23 Julai 2012

1 Ramadhan 1433 Hijrah

Sampai bila nak drive sorang-sorang ni? hehehe...jawapan yang tak perlu aku jawab...

Teringin sangat nak balik kampung. Sebagaimana yang dirancang, aku, Hidayah dan Kak Ina pulang ke kampung. Terdengar-dengar lagu balik kampung dendangan Allahyarham Sudirman, semasa berada diperantauan di bumi anbiya' dahulu. Pasti terasa hiba dihati berada di negara orang. Hanya orang yang pernah berjauhan akan rasa perasaan ini. Tak sabar nak balik berjumpa mak ayah walaupun sebentar.

Hari khamis, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti datang ke sekolah. Asalnya pada tarikh itu JPN datang ke sekolah. Entah apa agenda yang mereka nak buat. Bukan mereka datang sehari, bahkan 2 hari. Hari khamis aku dah kena observe. Tak kisah apa komennya. Asalkan aku menjalankan tugas yang diberikan.

Terima kasih kepada 6 orang pelajarku yang menjadi bahan soal selidik ustaz yang observe aku.

Awal posting aku ke sekolah ini, aku dah kena observe oleh ustaz yang sama. Tapi aku tak kenalnya. Rasa macam lain. Dulu rasa muda sikit. Selepas 3 tahun, jumpa semula. Nampak tua sedikit. Cara dia memandang, seperti ustaz kenal aku. Ustaz masih kenal aku rupanya. Aku tak kisah. hehehe...Maaf, tak sempat nak jumpa. Kampung dah melambai-lambai ustaz.

Sebaik sahaja habis sessi P & P aku bersama pelajar tingkatan 3, aku terus pulang ke kampung. Tak kisah la nazir-nazir masih buat taklimat dengan para pentadbir. Cepat-cepat aku pulang sebab dah janji dengan dua orang yang baik hati ini. Sudi temankan aku balik kampung. Drive seorang diri pun tak kisah. Asal ada yang teman.

Solat qasar dan jama' takhir (gabungan solat asar 2 rakaat dan solat zohor 2 rakaat) di R & R Temerloh. Rehatkan kaki selepas drive dari N9-Putrajaya Sentral- Temerloh. Kereta Myviku juga nak rehat. Kemudian aku teruskan perjalanan sehingga ke rumah Hidayah. Di sini bermula malam satu Ramadhan. Selepas masuknya maghrib, dikira malam 1 Ramadhan. Lain suasana malam ramdhan ini. Perjalanan berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih peneman2ku berceloteh untuk hilangkan mengantuk.

10 malam aku sampai ke rumah. Wah! ramainya orang. Semua adik beradikku ada kecuali adikku yang berada di Mesir dan abang keduaku sekeluarga. Adikku yang belajar di Kuala Kubu Baru sempat jumpa sehari. Hari sabtu malam, dia dah naik bas untuk ke KKB. Tengok muka diorang pun dah seronok. Lama tak jumpa kan. hahaha...Hilang rasa penat memandu hampir 8 jam. Itulah nikmat balik kampung...

Sempat berpuasa dan berterawih di surau berdekatan walaupun sehari. Abangku jadi imam rupanya. Kira ok la jika orang kampung bagi kepercayaan. Caya la lu. (Jangan perasan dengan ayat aku ni, wahai abangku).

Berat hatiku nak tinggalkan kampung. Hari ahad petang, aku dah bertolak ke rumah abangku. Berbuka puasa di sana. Selepas terawih, terus ke KL-N9. Mak Hidayah siap bekalkan makanan untuk sahur untuk kami bertiga. Tetap aku drive sorang kereta manualku ini. Siapa kata perempuan tak boleh nak drive kereta manual? Jika sebut perempuan, mesti kereta auto. Oh, tidak. Aku adalah pengguna kereta manual setakat hari ini.

Berada di R & R pada jam 12 tengah malam. Minum air nescafe panas untuk hilangkan mengantuk. Yang peliknya, ramai lelaki lepak. Seram juga. Perempuan ada tapi tak ramai. Selepas rasa yakin boleh memandu, aku teruskan pemanduan.

