************
27 April 2013
Demam On Off.
************
19 April 2013
Mendung Petang Jumaat.

Seorang bapa kepada seorang pelajar sekolahku, Nur Syamilah bt Al-Hafiz telah pulang menemui Penciptanya. Allah lebih menyayanginya. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihinnn...
Takziah buat Syamilah serta keluarga. Moga tabah dan menghadapi kehidupan seterusnya. Al-Fatihah...
Ajal maut ditangan Allah. Tiada siapa boleh menentukan saat kematian. Semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz. Kita sebagai orang yang masih hidup, sentiasa doakan kita mati dalam Husnul Khatimah (akhir yang baik).
18 April 2013
Ringkasan Tentang Syiah.
Siapa syiah?
Bukan senang untuk kenal orang Islam yang berfahaman syiah ini. Mereka banyak berpura-pura mengikut keadaan dan cuba mempengaruhi mereka yang bermudah-mudah dalam hal agama. Jadi belajarlah ilmu agama bersungguh-sungguh.
Ada beberapa cerita yang melibatkan perkahwinan Mut'ah. Berkahwin sekejap kemudian tinggalkan isteri bertahun-tahun. Berkahwin ramai iaitu lebih dari 4 orang... Senang sangat mereka kahwin macam tukar baju. Kahwin kemudian tianggalkan. Isteri terkontang kanting. Mereka tidak diceraikan. Jika kahwin dengan isteri ke-5, mengikut hukum Islam...perkahwinan ini tidak sah dan perhubungan mereka dikira ZINA dan anak hasil hubungan ini adalah ANAK TAK SAH TARAF atau ANAK LUAR NIKAH.
Di Malaysia, fahaman ini masuk bermula selepas kemenangan revolusi Islam di Iran pada tahun 1979. Aku tak lahir lagi. Ketua mereka adalah Ayatullah Khomeini dan mewujudkan Republik Islam Iran. Atas nama ISLAM, rakyat Malaysia memberi sokongan tanpa sedar mereka mempunyai fahaman syiah.

Cara penyebaran fahaman syiah di Malaysia, antaranya melalui:
- Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia. Lawatan ini juga disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka . Kemudian lawatan delegasi Malaysia ke Iran. Senangkan. Melalui hubungan diplomatik secara tak langsung.
- Kedutaan Iran di Malaysia melawat IPT-IPT dan menawarkan biasiswa dan kemudahan asas yang cukup untuk pelajar-pelajar yang belajar di sana. Siap dapat tawaran belajar lagi. Untung kan tapi ada muslihat disebaliknya.
- Menaja atau hadiahkan buku-buku fahaman mereka ke perpustakaan-perpustakaan di IPT, Masjid dan kedai-kedai buku.
- Syiah Toyyibi Bohra (Dawood Bohra) : Asal India - dikenali dengan memiliki kedai Bombay -berpusat di Klang- ada tanah perkuburan dan masjid sendiri- pengikut 200-400 orang.
- Syiah Ismailiyyah: dikenali dengan memiliki kedai Perbhai - aktif di sekitar lembah Klang - kelompoknya lebih kecil dari Syiah Toyyibi Bohra.
- Syiah Ja'fariyyah /Imamiah ithna Asyarah (Imam 12): mula bertapak 1979 - mempengaruhi orang awam melalui bahan bacaan dan individu tertentu seperti Pensyarah IPT - buku utama syiah dijadikan bahan rujukan dan diterjemahkan dalam bahasa melayu - pengikut 300-500 orang.
16 April 2013
Kehangatan PRU13.

