24 Julai 2012

Musa Berguru.

"Siapakah manusia yang paling pandai?" tanya orang ramai kepada Musa Alaihissalam.

"Aku yang paling pandai," jawab Musa.

Manusia tidak terlepas dari kesilapan dalam tutur kata. Jika berlaku kepada seorang Nabi dan Rasul, maka kata-kata ini akan ditegur oleh Allah SWT.

"Bukan kamu yang paling pandai pada zaman ini. Ada lagi yang lebih pandai daripada kamu. Orang itu tinggal di suatu tempat pertemuan antara dua laut. Pergilah kamu menemui dia!" firman Allah kepada Musa.

"Wahai Tuhanku, bagaimana cara aku dapat menemui orang itu?" tanya Musa kepada Allah.

Allah memerintahkan Musa berangkat ke tempat pertemuan dua laut dan bawalah makanan kerana perjalanan ini jauh. Di antara makanan itu, Musa dikehendaki membawa ikan. Letakkan makanan ini dalam bekas yang mudah dibawa.

Musa memulakan perjalanan atas perintah Allah supaya mencari guru itu. Perjalanan ini diiringi oleh seorang pemuda sebagai pengawal, pembantu dan pengiringnya di mana sahaja dia pergi. Pemuda ini akan meneruskan syariat Musa selepas kewafatannya. Dalam riwayat Bukhari mennyebut bahawa pemuda ini adalah Yusha' bin Nun.

Yusha' bin Nun ini adalah lelaki yang Musa didiknya sejak kecil sebagaimana Anas bin Malik menjadi pembantu Rasulullah selama lapan tahun. Yusha' bin Nun selalu berdamping dengan Musa dan Harun. Selepas kewafatan Nabi Musa dan Harun, Yusha' bin Nun meneruskan syariat kedua nabi ini dan Allah mengangkatnnya menjadi Nabi dan Rasul.

Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun". Ada riwayat mengatakan selama setahun. Ada yang mengatakan 80 tahun. Ada yang mengatakan 70 tahun.

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, mereka lupa hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. Ajaib. Maha kuasa Allah!

Ikan yang dimaksudkan ini telah dipanggang atau dijadikan ikan masin. Nabi Musa dan Yusha' bin Mun telah makan separuh dalam perjalanan ke tempat pertemuan dua laut ini. Semasa Musa dan Yusha' berehat atas batu di tempat pertemuan dua laut, ikan itu hidup dan mengelunsur turun ke tanah dan seterusnya melompat ke dalam laut. Mereka lupa bahawa di situlah Allah perintahkan Musa berhenti untuk bertemu guru itu.

Tempat pertemuan dua laut ini adalah di antara terusan Suez dan Teluk Aqabah di Laut Merah. Kawasan ini namakan Dataran Sinai. Tempat ini disebut oleh Sayid Qutb dalam Kitab tafsirnya, Fi Dzilali Quran.

Mereka meneruskan perjalanan itu. Perut mula meminta diisikan. Musa berkata kepada pembantunya, Yusha' bin Nun,"Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".

"Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan," kata Yusha' bin Nun.

"Itulah tempatnya"kata Musa.

Mereka balik semula ke situ, dengan menurut jejak tapak kaki mereka pada pasir. Mereka dapati terdapat hamba Allah yang dikurniakan ilmu laduni. Sebagai seorang Nabi dan Rasul, Musa dapat mengenali hamba Allah yang dimaksudkan itu.  Musa bertemu hamba Allah daripada banyak hamba-hamba Allah yang dianugerahi rahmat oleh Allah. Rahmat paling tinggi yang diberikan  Allah kepada hambanya ialah mengenali Allah dengan mendekati Allah sehingga hidup mereka berbeza dengan orang lain. Ilmu mereka langsung dari Allah. Musa menegurnya dengan penuh hormat. Pertanyaan yang menunjukkan Musa bersedia menjadi murid dan menerima segala ilmu yang diberikan.


Guru yang dimaksudkan ini adalah Khaidir bermaksug hijau. Ada yang mengatakan, ia seorang nabi. Ada yang mengatakan dia adalah waliiyullah. Ada yang mnegatakan ia adalah jin. Sayid Qutb mengatakan dia adalah hamba Allah yang soleh.

