22 Februari 2015

Sujud Syukur.

Assalamualaikum wbt,

Persoalan tentang sujud syukur menjadi tanda tanya. Termasuk diri ini sendiri.
 Untuk menjawab tentang sujud syukur dan sebagai ingatan diri ini juga, aku merujuk kepada Kitab Fiqh 4 Mazhab oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Penterjemah yang disenaraikan ialah;

1. H.M Yusuf Sinaga Lc. MA
2. H.M Abdurrahman Saleh Siregar Lc. MA
3. H. Muhammad Zuhirsyan Lc. MA

Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011

******************************

"Kalau permintaan kita dah tertunai, kena sujud syukur kan? Tetapi masalahnya dia tidak tahu bagaimana buat sujud syukur itu. Adakah kita berdosa jika tidak buat? Apa pendapat Ustazah?"
Soalan dari pelajarku.

Kitab adik masih berada dirumah. Selongkar punya selongkar, jumpa kitab ini. Apa lagi cari dalam isi kandungan tajuk sujud syukur. Alhamdulillah jumpa. Jadi ini jawapan aku yang seterusnya.

"Sujud syukur adalah sunat" jawabku.

"Owh...Kalau tak buat pun tak apa..." kata pelajar ini.

Baca penerangan dibawah;

******************************

Jawapan kitab Fiqh 4 Mazhab:

Sujud syukur iaitu sujud sekali, seperti sujud tilawah. Sujud ini dilakukan ketika mendapat nikmat atau terlepas dari musibah, dan tidak dilakukan kecuali diluar solat. Apabila dilakukan dalam waktu solat , maka solat itu terbatal meskipun hal itu diniat mencakup dalam rukuk dan sujud solat, hal itu tetap tidak diharuskan.

Sujud syukur hukumnya SUNAT, menurut kesepakatan ulama' syafi'eyah dan ulama' Hanabilah, adapun ulama' Malikiyyah dan Hanafiyah mengatkan bahwa sujud syukur makruh hukumnya. Adapun yang disunatkan ketika mendapat nikmat atau terlepasa dari musibah itu dengan melakukan solat dua rakaat.

Jawapan Tambahan dari Kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq:

Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sesuai dengan pensyaratan Bukhari, bahawa ketika Ali mengirim surat kepada Nabi SAW untuk memberitahu bahawa Hamdan telah memeluk agama Islam, beliau menyungkur sujud. Beliau kemudian bangkit dari sujudnya, lalu bersabda, "Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan. Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan".

Abdurrahman bin Auf meriwayatkan, "Nabi SAW berangkat, lalu aku mengikutinya. Beliau masuk ke dalam kebun kurma, lalu sujud sangat lama sampai aku khuwatir Allah telah mewafatkannya. Aku segera melihatnya. Beliau mengangkat kepalanya seraya berkata, 'Ada apa denganmu wahai Abdurrahman'.

Aku menyuarakan kekhuwatiranku itu, lalu beliau bersabda,

إنَّ جبريلَ -عليه السلام- قالَ لي : ألاَ أُبَشِّرُكَ؟ إنَّ الله -عزوجلَّ- يَقُولُ لَكَ : مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ صَلَّيْتُ عَلَيهِ ،ومنْ سَلَّمَ عليكَ ،سَلَّمْتُ عليهِ. فَسَجَدْتُ للهِ -عزوجل- شُكْرًا.
Maksunya:
Jibril a.s. berkata kepadaku, "Mahukah engkau, aku beritahu suatu khabar gembira? Allah berfirman kepadamu, 'apabila seseorang berselawat kepadamu, maka Aku berselawat (mencurahkan rahmat) kepadanya'. Maka aku bersujud kepada Allah sebagai ungkapan rasa syukur (kepadaNya)

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim berkata, "Ini adalah hadis sahih sesuai dengan pensyaratan Bukhari dan Muslim. Aku tidak mengetahui hadis lain yang menjelaskan tentang sujud syukur lebih sahih dari hadis ini". 

Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik melakukan sujud syukur ketika mendapat khabar gembira bahawa Allah telah menerima taubatnya. 

Ahmad menyebut bahawa Ali r.a. melakukan sujud syukur ketika menemukan Dzu Tsudyah (seseorang dari golongan Khawarij) terbunuh bersama kaum khawarij. Sa'id bin Manshur meriwayatkan bahawa Abu Bakar melakukan sujud syukur ketika berita terbunuhnya Musailamah sampai kepadanya.

Sujud syukur dilakukan dengan beberapa syarat seperti syarat-syarat sujud di dalam solat. Ada ulama' yang berpendapat bahawa syarat-syarat sujud dalam solat tidak disyaratkan didalam sujud syukur. Hal ini kerana sujud syukur bukan solat.

Pengarang kitab Fath Al-A'llam berkata, "Pendapat ini lebih dekat kepada kebenaran". Syaukani berkata, "Hadis-hadis tentang syukur tidak menjelaskan disyaratkan wudu', suci pakaian dan suci tempat untuk melakukan sujud syukur". Imam Yahya dan Abu Thalib mengungkapkan pendapat yang sama dengan Syaukani. Hadis tentang sujud syukur juga tidak menjelaskan dianjurkannya bertakbir ketika melakukan sujud syukur.

Dalam Al-Bahr disebutkan bahawa hendaklah seseorang bertakbir ketika melakukan sujud syukur. Imam Yahya berkata, "Sujud syukur tidak dilakukan di dalam solat - ini pendapat yang disepakati - kerana sujud syukur bukan sebahagian dari solat".