13 April 2013
Anda Bijak Jauhi Zina.
Bila dengar 'Anda Bijak Jauhi Zina' aku terfikir Raudhatus Sakinah. Aku seorang sahaja fikir. Ramai pelajarku tidak tahu. Aku dah salah anggap.
Yang paling hebat mukjizat Nabi Muhammad, Al-Quran. Apa yang ditulis dan kita semua baca dalam Al-Quran? Pasti anda pernah baca ayat 'la taqrabuzzina'.
Banyak pengisian dan kisah berdasarkan al-Quran. Kagum dengan pengisian dan cara interaksi bersama pelajar. Pelajar memberi respon bagi setiap slot. Alhamdulillah...
Setiap kali gambar negatif ditunjukkan pasti sebut 'astaghfirullah' dan selalu baca fatihah untuk ibubapa. Pendekatan secara islamik.
Penggunaan 'Bro & Sis' menyamai program bersama iluvislam. Tahun lepas aku pernah sertai konvensyen 'Bidadari Dunia' di PICC. Di sana juga, aku pernah ikuti slot bersama Ummi, CEO Raudhatus Sakinah.
Walaupun ada beberapa perkara negetif yang disebut kepadaku, aku tetap bersahaja. Tiada reaksi terkejut kerana semua itu dalam jangkaanku sendiri.
Bila pelajar tidak lengkap solat, hidup mereka tidak terurus. Begitu juga cara solat mereka. Semuanya berpunca dari ibadat wajib itu.
09 April 2013
Kemuliaan Puteri Bongsu.
Keperibadian beliau adalah cerminan dari keperibadian ibu bapa, suami, dan orang di sekeliling beliau. Pasti mereka juga mempunyai keperibadian yang unggul.
Wanita ini diberi nama Fatimah Az-zahrah. Fatimah diambil dari kalimah 'fathomaha' dan zahrah bermaksud bunga. 'zahir' biasa nama untuk anak lelaki. Manakala 'zahra' untuk anak perempuan yang membawa maksud gemilang dan memancar cahaya. Tersenyum lebar bagi penama Fatimah Azzahrah. Moga anda mempunyai keperibadian yang sama dengan puteri Rasulullah ini.
"Malaikat datang kepadaku untuk menyampaikan khabar gembira. Malaikat memberitahu bahawa Fatimah adalah wanita yang paling terkemuka di antara semua wanita penghuni syurga dan wanita paling terkemuka dikalangan umatku" (hadis shahih dari Hudzaifah)
5 tahun sebelum kenabian, masyarakat Arab Mekah masih diselubungi zaman jahiliah. Ketika ini Siti Khadijah sedang hamil dalam usia tua. Anak yang bakal lahir adalah perempuan suci yang memperoleh lindungan dan redha Allah dan penerus keturunan Ahli Bait.
Hari Jumaat 20 Jamadil Akhir tahun kelima sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, lahirlah seorang puteri yang paling disayangi. Puteri ini lahir dalam keadaan suci bersih dan suasana yang penuh nikmat. Nabi Muhammad memanjat kesyukuran akan kelahiran puteri yang menjadi penerus keturunan Rasulullah. Peristiwa ini terjadi ketika orang-orang Quraisy sedang giat memperbaiki dan membangunkan kembali Kaabah secara besar-besaran.
Sebagaimana tradisi Arab, semua anak Rasulullah akan diserahkan kepada ibu susuan. Perkara ini tidak terjadi kepada puteri bongsu ini. Isteri Rasulullah, Siti Khadijah bt Khuwailid yang menyusu Siti Fatimah Az-Zahrah ini sepenuhnya.
"Mengapa puteri bongsu Rasulullah diberi nama Fatimah dan di tambah dengan nama azzahra?" kata Muhammad bin Ali bin Abu Thalib.
"Kerana Allah menciptakan Fatimah dari cahaya keagunganNya. Ketika Siti Fatimah bangun dari mihrabnya, wajahnya kelihatan bercahaya seperti bintang kejora menerangi bumi," jawab Abu Abdullah.

Nota: Tak dapat habiskan kisah ini kerana tak sempat habis baca. Aku nak post juga. Jika ada masa aku nak sambung balik. Baca dulu ye ^_^
06 April 2013
MTAQ 2013.
Aku dah kurang aktif blogging walaupun hati meronta untuk menulis. Menulis menghilangkan stress. Cara ini dapat melepaskan perkara yang terbuku dalan kepala. Cuba bayangkan kepalaku seperti buku?
Kawan baikku pulak yang rajin update blog. Terasa jeles pula. Diri ini kurang menggunakan laptop. Blog pula tak user friendly dengan smartphone ni. Jadi semuanya jadi draf. Jadi idea dah kurang. Ya Allah, berikanlah kekuatan ke atas diriku untuk menulis sesuatu yang berguna. Ya Allah, jauhilah aku dari menyakiti hati orang disekelilingku. Aki adalah insan lemah yang memerlukan bimbingan ilmuMu.
Kembali semula tentang MTAQ.
Aku sempat ziarah peserta-peserta ini beberapa ketika sahaja. Mungkin aku boleh kongsi beberapa gambar untuk tatapan pembaca.
Statistik blog ini menunjukkan 'Tajuk MTAQ' ramai yang view. Kadang-kadang aku terfikir, adakah ramai pengunjung nak cari isi syarahan spontan dalam blog ini? Ada yang minta cari isi. Jika aku ada masa rehat, aku cuba cari. Tapi keletihan membuatkan fikiran aku juga beku. Maaf kerana tidak dapat membantu. Sekolahku tidak hantar dalam kategori syarahan.
Untuk pengetahuan semua, Syarahan Spontan MTAQ merangkumi silibus pendidikan Islam, tasawur, syariah dan quran sunnah (bergantung kepada hakim). Jadi nak cari dalil boleh tengok dan baca buku teks masing-masing. Banyakkan bacaan terutama isu semasa untuk menguatkan hujjah bagi isi penting.
Mulakan ilmu kita dengan BACA + FAHAM + TULIS. Tunggu guru suap, tak menjadikan kita seorang yang berilmu. Usaha yang akan menbuahkan hasil. Selalu bincang dengan guru. Pengalaman guru banyak membantu dari sudut idea dan olahan.
Jadikan diri seorang PEMBACA!
Nota: Musim pilihanraya penuh dengan fitnah menfitnah. Akhlak yang ditunjukkan oleh orang fanatik dalam parti masing-masing menjadikan diri sendiri hina. Jika Islam tidak dimartabatkan, ketahuilah sesungguhnya masih ada penganut agama Islam masih membuat maksiat dan dosa.
Contohilah kepimpinan Rasulullah yang menjadi ketua negara bermula di MADINAH. Baca sirah Rasulullah. Bukan membelakangkan sirah Rasulullah.
Ya Allah, jauhilah kami daripada menghina agama Islam sendiri.
Harold's
Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...
-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa ya...
-
Sakineh dakwa dianiayai 2010/08/08 AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London. Pihak be...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...