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

Musa menunjukkan kesanggupannya untuk belajar tapi apa sambutan guru itu? Guru mengenal muridnya walaupun pertama kali mereka berjumpa. Itulah Nur Ilahi yang terpancar dari ilmu mereka.

"Sesungguhnya engkau tidak sanggup wahai Musa. Jika engkau hendak menyerahkan diri berjalan bersama aku dan menjadi muridku, kamu perlu bersabar,"kata hamba Allah yang soleh, Khaidir.

Secara tidak langsung, Kahidir mengetahui sikap Musa yang kurang sabar dan mudah meluap terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, Khaidir memberi syarat supaya bersabar jika ingin belajar daripadanya.

"Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu," jawab Musa dengan penuh harapan.

"Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu," kata Khaidir sambil meletakkan syarat yang lain. Musa dikehendaki bersabar sehingga Khaidir menerangkan sendiri apa sebenarnya yang 

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkan perahu itu. Cara yang dilakukan oleh Khaidir menjadi tanda tanya kepada Musa. Tidak sesuai seorang yang berilmu membuat suatu kezaliman terhadap nelayan di kawasan itu. Sikap tidak sabar Musa menyebabkan dia lupa janjinya. Lalu dia bertanya.

"Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar", kata Musa.

"Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" kata Khaidir mengingatkan kembali janji Musa pada awal penawaran sebagai murid.

 Nabi Musa rasa bersalah terhadap sikapnya yang terburu-buru dan kurang sabar. Musa bimbang perintah Allah tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Lalu Musa merayu kepada Khaidir.

"Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

Kemudian keduanya meneruskan perjalanan sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang budak lelaki lalu ia membunuhnya.

"Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" tiba-tiba Musa bersuara.

"Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" kata Khaidir.

"Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku," Musa berjanji bahawa ini adalah perjalanan terakhir jika dia masih membantah. 

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya.

"Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!" kata Musa.

"Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya," kata Khaidir untuk menepati janji yanh dilafazkan oleh Musa.


"Mengenai perahu yang aku bocorkan. Perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Aku bocorkan perahu itu dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat," terang Khaidir. kemudian menyambung lagi.

"Budak lelaki yang aku bunuh itu adalah anak kepada ibubapa  yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya," Jelas Khaidir mengenai kisah kedua.

"Tembok yang kita bina itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di bandar itu. Dibawah tembok itu terdapat harta tinggalan kedua ibubapa mereka yang soleh. Oleh itu, Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".



p/s: Cukup la kat sini dulu. tak ada mood bila dapat berita yang aku kena pergi kem.huhuhu

23 Julai 2012

1 Ramadhan 1433 Hijrah

Sampai bila nak drive sorang-sorang ni? hehehe...jawapan yang tak perlu aku jawab...

Teringin sangat nak balik kampung. Sebagaimana yang dirancang, aku, Hidayah dan Kak Ina pulang ke kampung. Terdengar-dengar lagu balik kampung dendangan Allahyarham Sudirman, semasa berada diperantauan di bumi anbiya' dahulu. Pasti terasa hiba dihati berada di negara orang. Hanya orang yang pernah berjauhan akan rasa perasaan ini. Tak sabar nak balik berjumpa mak ayah walaupun sebentar.

Hari khamis, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti datang ke sekolah. Asalnya pada tarikh itu JPN datang ke sekolah. Entah apa agenda yang mereka nak buat. Bukan mereka datang sehari, bahkan 2 hari. Hari khamis aku dah kena observe. Tak kisah apa komennya. Asalkan aku menjalankan tugas yang diberikan.

Terima kasih kepada 6 orang pelajarku yang menjadi bahan soal selidik ustaz yang observe aku.

Awal posting aku ke sekolah ini, aku dah kena observe oleh ustaz yang sama. Tapi aku tak kenalnya. Rasa macam lain. Dulu rasa muda sikit. Selepas 3 tahun, jumpa semula. Nampak tua sedikit. Cara dia memandang, seperti ustaz kenal aku. Ustaz masih kenal aku rupanya. Aku tak kisah. hehehe...Maaf, tak sempat nak jumpa. Kampung dah melambai-lambai ustaz.