Aku terlupa bahawa inilah kali pertama aku guna smart tag kepunyaan Hidayah. Gabra juga bila kena hon dari belakang. Nampak tol dah gabra. hahaha...Kembali ke KL, aku guna 'touch n go' sahaja. Terima kasih Hidayah. Inilah pengalaman pertama. Selepas ni, insya Allah pandai guna smart tag dan 'touch n go'.

'gambar hiasan dari pak google'

3.30 pagi, aku sampai di sekolah kak Ina. Kunci pagar tak boleh buka. Ya Allah, berilah kesabaran kepadaku dalam bulan yang mulia ini. Aku cuba nak pusing kereta...Dugaan datang lagi. Keretaku masuk dalam tanah lembut dan berlumpur akibat ada takungan air hujan. Suasana gelap membataskan pemerhatianku adakah itu tanah lembut atau tidak? Allahu Akbar. Tayar keretaku dan masuk dalam tanah itu. Aku cuba reverse. Tak dapat. Ke depan juga tak dapat. Sandel aku dah penuh dengan lumpur. Comot keretaku. Penuh pengalaman. Kak Ina cari pakcik jaga sekolah. Dia yang tolong alihkan keretaku. Terima kasih pakcik. Alhamdulillah. Allah hadir pertolonganNya melalui pakcik. Moga pahala yang berganda untukmu di bulan Ramadhan ini.

Aku tumpang tidur di rumah warden (rumah kak ina). Tak lena sebab macam-macam fikir. Mungkin aku ada buat silap kepada seseorang. Aku maafkan semua orang. Aku harap orang yang aku buat silap itu maafkan aku. Sekejap terlelap. 6.30 pagi, aku bertolak balik ke rumah sewaku. Sebelum itu, aku dah maklumkan kepada rakan guru supaya beritahu pengetua bahawa aku datang lambat. 8.30 pagi aku sampai di sekolah. 9 pagi dah masuk mengajar. 5 masa hari ini. Keletihan diletakkan di tepi. Terlelap sekejap semasa menanda kertas karangan yang dibuat oleh pelajar.

Kehadiran bahagian pemasangan plak elektrik untuk komputer. Entah kenapa aku dipanggil? huhuhu..blur sekejap sebab banyak peristiwa berlaku. Pemikiran aku belum rehat sepenuhnya. Aku dah cuba fokus dan laksanakan kerja aku sebaiknya hari ini. Aku lah orang yang paling awal keluar dari sekolah. Oh, aku perlukan rehat!

p/s: Ini diariku. Tidakku minta simpati. Cuma kongsi bercerita. Semua orang akan melalui kisah yang berbeza. Aku percaya ini adalah ujian Allah. Alhamdulillah aku dapat lalui dengan tenang tanpa ada perasaan marah. Indahnya bulan Ramadhan. Allahuma Innaka Afuwun Kareem. Tuhibbu Afwa fa'fuanna...Aminnn :)

9 ulasan:

  1. alhamdulillah perjalanan balik kg dipermudahkan dan tenang je..dugaan di bulan mulia tak dapat dielakkan..semoga cik sufi akan terus tabah dan sabar ye..pengalaman pahit manis ye awal ramadhan..lain kali kita balik lagi ye..saya akan belajar bawa kete manual..bukan tak pandai tapi x yakin je.hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya Allah. nanti senyuman manis dapat bawa sama.hehehe...saya la org paling awal keluar dari sekolah. Tak tau pulak pengetua nak buat mesyuarat. Keesokan baru ada mesyuarat betul-betul. Sebab ada surat. Letih tapi banyak pengalaman.alhamdulillah =)

      Padam
  2. ermm...patutlah haritu pkai kasut cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana prihatin. Kasut kat kaki pun nampak yea.hahaha

      Padam
  3. Balasan
    1. insya Allah ada sekejap. saya akan balik awal. Persiapan ke kem. Ada apa Haidi? Kelas kamu ada guru lain relief :)

      Padam
  4. tak cuma bosan je tkde BA..seminggu pulk tu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bosan xde BA? Alhamdulillah, Haidi menunjukkan minat dlm BA. Buat yang terbaik semasa menjawab ujian minggu depan yea. Rabbi Yassir Wala Tuassir Wa Tammim Bil Khair ^_^

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...