26 Februari 2012

'pertikaikan'-kem

"Saya harap cikgu pertikaikan," kata seorang pelajar untuk memasukkan 2 kawannya sebagai peserta Kem Pembinaan Insaniah dan Kepimpinan 2012.

"Mungkin dia nak kata 'harap cikgu pertimbangkan'," inilah pada pemikiran kami semasa kami sedang bermesyuarat untuk ke kem pada keesokan hari selama 3 hari 2 malam.

'mulut disaltip'

'panji kumpulan an-nur'

'panji kumpulan nur qaseh''

'Panji kumpulan hidayah warahmah'

Jumaat 2.30 petang: kami bertolak ke IPBM. Semua pelajar menaiki bas. Aku pula pergi dengan kereta sendiri. Mencari bahan perubatan di farmasi untuk melengkapkan isi 'first aid' sekolah. 3.30 petang baru kami sampai ke sana. Aktiviti lasak yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana semua jurulatih dihantar ke Melaka. Hujan turun menyukarkan  kami membuat aktiviti seperti flying fox. Inilah perancangan Allah.

Ia diganti dengan taklimat ringkas, pemilihan pak ketua, mak ketua dan pak imam. Kemudian disusuli dengan selawat tobibiyyah yang bersanad. 40 orang pelajar dibahgikan dalam 4 kumpulan diketuai oleh ketua dan penolong ketua. Mereka akan menjaga barang yang telah diserahkan termasuk telur mentah dan dibawa semasa program berjalan. Jika terdapat kehilangan, kerosakan...ketua yang akan didenda.


'selawat thobibiyah'


'burdah'

Malam pertama memang dugaan bagi pelajar lelaki. Beberapa orang pelajar dibukakan hijab melihat 'benda ghaib'. Malam tu juga aku tidak dapat tidur lena. Sebelum perklara buruk berlaku, kami membawa pelajar ni berjumpa barisan fasilitator dari Akademi Bimbingan Mukmin. Alhamdulillah pelajar perempuan tidak ketara dalam masalah ini. Wuduk dan bacaan yasin sebelum tidur diamalkan
di tempat baru ini.

Keesokan harinya, semua pelajar pergi berjalan-jalan di tepi hutan cari bahan tugasan. Dah lama kaki aku ni tak berjalan jauh...penat tapi puas hati melihat suasana pagi. Beberapa gambar sempat di 'snap'.  Hari sabtu memang penat termasuk pelajar2.

Malam ke-2: malam menyedihkan bagi aku. Pak Ketua dan mak ketua serta para ketua dan penolong ketua dalam kumpulan kena denda kerana terlalu banyak amanah yang tidak dijaga. Fail hilang..telur pecah, panji yang buat hilang dll.

Ahli setiap kumpulan sanggup melihat pak ketua dan mak ketua didenda. Mereka mengambil terlalu lama masa untuk merayu kepada ketua fasilitator walaupun beberapa guru telah bagu isyarat. Mereka sanggup melihat para ketua mereka didenda. melihat dan terus melihat. Sahabat sendiri membiarkan sahabat menanggung derita. Subhanallah!

Aku tak sanggup melihat. Allah...Allah...

Mereka meletakkan beban dan kesalahan pada ketua sehingga sanggup melihat ketua didenda. Hanya peserta sahaja yang mengetahui situasi itu dan rasional denda tersebut kepada semua orang.

Antara guru pengiring.

'Guru pengiring yang sentiasa bersama pelajar'

***update 27/2/2012: antara komen peserta kem.

"Saya amat menyukai program ini. Walaupun beratnya menjadi ketua, saya suka sangat-sangat...Harap program ini diteruskan bangi membentuk pemimpin yang berdisiplin dan hebat," luahan pak ketua, Izzudin.

"Kem ini merupakan kem yang terbaik. Melalui kem ini, saya bnayak pelajari erti kehidupan. Kem ini juga telah memberi saya banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan. Terbaik! Seronok!" luahan mak ketua, Ili Amira.