Sebaik sahaja habis sessi P & P aku bersama pelajar tingkatan 3, aku terus pulang ke kampung. Tak kisah la nazir-nazir masih buat taklimat dengan para pentadbir. Cepat-cepat aku pulang sebab dah janji dengan dua orang yang baik hati ini. Sudi temankan aku balik kampung. Drive seorang diri pun tak kisah. Asal ada yang teman.

Solat qasar dan jama' takhir (gabungan solat asar 2 rakaat dan solat zohor 2 rakaat) di R & R Temerloh. Rehatkan kaki selepas drive dari N9-Putrajaya Sentral- Temerloh. Kereta Myviku juga nak rehat. Kemudian aku teruskan perjalanan sehingga ke rumah Hidayah. Di sini bermula malam satu Ramadhan. Selepas masuknya maghrib, dikira malam 1 Ramadhan. Lain suasana malam ramdhan ini. Perjalanan berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih peneman2ku berceloteh untuk hilangkan mengantuk.

10 malam aku sampai ke rumah. Wah! ramainya orang. Semua adik beradikku ada kecuali adikku yang berada di Mesir dan abang keduaku sekeluarga. Adikku yang belajar di Kuala Kubu Baru sempat jumpa sehari. Hari sabtu malam, dia dah naik bas untuk ke KKB. Tengok muka diorang pun dah seronok. Lama tak jumpa kan. hahaha...Hilang rasa penat memandu hampir 8 jam. Itulah nikmat balik kampung...

Sempat berpuasa dan berterawih di surau berdekatan walaupun sehari. Abangku jadi imam rupanya. Kira ok la jika orang kampung bagi kepercayaan. Caya la lu. (Jangan perasan dengan ayat aku ni, wahai abangku).

Berat hatiku nak tinggalkan kampung. Hari ahad petang, aku dah bertolak ke rumah abangku. Berbuka puasa di sana. Selepas terawih, terus ke KL-N9. Mak Hidayah siap bekalkan makanan untuk sahur untuk kami bertiga. Tetap aku drive sorang kereta manualku ini. Siapa kata perempuan tak boleh nak drive kereta manual? Jika sebut perempuan, mesti kereta auto. Oh, tidak. Aku adalah pengguna kereta manual setakat hari ini.

Berada di R & R pada jam 12 tengah malam. Minum air nescafe panas untuk hilangkan mengantuk. Yang peliknya, ramai lelaki lepak. Seram juga. Perempuan ada tapi tak ramai. Selepas rasa yakin boleh memandu, aku teruskan pemanduan.

Aku terlupa bahawa inilah kali pertama aku guna smart tag kepunyaan Hidayah. Gabra juga bila kena hon dari belakang. Nampak tol dah gabra. hahaha...Kembali ke KL, aku guna 'touch n go' sahaja. Terima kasih Hidayah. Inilah pengalaman pertama. Selepas ni, insya Allah pandai guna smart tag dan 'touch n go'.

'gambar hiasan dari pak google'

3.30 pagi, aku sampai di sekolah kak Ina. Kunci pagar tak boleh buka. Ya Allah, berilah kesabaran kepadaku dalam bulan yang mulia ini. Aku cuba nak pusing kereta...Dugaan datang lagi. Keretaku masuk dalam tanah lembut dan berlumpur akibat ada takungan air hujan. Suasana gelap membataskan pemerhatianku adakah itu tanah lembut atau tidak? Allahu Akbar. Tayar keretaku dan masuk dalam tanah itu. Aku cuba reverse. Tak dapat. Ke depan juga tak dapat. Sandel aku dah penuh dengan lumpur. Comot keretaku. Penuh pengalaman. Kak Ina cari pakcik jaga sekolah. Dia yang tolong alihkan keretaku. Terima kasih pakcik. Alhamdulillah. Allah hadir pertolonganNya melalui pakcik. Moga pahala yang berganda untukmu di bulan Ramadhan ini.

