05 Mac 2011

Dengar Boleh Tapi Percaya...?

Nampak tak semestinya betul tapi lihat tak semestinya salah...
Nak salahkan siapa jika ada angin bertiup lalu pokok bergoyang.
Nak salahkan angin? nak salahkan pokok?

'dish!'

Memang susah untuk menafsirkan sesuatu yang tersirat.
Aku bukannya wali Allah. Tapi hanya manusia biasa.
Perasaan 'sesuatu syak' biasanya diakhiri dengan sahih.
Jarang tersasar. Kesalahan tetap ada. 'something wrong' tetap ada.

Apa yang aku lihat aku terus diperhalusi.
Aku tidak akan percaya kepada mana-mana pihak.
Sedikit demi sedikit...ia akan terbongkar.
Semua pancainderaku akan digunakan.
Kesabaran adalah perlu.

Jika Allah izinkan. Insya Allah ^_^

Jika dunia kita dihiasi hiburan, mata hati kita terus tertutup.
Roh Islam tidak dapat ditanam dalam jiwa.
Kita terlalu buta dengan material.
Sehingga nampak Islam itu pada solat 5 waktu, puasa dan haji. 

Halal haram sumber makanan tidak diperdulikan.
Benda mistik diagungkan. 
Apa yang hebat sangat berbanding mukjizat nabi Muhammad?
Al-Quran ditinggalkan. Bacaan hanya dimulut tapi penghayatan dimana?

Banyak pengajaran yang ditunjukkan.
Kita terus leka. 
Sekejap sahaja ingat.
Kemudian kembali kepada jahiliah.

04 Mac 2011

Adakah Anda Bahagia Mengkhianati Orang Lain?

Di mana kebahagiaan anda?
Pada harta?
pada duit?
pada pengkhianatan?
pada menyekat rezeki orang lain?




لِّلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِن تُبْدُوا مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿البقرة: ٢٨٤﴾
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ingatlah, rezeki Allah ini luas. Jika kita sekat rezeki orang, sudah tentu Allah lebih berkuasa menyekat rezeki kita. Jangan ingat rezeki kita yang datang bergolek tanpa kerja, akan membuatkan kita bahagia. Semua itu akan disoal. Dari mana ia datang dan bagaimana dibelanjakan.
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
﴿البقرة: ١٠﴾
"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)"
Jika kita membuat sesuatu yang buruk terhadap orang lain, sudah tentu hati kita akan merana. Perasaan yang tidak puas. Hingga membuatkan orang lain papa kedana dan terseksa. Allah akan tambah sakit dalam hati kita

Begitu juga keaiban orang. Jika kita hina atau mengaibkan seseorang, Allah akan buka keaiban kita. Bukan di akhirat sahaja, bahkan di dunia dah ditunjukkan. Jika kita menyembunyika keaiban orang lain, insya Allah, Allah akan menjaga keaiban kita.

Jika manis dimulut tetapi sakit di hati...hasilnya akan nampak pada riak wajah dan perbuatan kita. Semoga kita  mendapat pengampunan dari Allah.

Berkat Sabar.

Baru balik bayar kompaun. RM30 sekali kena. Kalau nak buat rayuan, mungkin dapat atau tidak. Minggu depan baru tau. Aku terus bayar. Tak nak ulang alik ke sana. Macam muka ku cop duit. hahaha...Tengah telefon kawan sambil memandu, nampak polis...terus aku letak telefon. Tak pasal-pasal kena saman nanti. Korang jangan buat yea. Tadi emergency.

Singgah sekejap di kedai buah depan tamanku ini. Cari air kelapa pandan. Hilangkan dahaga. Kasihan akak penjual ni. kebetulan aku sampai, dah ada pelanggan lain tunggu. Cepat-cepat dia buat kerja bersama anaknya yang masih bersekolah. Sekolah menengah la. Pandai tolong ibunya. Berkat hidup kan.

Ada seorang pakcik ni. Pakai kereta suzuki swift. Nak beli air tebu RM1. Tapi mukanya mengalahkan aku.hehehe...aku sampai awal darinya. Akak ni berjalan nak ambil kelapa pandan depan aku sambil tanya encik ni..."Nak kelapa kan?"..."Eh, air tebu la," sambil mengiling kepala. ish ish ish...

Aku pandang je pak cik ni. Pelik. Aku tak dapat lagi takde la buat muka. Akhirnya dia dapat air tebunya terlebih dahulu dari aku. Kemudian blah macam tu je. Macam takde adab je kan.hehehe

Akak ni bagi diskaun kat aku. Mungkin sabar menunggu. Itu salah satu cara nak ambil hati pelanggan tetap macam aku ni. Terima kasih kak....(walaupun dia tak baca blog aku ni)

'ini buah yang sempat aku beli'...jom makan.hehehe

03 Mac 2011

Dengar Perokok...




Fatwa Rokok

Keputusan: 
 
Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
Keterangan/Hujah: 
 
i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat 27:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.
ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157:
Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.
iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran". (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud)
v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat.
Sabda Baginda s.a.w.:
"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani)
vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman"
Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram.
Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.
Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 - 1506).
SUMBER:e-fatwa

02 Mac 2011

Muhasabah Cinta.


Lagu yang pernah dibuat di sekolah praktikalku. 
Ini link yang berkaitan.SINI

01 Mac 2011

Istikharah Cinta.


Pinjaman...

Alhamdulillah....

Syukur alhamdulillah. Kesyukuran mungkin diuji. 

Aku pergi bayar dengan terburu-buru. Lupa nak letakkan kupon kat dashboard kereta. Aku letak atas kusyen. Baru 3 minit aku kena kompaun aku dah selesai bayar pinjaman/biasiswa belajar aku. 

Keluar dari bangunan MARA nampak pegawai MP** berkeliaran sekitar tempat parking aku. Fuh! baru teringat...aku tak letak kuponnnn.

'unta' ku parking.hahahaha!

Aku telefon kawan nak tau cara nak bayar. Kawan cadangkan pergi kat pondok pembayaran kat depan kedai Pizza. Aku pergi dan tanya...dia suruh aku pergi MP**. Bayar RM30.00...Menurutnya lagi, kalau cepat mungkin dapat kurang RM10.00...

Aku pergi ke MP** atas Mahkamah Majistret. Kena naik bukit curang. Terpaksa guna gear 1 atau 2 untuk naik atas tu. Aku dah serik nak atas tu. Sebab kali pertama naik ke sana, enjin keretaku 'mati'.

Sampai kat sana, diorang kata dah tutup pukul 4. Tapi daalam resit kompaun ni, tutup pukul 5.00 petang. Eiii, memang menguji kesabaranku. Diorang suruh naik ke Pejabat YDP. 

Aku dah letih dengan kerja kat sekolah tanpa henti. Siapkan soalan untuk pelajar-pelajarku sepanjang 2 hari aku ke bengkel. Jadi aku 'blah' je dari situ. Balik rumah lagi best...

Esok kena ke bengkel pembinaan item. Ramai golongan pakar dalam matapelajaran yang aku ajar ni. Harap aku dapat timba pengalaman dari diorang. Semangat2222! Yhe berusaha!..guna ayat yhe.hehehe

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...