12 Disember 2010

Tip Mudah Bersalin.

Dalam surah Maryam ada menceritakan beberapa perkara sebelum kelahiran puteranya, Isa ibnu Maryam Alaihissalam.


Dengan izin Allah apabila Maryam mengandung, beliau berasa risau dan menyisihkan diri daripada masyarakat kerana tidak sanggup berhadapan dengan mereka apabila sudah melahirkan anak tanpa suami.

Apabila tiba di Bethlehem (Baitu Laham) selatan Jurusalem, beliau mula berasa sakit untuk melahirkan anak. Beliau bersandar di bawah sebatang pokok kurma.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka rasa sakit melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pokok kurma. Dia berkata: Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan. Maka Jibrail menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goncanglah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" ( Surah Maryam ayat 23-25)
Maha Suci Allah yang  telah mengajar kaum ibu tentang kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan penderitaan dan mempercepatkan proses bersalin. Bahkan kaedah-kaedah ini telah lama diaplikasikan di wad-wad bersalin.

**********
Menarik Pohon Kurma


Kajian perubatan menunjukkan bahawa dengan menarik atau meramas objek tertentu juga akan memudahkan proses melahirkan anak. Tindakan tersebut akan mempercepatkan pergerakan bayi keluar melalui salur peranakan.

Hal ini telah dipraktikkan di wad-wad bersalin sejak dahulu lagi. Pelbagai cara digunakan untuk mengaplikasikan kaedah ini seperti menarik tali yang digantung pada syiling, memagang besi yang dilekatkan pada katil, menggunkan kekuda dan juga meramas tangan seseorang contohnya suami.

Di sesetengah hospital, terdapat satu alat berbentuk U yang dilekatkan pada katil pesakit yang dikenali sebagai 'squat bar'. Dengan menarika alat ini, ia akan memudahkan proses memudahkan proses melahirkan bayi dengan memendekkan salur peranakan dan melebarkan bukaan rahim. Alat ini membantu ibu untuk berada dalam kedudukan bercangkung apabila dia menarik badannya ke atas dan menekan kakinya ke bawah. Dalam kedudukan ini, otot-otot rahim akan mengembang meskipun dengan menggunakan tenaga yang minimum. Kedudukan ini juga menyebabkan tulang pelvis mengembang sebanyak 30% daripada asal dan menyebabkan bayi dengan mudahnya dikeluarkan.

Menggoncang pohon kurma juga merupakan salah satu senaman. Senaman ringan digalakkan untuk melegakan kesakitan dan juga memudahkan proses bersalin seperti berjalan-jalan di sekitar wad bersalin. Maka sebab itulah ibu-ibu pada peringkat awal kelahiran disarankan untuk melakukan sedikit senaman untuk mengurangkna tekanan pada badan dan mengurangkan komplikasi semasa bersalin.

Makan Buah Kurma



Mengugurkan buah kurma seperti yang disebutkan dalam ayat tadi tentu ada kaitan dengan orang bersalin. Pasti ada khasiat tertentu.

Khasiat umum buah kurma sememangnya sudah diketahui umum. Buah yang dikenali 'Bread of Desert' ini mengandungi gula semulajadi yang membentuk kira-kira 2/3 daripada beratnya.

Gula semulajadi ialah sejenis gula yang mudah diserap, dicerna dan ia mampu membekalkan tenaga dengan pantas kepada badan. Gula ini ialah jenis fruktosa dan berbeza dengan gula jenis glukosa yang terdapat dalam menu masakan harian kita.

Kajian perubatan moden menunjukkan salah satu khasiat kurma adalah dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Pakar-pakar perubatan menggalakkan ibu-iibu pada fasa awal kelahiran untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi.

Sumber yang paling baik untuk membekalkan fruktosa tidak lain dan tidak bukan iaitu KURMA. Tenaga yang dihasilkan oleh gula fruktosa begitu hebat sehingga menguatkan semula badan-badan yang lemah dan tidak bertenaga dalam masa yang cepat.Kurma dapat meransang otot-otot rahim dengan mengawal dan menguatkan pengecutannya untuk memudahkan proses bersalin.