Aku tumpang tidur di rumah warden (rumah kak ina). Tak lena sebab macam-macam fikir. Mungkin aku ada buat silap kepada seseorang. Aku maafkan semua orang. Aku harap orang yang aku buat silap itu maafkan aku. Sekejap terlelap. 6.30 pagi, aku bertolak balik ke rumah sewaku. Sebelum itu, aku dah maklumkan kepada rakan guru supaya beritahu pengetua bahawa aku datang lambat. 8.30 pagi aku sampai di sekolah. 9 pagi dah masuk mengajar. 5 masa hari ini. Keletihan diletakkan di tepi. Terlelap sekejap semasa menanda kertas karangan yang dibuat oleh pelajar.

Kehadiran bahagian pemasangan plak elektrik untuk komputer. Entah kenapa aku dipanggil? huhuhu..blur sekejap sebab banyak peristiwa berlaku. Pemikiran aku belum rehat sepenuhnya. Aku dah cuba fokus dan laksanakan kerja aku sebaiknya hari ini. Aku lah orang yang paling awal keluar dari sekolah. Oh, aku perlukan rehat!

p/s: Ini diariku. Tidakku minta simpati. Cuma kongsi bercerita. Semua orang akan melalui kisah yang berbeza. Aku percaya ini adalah ujian Allah. Alhamdulillah aku dapat lalui dengan tenang tanpa ada perasaan marah. Indahnya bulan Ramadhan. Allahuma Innaka Afuwun Kareem. Tuhibbu Afwa fa'fuanna...Aminnn :)

18 Julai 2012

Jaga Maruah.

Maruah ------->>> keberanian, kegagahan, kehormatan, maruah diri, harga diri.

Jaga maruah merangkumi adab berpakaian, pergaulan dan percakapan seseorang. Jika tidak, nama sesorang akan jadi aib dan maruah seseorang menjadi sampah di hadapan masyarakat.

Dalam Islam, penjagaan maruah bermula dari RUMAH. Ibu bapa lah yang mendidik mereka. Jika baik didikan di rumah, insya Allah akan baik diluar rumah.

Pemberian nama oleh kedua ibubapa melambangkan maruah. Sebab itu,mereka akan memilih nama yang baik untuk anak-anak.

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah as-Syu'ara ayat 83-84 yang bermaksud

"Wahai Tuhanku, berikan daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun Naim."

Mengapa Allah S.W.T menyuruh kita mematuhi semua yang ditetapkan untuk menjaga maruah diri? Tujuan utama kita diwajibkan menjaga maruah diri ialah supaya kita dijauhi daripada maksiat.

Maruah juga melambangkan harga diri seseorang dan sesuatu bangsa. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu apa itu maruah diri seorang Islam supaya dapat menjaga kehormatan diri dan kesucian agama Islam itu sendiri.


Pada masa kini, banyak mata yang memandang serong kepada Islam. Mereka sedaya-upaya mencari kelemahan dan kesalahan umat Islam. Pendek kata, maruah adalah nilai diri kita, hidup mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankannya walaupun terpaksa mengobankan harta dan nyawa.

Maruah tidak boleh digadai atau dijual beli. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa menjadi tebusan. Begitulah tingginya harga maruah pada manusia.

Memanglah maruah itu tidak dapat dilihat dan disentuh tetapi kita boleh merasai bahawa maruah itu wujud dalam diri kita. Sifat yang paling hampir dengan maruah adalah malu. Jika perasaan malu itu masih tersemat dalam diri,Insya-Allah maruah diri akan sentiasa terpelihara.

Sekarang kita lihat kepada kepentingan nyawa pula. Islam amat mementingkan keselamatan nyawa kerana nyawa adalah anugerah Allah S.W.T yang sangat berharga dan sebarang perbuatan yang cuba mengancam anugerah tersebut amatlah dicela.

"Harga nyawa manusia bergantung kepada kewarasannya. Maruah manusia bergantung kepada nilai kemanusiannya."


SUMBER: iluvislam

14 Julai 2012

Bersangka Baik.

Perancangan yang baik tidak semestinya berakhir dengan baik.

Alhamdulillah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Arab dapat disempurnakan sebaiknya. Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Aku hanya hamba yang ditaklifkan menjalankan tugas ini.

