17 Januari 2012

Watak Kecil.

Kadang-kadang terasa diri ini zalim. Kenapa yea...

"Sejak ayah akak....,'' aku terus menyampuk. Tak sanggup aku dengar luahan hatinya.

"Maaf kak. Saya baru tahu minggu lepas pasal ayah akak dah tak ada. Takziah kak," terasa panas di mataku. Andai kau tahu apa yang ada dihatiku ketika itu.

"Tak ape...akak ingat semua guru dah tahu," entah apa aku fikir...

Aku betul-betul tak tahu tentang kematian ayahnya. Moga ayahnya bersama-sama golongan solihin di alam sana. Al-fatihah untuk Allahyarham.

Dalam perbualanku dengannya ada aku selitkan beberapa kata. Tapi kata-kata itu mungkin memerangkap diriku sendiri.

"Akak mesti ada orang jaga. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga akak," kataku.

Dalam fikiranku, dia pernah sakit. Pernah ditahan di wad. Selama ini ayahnya yang menjaga. Sekarang dia tinggal seorang diri di rumah. Dua adiknya bekerja jauh dan tidak tinggal bersama kakaknya. Pernah aku dengar ada adiknya nak berhenti kerja dan menjaga kakak tapi tidak dibenarkan. Keselamatannya bagaimana jika tiba-tiba diserang penyakit. Moga Allah sentiasa memeliharanya. Aku tak sanggup mendengar cerita tentang ayahnya. Aku terus ubah tajuk.

"Prinsip akak jika nak berkawan tak apa. Kalau betul serius, mesti jumpa ayah akak. Sekarang boleh jumpa bapa saudara akak. Sekarang bukan masanya nak main-main," aku tak sangka itu ayat yang aku dengar. Tabik ar. Guru kaunseling tu. hehehe...

Pertanyaan tentang aku...hahaha...aku gelak je la. Untuk diriku, susah nak bercerita. Sejak dulu lagi aku sukakan watak kecil. Aku tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh dengan orang lain. Cukup aku bagi pertolongan disebalik tabir. Aku tidak sukakan pangkat kerana takut akan hilang identiti. Biarlah aku menguasai dan menyelesaikan tugasan.

Setiap tempat aku yang aku pergi, mungkin aku meninggalkan satu 'perbuatan' yang menyebabkan orang bencikanku. Hanya SATU. Lain-lain bantuanku hanya aku harapkan balasan dari Allah. Bukan untuk dibalas oleh manusia.

'watak kecil yang takutkan azab Allah'

Sejak ber'blog' aku cuba menggambarkan keresahanku dalam bentuk memberi peringatan untukku. Aku sukakan keadaan ini. Biarlah manusia tidak mengenaliku. Aku suka watak kecil.

Cukuplah aku tidak membebankan sesiapa. Biarlah aku bercakap secara umum. Jika perlu, aku 'direct' bercakap kepada empunya diri.

Maaf jika aku terkasar bahasa kerana aku tidak boleh memendam lama. Nanti meletup!

Terima kasih kerana membaca hingga ke coretan terakhir ini >>>

2 ulasan:

  1. takziah untuk kakak tersebut..semoga arwah disusuri rahmat..AlFatihah tuk arwah..watak kecil ke besar ke x penting janji kita adalah diri kita dan memberi "sesuatu" pada orang lain sebagai ingatan..;)

    BalasPadam
  2. Terima kasih senyuman manis. sebenarnya arwah ayahnya meninggal semasa cuti sekolah. kalau tak silap minggu kedua. Tiada seorang pun maklumkan. Ya la kan...kita jauh di pantai timur. Mungkin tak nak susahkan saya :D

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...