Semasa mengandung, otot-otot rahim mengembang dan membesar serta ia bekerja keras untuk menolak bayi keluar selama berjam-jam lamanya tanpa henti. Maka rahim memerlukan bekalan gula fruktosa yang mencukupi semasa proses kritikal tersebut. Gula fruktosa ialah gula yang paling sesuai dalam keadaan ini. Gula glukosa dianggap kurang sesuai kerana ia mengambil masa yang lama untuk menjana tenaga.

Allah menciptakan sungai untuk Maryam


Allah SWT juga menjelaskan peranan air dalam membantu kaum ibu. seperti kurma, air juga dapat mengurangkan kesakitan semasa bersalin dan mengawal pengecutan otot-otot rahim.

Semasa proses bersalin, berbotol-botol air akan dialirkan ke dalam darah ibu untuk mengelakkan penghidratan dan memudahkan proses bersalin. Ibu yang mengalami penghidratan akan berada dalam keadaan yang lemah dan tentu sekali menyukarkan proses bersalin.

Di negara-negara barat, melahirkan anak dalam kolam air adalah perkara biasa dan ia sememangnya terbukti boleh memudahkan proses bersalin.

Air merupakan bahan yang sangat penting semasa proses mengandung dan bersalin atas beberapa sebab. Sepanjang tempoh kehamilan, isipadu darah dalam badan wanita bertambah untuk keperluan janin. Pada hujung tempoh kehamilan, isipadu darah dan bendalir di dalam badan wanita meningkat sehingga 150%

Sumber: Majalah Solusi oleh Dr Farhan Hadi Mohd. Taib.

p/s : Tadi aku baru masuk sungai. Suka sangat masuk dalam air ni.hehehe. Teringat pasal artikel ni. Pernah Hafsah sebut kakaknya yang cepat dan mudah bersalin selepas berenang dlm kolam / sungai.

Untuk kawanku, Kak Mas yang baru keluar wad kerana uri bawah rahim. Semoga sihat dan jadi tip untuk kak mas. Moga dipermudahkan semua urusannya terutama pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung. Aminnn ^_^

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

11 Disember 2010

Kata Sahabat Tentang Lidah.

"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal"
  Al-Ashma'i:
"Perkataan ialah tawanan yang diikat pada seseorang. Apabila dia berbicara, maka dia menjadi tawanan ucapannya"
Umar Bin Abdul Aziz:
 "Orang yang terjaga dan bertaqwa ialah orang yang selalu mendera lidahnya"
Abu Darda':
"Dahulukan kedua-dua telingamu daripada mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara"
Al-Hassan:
"Orang yang tidak mengerti tentang agama, tidak menjaga lisannya" 
Sumber: Isham bin Muhammad Al-Syarif, al-Jami' al-Sahih min Ahadith al-Nisa' (copy/paste: majalah Solusi)

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Dakwah2 tapi gejala sosial sekarang?

Kata Saidina Ali Karramallahuwajhah :
"Kebenaran yang tidak tersusun (terancang) akan kalah kepada kebatilan yang tersusun"
Rasulullah SAW pernah berpesan berdasarkan hadis riwayat Al-Dailami:
"Bercakaplah mengikut kadar akal manusia yang kamu hadapi"
Dan hadis riwayat Musliam no.1733:
"Permudahkan, jangan kamu menyusahkan"

**********

 Cuba kita tengok gejala sosial sekarang semakin menjadi-jadi. 
Salah siapa? Bagi aku...salah kita semua!

Pendakwah2 dah masuk dalam tv.
Rancangan Halaqah. Rancangan al-Kuliyyah. Rancangan Semanis kurma. 
Dah masuk melalui ceramah2.

Hari jumaat berbuih2 bercakap atas mimbar tapi pendengar tidur.
Keluar masjid terus wat mende jahat.

Cikgu2 dan ustaz ustazah macam2 buat contoh dan pelbagaikan cara mengajar.
Masuk kursus tu. Masuk kursus ni.
Buat JQaf. Buat program ibadat.
Pelajar still biadap dan tak ikut apa yang diorang ajar.