Pelbagai halangan dan sangkaan buruk yang tidak terlepas dari fikiranku. Ini berdasarkan pengalamanku selama 2 tahun sebelum ini. Ada sahaja yang tidak elok dipandang oleh seseorang. Kertas kerja yang disediakan lebih awal untuk mendapat peruntukan kewangan dipermudahkan. Banyak yang aku belajar dari 'try n error' daripda senior-senior. Tak terlepas juga ada yang mempergunakan kesempatan yang ada. Layan sahaja. 

Banyak tips yang aku nak kongsi. Malangnya, aku tercicir catatan itu di sekolah. Bukan senang nak dapat tips ini. Bila dah ada dalam blog ini, senang menjadi rujukan. Bukan untuk aku sahaja, malah untuk para pelajar dan guru-guru lain.

Aku share gambar sahaja kali ini. 




Syukran ila kulli tholabah kerana sudi hadir ke bengkel ini. Hanya 3 orang pelajar yang tidak hadir. Ada juga yang hadir diluar jangkaan. Syukran juga untuk pemberi motivasi yang memberikan galakan kepda mereka untuk hadir walaupun ada program belia kampung. Entah program apa. 

Harapanku...

Semoga apa yang dipelajari hari ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam menjawab soalan BA PMR 2012 ini. Guna kaedah Al-Ustaz memang mudah. Adakah kita mudah lupa? Pesan Al-Ustaz,"Jika tidak diulangkaji selama 4 hari, ilmu itu akan hilang...".

"Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran. Allah tidak akan menurunkan Al-Quran menggunakan bahasa yang susah. Apatah lagi Bahasa Arab dilabelkan bahasa ahli syurga.Jadi pelajarilah Bahasa Arab dengan menganggapnya MUDAH...," kata Ustaz Mohd Ibrahim. (lebih kurang ayatnya)

Mudah sangat berurusan dengan Al-Ustaz. Tidak banyak karenah dan menepati masa. Inilah Akhlak Islam yang kurang dipraktikkan oleh kita sendiri.

p/s: Aku pelik dengan kehadiran seseorang yang tiba-tiba. Sedangkan perasmian sempoi dibuat pukul 4 petang. Semua orang dah balik baru nak sampai atau ada cerita lain? Moga Allah melembutkan hatinya sempena bulan Syaaban dan menghampiri bulan Ramdhan ini. Aminnn ^_^

12 Julai 2012

Digalakkan Baca Pada Malam Jumaat.

Adakah anda sudah menghabiskan bacaan surah Al-Kahfi? Banyak kelebihan surah ini berbanding dengan surah Yasin pada malam Jumaat atau hari Jumaat. 


"Kak Zah tak sedap hati la. Akak banyak dah fikir apa kesilapan akak hari ini? Atau ada bacaan tertentu akak tertinggal. Akak hampir dilanggar kereta tau...Sekarang akak dah tau kenapa. Akak tak pernah lupa bacasurah Al-Kahfi tapi hari ini, akak lupa baca. Terus akak balik dan baca surah Al-Kahfi sebelum masuk maghrib ," kata seorang senior merangkap ahlibait (rakan serumah) aku.


Aku biasakan diri membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat (hari khamis malam jumaat) dan pada hari Jumaat baca Yasin di sekolah. Alhamdulillah...Apa yang aku masih tak buat adalah membaca tafsiran surah Al-Kahfi bukan terjemahan. 


Antara kelebihan Surah Al-Kahfi:


1. pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat.


Dalilnya:  


Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:


“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.


Dalilnya: 


Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 

(HR Muslim 809)


3. Ketenangan.



sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)




Antara kisah yang diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ini:


1. Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim


2. Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH


3. Kisah Nabi Musa dan Khidir


4. Kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

5. Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.


SUMBER: myibrah, ustazazhar.nethttp://ustazazhar.net/v01/kelebihan-surah-al-kahfi/

11 Julai 2012

Pengiring Sesat dan Janji Mereka.

Jalan itu. Banyak kali aku berulang alik ke situ. Melalui jalan lain. Cuma pernah balik ikut jalan yang aku pergi hari ini. Penat berpusing-pusing. Takut juga berpatah balik. Bertanya beberapa pekerja stesen minyak yang ditemui. Bukan warga negara. Aku jadi kurang percaya. Bertanya lagi. Oh! aku sudah sesat. Akhirnya bertemu destinasi yang dituju.


