25 Mac 2012

Wanita Berjaya.

Tokoh wanita terbilang Malaysia dikumpulkan dalam satu konvensyen. Projek mega iluvislam.com memang lain dari yang lain. Syabas untuk Jutawan iluvislam.com, Imran Koyube. Umur 25 tahun dah jadi jutawan? memang usaha gigihnya tidak sia-sia. Dia juga adalah perasmi konvensyen ini.

Kehadiran hampir 3 ribu peserta wanita 'the making bidadari syurga' memenuhi dewan di PICC, Putrajaya. Kali ini tiga jalan untuk pergi ke putrajaya dari rumahku. Hampir satu jam untuk sampai ke sana. Walaupun pulang dari Putrajaya aku masuk terminal KLIA. Memang haru betul la. Terima kasih kawan2 kerana sabar. Lain kali kita buat lawatan ke sana yea. hehehe...

 
'PICC bentuk mata?'

Slot pertama dimulai oleh penulis novel islami, Fatimah Syarha bt Nordin. Lembut suaranya. Sejuk mata melihatnya tanpa mekap. Ni video induksinya.

'Alahai Cik Beah.hehehe...'

Bidadari Dunia:

1. Asiah bt Muzahim

2. Maryam bt Imran

3. Siti Khadijah bt Khuwailid

4. Fatimah bt Muhammad.

Apa yang dapat dipelajari dari kisah Asiah:

Asiah merupakan isteri Fir'aun.

Ibu angkat kepada Nabi Musa alaihussalam. Disebabkan kuatnya hubungannya dengan Allah dia bersabar dengan seksaan Fir'aun. "Kau boleh seksa tubuhku tetapi bukan aqidahku", kata Asiah. Dia ada EHSAN dalam diri iaitu merasakan Allah melihat kita dan Kita melihat Allah. Dia juga tidak terpegaruh dengan suasana di sekeliling. Dia tetap berpegang dengan ajaran nabi Musa. Di bina mahligai di syurga.

'Ratu Syahadah: Asiah'

Maryam bt Imran.

Namanya tercatat dalam Al-Quran. Dia terlalu cintakan Allah dan rasul. Nabi Zakaria selalu menceritakan tentang kedatangan rasul dan dia ternanti-nanti kedatangan rasul itu. Rupa-rupanya dia yang melahirkan Isa a.s. Dia juga cintakan ilmu wahyu dan menghafaznya.

Walaupun dia membuat kerja di Ma'bad (tempat Ibadah), dia tetap mendengar ilmu yang diajar oleh Pendeta di situ. Semasa dia menyapu, dia sempat mendengar ajaran rahib/pendeta kepada pelajarnya. Dia turut menghafaz kata-kata pendeta. Pelajar2 di situ memperlekehkan Maryam kerana menjadi tukang sapu. Mereka ingin menguji minda Maryam dan meminta Maryam mengulang hafalan mereka. Terpaku semua yang mendengarnya kerana Maryam hafaz dan menjelaskannya lebih baik dari orang yang pernah belajar secara formal.

Dia seorang yang kuat ibadat sehingga mendapat rezeki dari langit. Dia terlalu menjaga kehormatan diri. Dia diuji dengan kelahiran Isa tanpa bapa. Kejadian Isa adalah sama dengan Adam. Cuma yang membezakan Isa mempunyai ibu.

Lepas ni JANGAN sape2 yang mengandung luar nikah menganggapnya seperti Maryam. Maryam sangat menjaga pergaulannya dengan lelaki. Tak pernah disentuh oleh lelaki.


قَالَتْ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَٰلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿آل‌عمران: ٤٧﴾

Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."


قَالَتْ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا ﴿مريم: ٢٠﴾

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Khadijah bt Khuwailid. 

Menyusu Fatimah sepenuhnya. Jika masyarakat dahulu, mereka akan mengupah seseorang untuk menyusukan anak-anak. Dia juga memuliakn mertua. Walaupun ibu dan bapa Rasulullah sudah meninggal dunia, dia memuliakan Ummu Aiman (Ibu susuan Nabi Muhammad).

Fatimah Az-Zahrah.

Puteri Rasulullah. Juga digelar 'Ibu ayahnya'. Merupakan ketua bidadari syurga.

Slot bersama Ustazah Zawiah Hassan. Mengenai cahaya kemanisan Iman.