Jawapanku:

Oleh kerana masyarakat Malaysia menggunakan mazhab Syafie, kita ambil hukum sunat melaksanakan sujud syukur. Sujud ini bukan dilakukan dalam solat. Di mana-mana sahaja asalkan tempat suci dan mengadap kiblat. Jika ada wudu' lagi baik.

 Apa maksud sunat?

Sunat adalah perintah jika dilaksanakan dapat pahala dan jika tidak laksanakan tidak berdosa.

Bacaan adalah seperti sujud tilawah.


Bacaan lain, aku masih tidak dapat sumbernya. Ini sahaja yang mampu aku coretkan. Harap bermanfaat. Jika tersilap, sila buat teguran. Terima kasih.

SUMBER:

1. Fiqh 4 Mazhab Jilid 1, 2 dan 3 oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011

2. Fiqih Sunnah Jilid 1 oleh Sayyid Sabiq. Ditahqiq oleh ahli waris, Muhammad Sayyid Sabiq. Terbitan Pena Pundi Aksara, Jakarta, Indonesia.

Angin Syurga Sebuah Komentar.

Kali pertama aku melihat tajuk ini pada iklan tv2. Teruja sangat nak tonton. Setiap kali nak mengadap tv,  asyik terlupa. Kali ini aku dapat tonton drama ini dari episod 1 hingga 12.

Cantik sangat Jue Aziz pakai tudung labuh. Bentuk tudung juga cantik. Kemas. Lipatan pada bahagian muka 'menjadi'. Kita doakan semoga suatu hari ini,  kakak ini akan menjadi muslimah solehah. Menutup aurat dengan sempurna. Aminnn.

Cuma aku ada beberapa kemusykilan berkaitan drama ini. Ada DUA perkara aku dapat simpulkan sebagai penonton.

PERTAMA
Perut Kak Long membesar sehingga menimbulkan fitnah bahawa dia sedang mengandung. Oleh sebab mengandung anak haram,  dia pakai tudung labuh dan jubah. Justeru itu,  penonton akan mengandaikan orang bertudung labuh dan berjubah adalah untuk menyembunyikan perut dari pandangan orang ramai.

KEDUA
Keluarga ini ada jurang yang sangat jauh. Adik perempuan,  Amiera tidak mengenakan tudung kecuali dalam beberapa hal sahaja.

Amiera cakap, "Kak Long tak perlu pakai baju longgar-longgar lagi selepas ini". Perbualan ini berlaku selepas Kak Long membuat pembedahan membuang fibroid dalam perutnya. Apakah maksud perbualan ini?

14 Februari 2015

Pergi Tiada Ganti Bersama Ilmunya.

Malam jumaat 12 Feb 2015. Ulama' yang disegani kawan dan musuh bertemu Arrahman. Pencipta kita semua. Kita semua akan kembali ke sana. Tiada siapa yang tahu bila masanya akan tiba. Sungguh mulia akhir kehidupan Tok Guru Nik Aziz. Nama yang ayah pernah sebut sejak aku masih kanak-kanak. Pernah dibawa ke Pulau Melaka untuk mendengar mutiara kata dari beliau.

Kehadiran selautan manusia membanjiri perkarangan masjid dan rumah beliau. Ada yang mengatakan mereka semua berjalan kaki untuk menziarahi hamba Allah yang mulia ini. Ada juga video yang menunjukkan awan berkumpul melindungi dan membentuk kalimah ALLAH. Petanda apakah ini? Mulianya hamba Allah ini.

Kehilangan beliau amat dirasai terutama dalam era fitnah. Tiada siapa yang berani pertahankan Islam seperti beliau. Walau dihina,  difitnah, beliau tetap memaafkan kesalahan mereka.

Kepimpinan yang adil dan saksama menjadikan beliau tokoh paling berpengaruh di dunia. Di Masjidil Haran juga diumumkan kematian beliau. Bayangkan seramai mana umat manusia solat ghaib atau solat jenazah untuk beliau serta memohon keampunan atas segala kesilapannya.

Bagaimana kita nanti?

Cara hidup kita akan menunjukkan cara kematian kita.

10 Februari 2015

Rumah

Keberanian yang ada ini,  aku buat pinjaman untuk buat rumah. Bajet rumah semi-D 200k dengan keluasan 20 x 50. Sekarang tambah 22x50. Sangat menakutkan apabila hanya 30% proses, duit mengalir hampir 25k. Proses ini bermula bulan Disember 2014. Walaupun hujan,  proses ini tetap diteruskan.

10 Feb 2015-Selasa.

Sekarang tinggal 55k tinggal untuk proses seterusnya. wayering Elektrik 10k. Air 10k. Syiling dan mozek tidak termasuk lagi. Aku sudah tidak nampak ikhtiar lain lagi. Duit kutu aku dapat paling awal RM1200. Duit itu akan habis bila buat pembayaran kepada Pak Din.

Aku sangat berharap semua ini akan berakhir. Sekarang aku dikatakan sangat berjimat cermat. Teringin beli sesuatu,  tangguh dulu. Kesabaran sangat diperlukan. Aku nak pinjam duit siapa untuk buat pembayaran. Hanya seorang yang aku nampak. Tetapi hatiku menghalang kerana anaknya sakit dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

*********
Rumah ini telah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2015. Bulan Februari 2016, rumh semi-D ini telh disewa. Alhamdulillah atas anugerahmu. Hasil ni juga hasil kerja keras ibubapaku. Mereka penguat semangatku untuk siapkan sepenuhnya dari A to Z. 

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...