Membawa 4 orang pelajar ke satu program untuk memperkenalkan kaedah mudah menjawab soalan PMR dengan mudah. Modul yang menggunakan beberapa tip yang mudah difahami. Mudah sangat. Setiap kali habis program, janji kosong aku dengar dari mulut mereka. 'A' ditangan mereka. Alangkah sombongnya kata-kata itu tanpa disandarkan kepada ketentuan Allah dan juga usaha mereka sendiri. Aku masih kabur dengan kata-kata itu. Ya Allah, buktikanlah kata-kata mereka. Hidayah itu itu milikMu.

Makanan tak disentuh. Lapar sangat tapi tahan demi pelajar-pelajar ini.Di sana, terus diberi taklimat tugas fasilitator.Setiap kumpulan mempunyai 8 peserta. Peserta ini kebanyakan terdiri daripada mereka yang tidak lulus matapelajaran BA ini. Ada yang OK. Yang KO nya, apabila peserta tidak menghafal tasrif feel madhi , mudhari' dan feel A'mr. Dhamir munfasil dan dhamir muttasir masih kabur. Masa yang singkat ini dihabiskan dengan membuat jadual formula dhamir dan tasrif ini. Inilah punca mereka tidak lulus!
Ada seorang peserta dari kumpulan aku suka sangat khayal. Apa yang dilayan, aku tak tau. Tenaga pengajar memberi tips-tips, hingga ke istana mana dia sampai, Istana Biru di langit? Bila disuruh, dia buat tanpa melawan. Ikut sahaja. Perempuan ini dah jatuh cintun ke? Andaianku tidak berasas. Gurunya datang kepadaku dan mengatakan pelajarnya itu bermasalah. Selalu khayal dan senyum seorang diri. Tak tau nak dikategorikan pelajar GALUS atau pelajar gagal. Itu kenyataan gurunya. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutku untuk mengomen pelajar itu. Pelajarku bagaimana?

08 Julai 2012

Berubat Dengan Solat

Solat 5 waktu sehari semalam menyamai 50 waktu yang disyariatkan pada malam isra' wal mikraj. Bahkan bacaan Al-Quran, satu huruf menyamai 10 pahala. 1 pahala menyamai apa pun, itu nilaian Allah. Semua suruhan Allah mempunyai makna dan kelebihan yang tersendiri. Hanya Allah yang Maha mengetahui secara tepatnya.


9 Soalan 2012 di tv9 memaparkan kajian solat menurut perspektif sains. Kajian ini dibuat oleh Prof Dr Ir Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan seorang non-muslim, Ng Siew Cheok. Tidak banyak kajian mengenai solat diketengahkan. Alhamdulillah, semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi kajian ini dibuat. Beliau telah memberi bantuan kewangan bagi membiayai  penyelidikan ini.


Kajian ini tertumpu kepada kesan pergerakan solat terhadap fizikal dan mental pengamalnya. Kajian ini termasiklah kesan ke ats komposisi badan, sistem kardioskular, sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otak dan disfungsi ereksi (mati pucuk).




Pergerakan solat merupakan gerakan senaman yang mempunyai kelebihan tertentu jika dibuat dengan betul. Gerkan bermula dengan takbir kemudian disusuli dengan tangan diletakkan diatas perut (atas dari pusat) menjadikan kedudukan rehat.


Seterusnya rukuk 90 darjah dengan membukakan tapak tangan sambil memegang atau menolak  lutut. Jika dilakukan, kita akan mengalami ketegangan urat. Kepada mesti diangkat sedikit dan melihat tempat sujud. Pastikan kedudukan 90 darjah,. Jika tidak, kita akan mengalami sakit dibahagian pinggang dan ia boleh merawat pesakit yang mengalami sakit pinggang.


Seterusnya iktidal. Apabila peserta melakukani'tidal (berdiri selepas ruku) dan tama'ninah ada isyarat ketenangan di situ apatah lagi khusyuk dalan solat. Sujud dalam solat dapat hilangkan migrain dan sudah dibuktikan secara saintifik...duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir dengan menegakkan kaki dan membengkok ibu jari kaki. Ia boleh mengurang 5% kolestrol dalam badan. Jika tidak membengkokkan, selepas solat kolestrol meningkat 10% atau 5 %.



