. Aku akui hal ini. Aku sedar ramai yang mengambil berat terhadap diri ini. terima kasih dan doakan diri ini sentiasa dibawah jagaan Allah.

31 Disember 2015

Empangan Ma'rib Bagi Kaum Saba'

Empangan terbesar pada zaman sekarang di Mesir adalah Empangan Aswan. Pada zaman dahulu,  empangan terbesar adalah Empangan Ma'rib. Empangan Ma'rib terletak di Yaman. Empangan initelah dimusnahkan oleh Allah ke atas penduduk di kawasan ini. Ini kerana penduduk kawasan ini kufur terhadap nikmat Allah.

Terbinanya Empangan ini menunjukkan kawasan ini dikelilingi okeh tanah yang subur dan baik untuk pertanian,  pengairan dan sumber air kepada penduduk di sini.

Kaum Saba' merupakan penduduk di kawasan Empangan Ma'rib. Komuniti kaum Saba' adalah salah satu daripada empat peradaban besar yang pernah tinggal di Selatan Tanah Arab. Masyarakat ini pernah wujud sekitar 1000-750 sebelum masihi (SM). Masyarakat ini menemui kehancuran sekitar 500 TM.

Dalam sejarah orang-orang  Saba' memang terkenal sebagai masyarakat yang bertamadun. Dalam catatan raja Saba' perkataan-perkataan seperti "dipulihkan" , "ditujukan" , dan "pembinaan" kerap disebut.

Empangan Ma'rib adalah mercu utamamasyarakat ini yang membuktikan mereka telah mencapai ketinggian dalam teknologi. Ini tidak bermakna kaum Saba' lemah dari segi ketenteraan. Sebaliknya faktor ketenteraan Saba' penyumbang utama kepada berdirinya budaya mereka untuk tempoh yang panjang tanpa ditumbangkan. Kehebatan tentera Saba' diceritakan dalam Al-Quran:

mereka menyeru Ratu mereka ,"kita adalah orang-orang yang kuat,  gagah,  dan amat berani mempuh peperangan dan perkara itu walaubagaimanapun terserah kepadamu. Oleh itu fikirlah apa yang yang engkau hendak perintahkan."

(Surah An-Naml ayat 33)

Coretan lama ketika belajar 10 tahun lalu. Lupa letak sumber. kalau tak silap dari buku tulisan Harun Yahya.

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...