Di sekolah, post mortem kem ini diadakan. Hasil dari post mortem ini...kem ini adalah kali pertama dan terakhir diadakan. Amat beruntung bagi sesiapa yang sempat menyertainya. Apa pun semua ini kehendak Allah. Yakinlah...hanya Allah yang dapat membolak balikkan hati manusia.

Rasullullah mendapat tentangan lagi hebat semasa dakwahnya. Walaupun orang yang paling dekat dengannya masih tidak beriman. Kerja kita hanya berusaha ke arah jalan Allah. Hidayah hanya milik Allah. Dia yang memberi atau menyekat bagi sesiapa yang dikehendakinya.

Komen dan luahan dari para peserta kem amat dialu-alukan. terima kasih =)

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum...saya ingin mmberi komen tentang kem insaniyah dn kepimpinan..saya sngt berpuas hti dan berasa sngat seronok kerana dpt mnyertai kem insaniyah dn kepimpinan ini...saya juga dpt mempelajri bnyak tntang agama seperti selawat dan zikir...dlm kem trsebut saya juga dapt mempelajri bnyak pengajran...insyaallah..saya akan mengingati segala ape yg saya telah pelajri di kem tersebut sampai bile-bile...terima kasih juga kepada Ustaz Shah,Ustaz Azlan dan Abang Agus kerana telah mendidik kami sepanjang kem itu dijlankan...(dayang@solehah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalammm...
      Terima kasih Dayang. Ustaz Shah dah pergi umrah hari ni. Moga ada doa untuk kita semua. aminnn =)

      Padam
    2. Amin.....semoga ustaz Shah selamat tiba dan selamat kembali....

      Padam
  2. assalamualaikum..pde pendapat sye kem ini adlh kem terbaik sepanjang hidup sye..kem ni mmberi manfaat pde sye.kem ini juge menyeronokkan bgi sye..sye doakan ustaz shah,ustaz azlan dan abg agus sihat walafiat kerana telah byk mendidik sye..sye takkan lupekan jasa mereka selama ini...(A-BY*HAIDI)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wbt...

      Terima kasih A-BY* HAIDI...jasa mereka tetap dikenang.i'allah =)

      Padam
  3. assalamualaikum... sepanjang sy dlm program ni bnyak pngajaran yg sy dpt.. sy amt bngga krna di plih untuk turut serta dlm program ni.. amat menyeronokkan.. sy sedih krana tdak dpt mnolong kak ili dan izzudin ktika mreka kne dnda akibat kesalahan kami.. trima kasih kpd ckg shah, ustz azlan dan abg agus kerana tlah mendidik kami sepanjang kem tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wbt...
      jadikan semua yang berlaku adalah pengajaran kepada kita semua. Moga menjadi pemimpin yang berdisiplin dan saling membantu antara satu sama lain.
      Syukran Athirah...atas komen anda ;)

      Padam
  4. alhamdulillah....smg terus sukses:)

    BalasPadam
  5. wow..best nyer pelajar2..teringat kita pergi kem kecemerlangan sebelum SPM kan cik sufi..rindu sgt2 zaman tu..sy suke aktiviti cam ni..alhamdulillah dah banyak kali rasa masa zaman sekolah dulu..semoga cik sufi akan terus istiqamah dalam membimbing dan mendidik anak-anak pelajar ke jalan yang diredhaiNya..betullah HIDAYAH tu milik Allah..sayalah salah seorangnya..ameen..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. best dan tercabar dgn 'pelajar baik' ni.hehehe...ramai peminat rupanya. Kita lagi best...duk kat kwsn air terjun kan. Ya Hidayah....ameeen :)

      Padam
  6. Balasan
    1. best adalah subjektif. mungkin ada yang terasa keperitannya.

      Padam
  7. Balasan
    1. sesiapa yang terasa la. Siapa yang makan cili, dia akan rasa kepedasannya :) siapa la tanpa nama ni? tak nak bagi nama?

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...