IBADAT solat mempunyai pengertian yang sangat luas cakupannya. Solat dikatakan boleh memberikan ketenangan dan menjadi senaman terbaik khususnya kepada umat Islam yang mengamalkannya lima kali sehari seperti yang dituntut syarak.
Lebih penting, solat adalah satu medium komunikasi antara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Amalan harian ini mempunyai 1001 hikmah jika dikaji dari aspek rohani dan juga jasmani.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, ibadah solat boleh memberikan 1001 manfaat kepada pengamalnya jika dilakukan dengan tekun dan tertib.
Beliau yang mengetuai sekumpulan penyelidik yang membuat kajian tentang sains solat sejak tahun 2005 memberitahu, melalui pergerakan dalam solat, banyak fakta saintifik dapat dibongkarkan.
"Hasil kajian yang dijalankan mendapati ibadah solat ternyata boleh memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya.
"Selain manfaat spiritual yang sering dihuraikan dalam bahan rujukan agama, solat juga memberikan manfaat fizikal dan mental jika pengamalnya melakukan ibadah tersebut dengan postur atau gerak laku yang betul.
"Kita sering diberitahu, solat adalah tiang agama. Dari sudut sains pula, pergerakan dalam solat sangat baik untuk kesihatan.
"Dari aspek agama, solat adalah tanda kita berterima kasih kepada Allah manakala dari sudut sains, solat adalah amalan penjagaan tubuh yang sempurna.
"Sementara itu, solat juga sering disebut sebagai amalan kerohanian yang boleh mencegah kemungkaran.
"Dalam kajian kami, pergerakan dalam solat sebenarnya boleh menghadirkan gelombang fokus dan ketenangan dalam diri yang menjadi tunjang pemikiran rasional seterusnya dapat mengelakkan pengamalnya melakukan perkara di luar batasan," jelasnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Fatimah turut memberitahu, pergerakan dalam solat jika dilakukan dengan postur yang betul sudah dibuktikan mampu mencegah, merawat dan memulihkan beberapa jenis penyakit.
"Jika solat diamalkan mengikut lima cara solat Rasulullah S.A.W, Insya-Allah amalan ini boleh menyihatkan jantung, menguatkan pinggang, merawat mati pucuk bagi lelaki dan mati putih bagi wanita, meningkatkan kualiti seks dan memulihkan otot kelamin.
"Selain itu, kajian ke atas testimoni juga mendapati terapi pergerakan solat boleh menguruskan badan, mencantikkan dan menganjalkan tubuh, mengurangkan kolesterol, mengawal tekanan darah tinggi dan banyak lagi manfaat lain," jelasnya.


JARI kaki yang dibengkokkan semasa sujud dan duduk tahiyat boleh mengurangkan kolesterol.




Sakit pinggang
Bagaimanapun, kata Fatimah, hasil tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pengamal solat melakukan ibadah tersebut mengikut lima cara solat Nabi Muhammad.
Lima cara tersebut ialah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, solat secara berjemaah, memahami bacaan dalam solat, kedudukan kaki semasa tahiyat dilakukan dengan sempurna dan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan mendatar 90 darjah ketika rukuk.
"Setakat ini, ada lapan kajian yang kami lakukan terhadap manfaat pergerakan solat terhadap pengamalnya.
"Antaranya ialah kajian elektroensefalogram (EEG) yang dilakukan semasa testimoni menunaikan solat terutamanya ketika tamakninah.
"Tamakninah adalah perbuatan berhenti seketika pada posisi tertentu sebelum bertukar ke posisi lain.
"Dengan menggunakan serkup kepala yang dilengkapi elektrod, eksperimen ini dilakukan untuk melihat kesan tamakninah ke atas isyarat otak.
"Daripada analisis yang dijalankan, wujud peningkatan yang nyata bagi ketumpatan kuasa spektrum (KKS) pada komponen 11 Hz di lobus parietal semasa testimoni berubah daripada posisi berdiri dan mengangkat iktidal kepada posisi sujud.
"Pergerakan tersebut telah menyebarkan spektrum untuk semua tujuh elektrod berlainan. Melalui bacaan graf tersebut, analisis EEG membuktikan perbuatan tamakninah dapat meningkatkan jalur frekuensi alpha iaitu ketenangan.
"Disebabkan itu, Islam sangat menuntut umatnya melakukan tamakninah ketika bersolat," kata Fatimah.
Menjelaskan lebih lanjut tentang manfaat fizikal yang diperoleh daripada lima cara Nabi Muhammad bersolat, beliau memberitahu, rukuk yang sempurna iaitu posisi membengkokkan tulang belakang 90 darjah, tangan diluruskan dengan telapak tangan ditekap kemas di tempurung lutut sangat membantu meregangkan otot di bahagian paha di samping melatih kordinasi otot-otot belakang dan kaki.