Kursus kahwin dah buat.
Tapi masih ada yang bercerai berai.
Bertambah2.
Artis pun sama.
Cerai sana lepas gosip sini.
Ramai yang jadikan artis contoh. 
 Mak ayah sibuk cari duit nak bagi makan kat anak-anak.  
Anak2 terabai. Biarkan bibik didik anak. 
Biar pengasuh yang ajar anak.
Biarkan guru ajar anak.
Kat rumah biar je anak tak solat
Tak buat kerja sekolah.
Anak kena pukul, terus cari peguam.

Pemimpin?
Ikut cara barat tangani masalah berat.
Sikit demi sedikit naikkan kemarahan anak buah.
Cari peluang kaut untung anak beranak.
Agama letak kat kepala lutut.

Apa pendapat korang??? 

Sumber:
Majalah Solusi dan kepala otak sendiri


07 Disember 2010

Surat Rayuan Mengerjakan Haji.



Nama Pemohon I & No Akaun Tabung Haji
Nama Pemohon II & No Akaun Tabung Haji
Alamat

Tel:
_____________________________________

Tarikh :


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan/Puan,
RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami isteri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi 20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:-

1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang;

2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji;

3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah.

Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

Sekian, terima kasih.


Wassalam.

Yang Benar,



(ABU HAZMY)
No. IC:
Tel. No.: 


p/s: Moga segala urusanku dipermudahkan ^_^

Sumber: Abu Hazmy

06 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Hari ni aku sambut tahun baru Islam atas jalan raya. 
Tak sempat nak baca doa akhir tahun hijri.

Pergi ziarah kawan lama. 
Dah lama pergi belajar tapi bumi anbiya' melambai2 dirinya untuk kembali.
Masih berbaki setahun lagi.
Moga kawanku ini mendapat kejayaan dan ilmu penuh di dada.

Tadi...
Kami sempat bermandi manda di Lata Belatan, Setiu.

Terima kasih buat pemandu pelancong yang tak bertauliah & keluarga.
Nanti boleh jalan2 kat Melaka wpun sesat. hehehe
Siap bawa bekalan makanan untuk kami.
Terharunya.
isk...isk...isk


01 Disember 2010

Puja Syaitan?

Kalau nak baca artikel ni. Klik untuk besarkan atau klik



18 Jan 2009- Tarikh artikel ni dikeluarkan.

Sekarang memang jelas lagi bersuluh. Tengok apa yang dipaparkan dalam TV. Tak ada penapisan ke? Nak suruh 1Malaysia jadi pemuja2 hantu atau buat amalan sihir?

Kalau tak silap aku Ahad malam di TV9 aku tertengok cerita seram.  Cerita Thailand. Moralnya " jangan terjebak dengan sihir..." tapi ceritanya nak tunjuk cara buat sihir! Tajuknya aku dah lupa.

Aku punya cari intisari rancangan tu...tapi jumpa tajuk "Hang Jebat"..pelik betul...tak kan cerita thailand ada kisah hang jebat. Lu pikir sendiri!!!

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Remaja oh Remaja


Tingkatan 1.
Tingkatan 2.
Tingkatan 3.

Mereka sudah mengenal cinta. Mencari cinta di alam cyber. FB? YM? Friendster? Twitter? My Space?
Mereka merasakan itulah pengarang jantungnya. Boleh mengubah dunia menjadi syurga. Berkhayal...

"Muka Bi nampak ganazzz tapi dalam hati ada taman,"

"Jom kita couple,"

"Saya rasa awak lain dari yang lain...bla...bla.."

Ayat budak2. hehehe

Seorang pelajar yang boleh dikatakan pelajar terbaik sekolah mengadu dipulau oleh kawan2. Sedih. Menyendiri. Termenung.

Memanggilku untuk mengadu masalah.

Eh, kenapa aku yang dipilih? Cikgu lain ramai lagi. Guru kaunseling ada. Guru kelasnya ada. Aku juga tempat aduannya. Aku tak kisah jika aku tak ada kerja. Sekarang kerjaku berlonggok2 sebelum aku ambil cuti.

Aku pandang muka budak perempuan ni.