Bersama Dato' Ustazah Nor Baiyah Mahmood. 15 Tips Wanita Penyejuk Jiwa.

1. Nur keimanan yang memancar di wajah.

2. Akhlak terpuji. JANGAN buat 4P (Pandang lebih2 , Pegang, Peluk dan Penzina)

3. Ilmu pengetahuan untuk wanita yang bijaksana.

4. Isteri idaman suami. ENAM sebab perlu taat suami: perintah Allah, kedudukan sebagai pemimpin, kewajipan isteri, dapat pahala, memburu keredhaan Allah dan menjauhi azab neraka.

5. Senyuman manis buat suami tercinta.

6. Berhias dan berdandan untuk suami.

7. Meluangkan masa untuk merawat diri.

8. Hati yang penuh dengan sifat2 mahmudah.

9. Penampilan mengikut syariat.

10. Segera minta maaf dan sedia memaafkan

11. Bersabar menempuh dugaan hidup.

12. Sentiasa menderma.

13. Sifat penyayang kepada anak2 dan didik mereka menjadi anak soleh dan solehah.

14. Punya perasaan takut kepada Allah.

15. Mendapat redha ibu bapa.

Slot bersama Dr Nikki...Aku tak sempat dengar dari mula. Kami cari makanan dan solat di Percint 9. Apa yang aku dapat adalah perlu buat jadual untuk bersama keluarga. Dahulukan keluarga walaupun berkerjaya. Masukkan dalam diari.

LIMA tabiat wanita yang berjaya:

1. Fikir positif

2. Pilih kawan betul

3. Mula baca buku

4. Hadiri seminar

5. Melawat tempat2 hebat.

 
'Aku tak sempat hadir sebab waktu malam'

Slot Prof. Dr Mujaya Pn Jamelah memang rasa sekejap sangat. Rasa nak dan nak lagi dengar pengalaman dan ilmu beliau berdua. Banyak soalan yang tak terjawab. Memang kita perlu kedekut dengan masa. Betul Prof! 

Bila fikiran kita positif, emosi kita akan positif dan hasil tindak balas juga positif. Sentiasa senyum walaupun banyak masalah. Waaa..susah tu.  Buat sesuatu adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Tak perlukan penghargaan daripada manusia. Tak perlu tengok pandangan manusia.

Pn Jamelah...memang boleh jadi ibu contoh. Cerita tentang Uwais Al-Qarni. Kisah Ibu bapa Imam Abu Hanifah. Kisah mashmallow. Semua itu mudah dihadam tanpa sebut fakta.

Kisah Marshmallow.

Ada satu kajian yang dibuat di barat tentang effect kanak-kanak yang bersabar. Ada sekumpulan kanak-kanak yang diberi Marshmalow seorang 1. Mereka ditinggalkan oleh orang yang memberi mereka Marshmallow itu di dalam sebuah bilik dengan janji, jika mereka berjaya bersabar dengan tidak makan Marshmallow yang diberi, mereka akan diberi 1 lagi Marshmallow. 1+1=2.






Apabila kanak-kanak ini remaja, mereka ditinjau sekali lagi. Respons ibubapa mereka mengatakan kanak-kanak yang dapat 2 Marshmallow menjadi seorang yang hebat. Manakala kanak-kanak yang mendapat 1 Marshmallow mengalami banyak masalah. Untuk mengukuhkan kajian, remaja-remaja ini diuji lagi dengan satu test iaitu Scholastic Aptitude Test. Keputusannya mengejutkan apabila average markah remaja dengan 2 Marshmallow adalah 210 markah lebih banyak dari remaja dengan 1 Marshmallow.

Bersama Ummi pengarah urusan Raudhatus Sakinah. Dr Rubiah Kulop....Malam ini ada lagi...

Setakat ini sahaja. Wallahua'lam.

Sedikit video untuk dikongsi bersama.




2 ulasan:

  1. kami mmg bersabar..jgn risau..yg penting tau byk jalan untuk ke putrajaya..byk ilmu yg diperolehi drpd konvensyen bidadari dunia ni..semoga kita akan terus istiqamah dalam mengamalkan amalan yang melayakkan kita menjadi salah seorang bidadari dunia dan juga bidadari dan pendamping istimewa di syurga buat insan yang bergelar suami..inshaallah.;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran kawan2. Risau jugak kan? Hampir waktu isya' kita sampai ke rumah. Aminnn =)

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...