KOMPOSISI badan perlu diukur sebelum dan selepas menjalani terapi.




"Pergerakan rukuk yang betul dapat mencegah, merawat dan memulihkan sakit pinggang dan sakit belakang jika ia dilakukan dengan betul.
"Ketika badan mula menunduk, otot-otot lumbar yang terletak di bahagian belakang badan akan mengecut dan kemudian berehat apabila tubuh menunduk sepenuhnya.
"Ketika rukuk, refleksi spina yang berada pada sudut 90 darjah akan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan baik kerana posisi tersebut dapat membuka ruang antara saluran spina.
"Manfaatnya, jika postur ini dilakukan dengan betul ketika bersolat lima kali sehari, ia akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf sekali gus menggalakkan kefleksibilitian spina.
"Namun, jika tidak rukuk dengan sempurna, jantung akan mendapat tekanan dan jika keadaan ini berlarutan, individu tersebut boleh mendapat sakit jantung," jelasnya.
Sementara itu, tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk semasa tahiyat turut membongkar fakta yang mengejutkan.
"Mereka yang membengkokkan kaki dapat mengurangkan jisim lemak badan (FM) manakala lemak tanpa jisim (LBM) seperti tisu otot dapat ditingkatkan.
"Ini menyebabkan komposisi badan bertambah seimbang kerana penurunan lemak atau kolesterol badan seterusnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung.
Kolesterol
"Namun, sekiranya anda bersolat tanpa membengkokkan jari, FM akan bertambah dan LBM pula berkurangan.
"Ini akan menyebabkan otot tisu mengecut dan ruang tersebut mula dipenuhi gumpalan lemak badan yang akan mengundang risiko penyakit jantung, strok dan kegemukan," ujarnya yang memberitahu pergerakan rukuk dan sujud mempunyai banyak persamaan dengan senaman fisioterapi senaman pagi dan 'quadraped'.
Menurut Fatimah yang bekerjasama menjalankan penyelidikan sains solat bersama Prof. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, cara pernafasan yang betul semasa bersolat boleh mengaktifkan otot perut dan membantu mengempiskan perut.
"Caranya mudah, setiap kali rukuk dan sujud, ulang bacaan tasbih dengan kiraan minimum sebanyak tiga kali. Selang selikan bacaan tersebut dengan menarik nafas.
"Untuk mendapatkan keputusan yang ideal, anda boleh membaca tasbih sebanyak lima kali," katanya.
Beroperasi di Makmal Klinikal Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, selain membuat kajian, Fatimah dan kumpulannya turut menyediakan perkhidmatan ujian kolesterol, ujian risiko sakit jantung dan kesihatan keseluruhan, audit postur dan pergerakan solat terhadap komposisi badan, terapi menguruskan badan serta terapi sakit pinggang.
Selain itu, orang ramai juga boleh mengukur tahap otot kelakian dan kewanitaan, ujian gelombang ketika solat dan terapi kesihatan lelaki atau mati pucuk dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).
Untuk mengetahui perkara selanjutnya, anda boleh membeli melalui pengedar tunggalnya En Bahrom. No. telefon: 019-3799101.


SUMBER :
1.  http://cmimems.wordpress.com/book/, Buku: SOLAT Kebaikan Dari Perspektif Sains.


2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_07.htm



Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...