"Sekejap je. Saya tak boleh tahan lagi ni. Nak cerita kat ustazah juga,"

"Ok..ok..kamu masuk dalam library dulu. Saya siapkan kerja ni dulu. Nanti saya menyusul yea,"

**********

Aku masuk library tempat biasa aku lepak buat kerja PSS atau berkaitan buku2. Pelajar ni tengah baca buku.  Aku duduk berhadapan dengannya. Aku pandang mukanya yang berkerut seolah-olah memendam banyak masalah.

"Mana kawan2 lagi," Aku cuba memulakan perbualan.

"Entah la," jawabnya acuh tak acuh.

"ermmm, apa masalah yang kamu nak cerita tadi?"

"Sebelum tu, ustazah kena janji tak cerita kat sesiapa pun. Termasuk cikgu2 lain," letak syarat pulak.

"I'allah kecuali untuk selesaikan apa yang patut,"

"Sebenarnya...kawan2 pulaukan saya. Diorang tak nak kawan dengan saya. Ustazah perasan tak saya jalan dengan cikgu2 masa kita pergi lawatan hari tu?" aku angguk je kepala ni. Biarkan dia teruskan cerita. Kalau aku potong cerita dia...jadi lain pulak ayatnya. hehehe

"H tuduh saya rampas kekasihnya. Dia kata saya kawan yang 'Tikam dari belakang'.  Musuh dalam selimut. Padahal  'pak we' dia mesej ...ajak couple," fuh lamak...budak kecik ni dah ada peminat rupanya. Hati aku je kata. Biar dia teruskan lagi...

"Saya balas mesej dia tapi saya tak kata setuju nak couple," (emmm...kenapa la ko balas kalau ko tak nak dia. ko lagi layan...huhuhu)

"Kat sekolah, saya cerita kat A pasal mamat ni. Lepas tu A cerita kat H dan kawan2 yang lain. H mengamuk dan terus marah2. A dan kawan2 yang lain pun sama. Terus diorang nak buat apa2 tak bagitau saya. Saya sedih sangat,"

"Kamu tak bagi penjelasan semula kat kawan2?" aku menduga. Aku memang tak tau nak memujuk budak mentah ni. Biar dia layan perasan sedih dulu.

"Saya nak cuba jelaskan tapi diorang tak nak dengar,"

"Apa kata saya panggil diorang ke sini. Biar saya jadi orang tengah. Macam mana?"

"Tak boleh...Nanti diorang kata saya mengada-ngada cerita kat Ustazah,"

"Habis...masalah kamu tak akan selesai. Kalau bertambah parah saya tak akan campur tangan. Atau saya cerita kat guru kaunseling atau cikgu lain," ugut aku.

"Tak payah la...saya nak Ustazah dengar je," rasa kelakar pulak. Suruh aku jadi pendengar je. Aku tak boleh jadi pendamai la yea. Lantak ko laaa...Semua cadangan aku di tolak mentah2. Tak ada bakat kot...

"Saya nak tanya soalan kat kamu ni. Kenapa pilih saya untuk jadi pendengar masalah kamu? Cikgu lain ramai lagi. Lagi pun saya tak mengajar kamu," Persoalan tadi akhirnya pecah di mulutku.

"Saya percaya kat Ustazah la,"

"Kalau saya pecahkan cerita ni macam mana?"

"Terpulang la. Tapi saya tau ustazah tak akan cerita dengan kwn saya dan cikgu2 lain buat masa terdekat ni,"

Percayanya dia padaku. Aku terima amanah ni sehingga aku jumpa jawapan kepada masalah dia ni...

**********

Aku rasa blurr lah pulak masuk bab 'couple' budak-budak nie.'Couple' je lebih,ikut hati nak mencuba..esok lusa merana.Kalau dah rindu sangat kenapa tak terus kahwin je.

'Mana boleh ustazah,kalau dah kahwin ada kouta tak boleh nak lebih-lebih.Empat je...bla  bla bla', munkin itu ayat yang aku terima.

Kepada golongan remaja kat luar sana tuu..janganlah buat sesuatu atas kehendak nafsu.Bukan ke kita boleh bezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak.Tak usah fikir pasal lelaki mahupun jantina berlawanan dengannya.Itu bukan keperluan seorang remaja.Penuhi dulu dada kita dengan ilmu..Faham murid-murid.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...