- Solat berdiri jika mampu. Ini bagi orang yang sihat dan mampu berdiri.
- Solat secara duduk jika tidak mampu berdiri. Caranya adalah duduk di ats tapak kaki kiri (iftirasyi). Bila hendak ruku', hendaklah tundukkan kepala hingga ke paras lutut atau dahi setentang dengan tempat sujud. Bila i'tidal angkat semula kepala serta melepaskan kedua-dua tangan.
- Solat secara mengiring jika tidak mampu duduk. Caranya dengan mengiring atas lambung kanan dan dada dan muka hendaklah mengadap kiblat. Ruku', i'tidal dan sujud buat sekadar termampu.
- Solat secara menelentang. Caranya dengan menghulurkan kedua-dua kaki ke arah kiblat dan ditinggikan kepala. yang lain boleh dibuat sekadar terdaya walaupun dengan kerlipan mata atau isyarat.
- Bagi yang solat atas kenderaan, dada dan muka mesti mengadap kiblat ketika niat sahaja. lain2 solat seperti biasa.
SUMBER: Hidup Ibadat oleh Dr. Ustaz Haji Fadzil hj Ahmad.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam