
25 April 2010
Catatan hati (ulasan)

'Cinta Sufi'

Pelbagai persoalan yang bermain difikiran apabila membaca tajuk buku ini. Ada yang mengatakan ia adalah cinta sesama manusia. Bila difikirkan semula, ia mungkin cinta seorang ahli sufi.
Syabas buat penulis buku ini, Ramli Awang Murshid. Olahan cerita yang menarik. Penceritaan ala-ala komik dari Jepun. Pertarungan atas nama Allah. Sambil berzikir dan membaca potongan ayat al-quran. Penghayatan dalam ilmu tasawuf yang tinggi.
Watak Laksamana Sunan yang digambarkan memang sukar dicari. Semua penyerahan kepada Allah Pencipta segala yang ada di langit mahupun di darat. Sentiasa melaksanakan suruhan Allah walaupun dalam keadaan sakit. Bangun bertahajut di 1/3 malam. Walaupun terasa mustahil wujud makhluk Allah sedemikian, ia boleh dijadikan panduan untuk kita umat Muhammad.
Aku baru sahaja habis baca buku ini. Buku ni jugak sambungan daripada buku2 terdahulu mengenai Laksamana Sunan dan sahabat baiknya, Hang Tuah.
Sesiapa yang belum baca lagi..boleh beli dan baca / pinjam di perpustakaan.
Selamat membaca :P
24 Januari 2010
Avicenna.
Ibnu Sina berasal dari keluarga yang bermazhab Ismailiyyah. Ibnu Sina sudah biasa dengan perbahasan ilmiah yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Kecerdasan yang sangat tinggi ini dapat dilihat oleh seorang guru. Guru ini menasihati ayahnya supaya Ibnu Sina terus belajar dan menimba ilmu tanpa membenarkannya bekerja menyara keluarga.
Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.
Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili (ahli falsafah terkenal pada masa itu dan mengajar mantik), seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (usuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun.
“Semua buku yang aku inginkan ada di situ. Bahkan aku menemukan banyak buku yang kebanyakan orang bahkan tak pernah mengetahui namanya. Aku sendiri pun belum pernah melihatnya dan tidak akan pernah melihatnya lagi. Karena itu aku dengan giat membaca kitab-kitab itu dan semaksimal mungkin memanfaatkannya... Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu.” cerita Ibnu Sina.
Dikatakan bahwa Ibnu Sina memiliki karya tulis yang dalam bahasa latin berjudul De Conglutineation Lagibum. Dalam salah bab karya tulis ini, Ibnu Sina membahas tentang asal nama gunung-gunung. Pembahasan ini sungguh menarik.
“Kemungkinan gunung tercipta karena dua penyebab. Pertama menggelembungnya kulit luar bumi dan ini terjadi lantaran goncangan hebat gempa. Kedua karena proses air yang mencari jalan untuk mengalir. Proses mengakibatkan munculnya lembah-lembah bersama dan melahirkan penggelembungan pada permukaan bumi. Sebab sebagian permukaan bumi keras dan sebagian lagi lunak. Angin juga berperan dengan meniup sebagian dan meninggalkan sebagian pada tempatnya. Ini adalah penyebab munculnya gundukan di kulit luar bumi," jelas Ibnu Sina.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri.
Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
- Kuat atau denyutan yang lemah.
- Masa antara denyutan.
- Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
- Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi.
- Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
- H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.
21 Januari 2010
Lelaki dan perempuan
Fitrah bagi lelaki dan perempuan. Inilah tajuk yang aku ajar kat budak f1 sek agama ni.Aku mulakan dengan lagu 'Muhasabah cinta'. Daripada lagu ni, byk jawapan budak2 yang masih fresh ni bagi. kadang2 nak tergelak jgk.hahaha.Diorg bagi kesimpulan kita kne jauhi maksiat.
Bila ditanya "Apa yang kamu faham tentang maksiat?"
"Maksiat adalah persetubuhan...mmm"
Ada pulak kawan2 yg lain menyampuk...
"bersetubuh dengan orang bukan mahram"
Itulah kefahaman mereka tentang maksiat. Entah berapa kali aku menggeleng222 kepala ni. Patutlah muda mudi sekarang kuat berdating. Bercouple. Berpegangan tangan.Bergayut di telefon hingga tengah malam. Macam2 perkara lah. Bagi mereka, asalkan tidak terlanjur n tidak ada yang bernyawa dalam perut di kira halal. Apa nak jadi generasi akan datang. Haram tetap haram dik oiii!
Bagi aku, generasi sekarang tidak tahu mana yang betul dan salah. Kefahaman mereka setakat dalam buku teks je. Pendidikan Islam di sekolah jadi membosankan. Bagaimana nak tarik minat mereka untuk mendalami agama???
Aku minta pelajar2 ni bincang tentang artikal ni dalam bentuk kumpulan...Aku harap diorang boleh memahami dengan jelas tentang fitrah lelaki n permpuan serta adabnya. Ulasan perlu dibuat selepas perbentangan dibuat oleh mereka...
Ini artikal yang aku ambil dari laman web iluvislam:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAHberfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2.Menutup Aurat; ALLAHberfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kaintudung ke dadanya. (an-Nuur:31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteriorang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidakdiganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur:59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Saidal-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlahseseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita janganmelihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antaralelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbezajenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka(para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab:53)
4.Tidak berdua-duaan DiAntara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengarRasulullah SAW bersabda: Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (HadisRiwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salahseorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akanmenjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanadyang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicaraselain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Makajanganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlahperkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab:32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan olehALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminahlainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suaramerdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lainsebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6.Tidak Menyentuh KaumBerlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masihlebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikhal-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalamsaat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuhtangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (HadisRiwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang manaapabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosazina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dariRasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya ALLAHmenetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwaberkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan ataumendustakan semuanya. (HadisRiwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarangperbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnyazina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukanlagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan denganpasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersamakekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki danwanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orangyang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satuhal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yanglain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungancinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, makahukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senangdengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atauberdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorangwanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanitaberpergian kecuali bersama mahramnya."
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelakiyang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang padaakhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat diantara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang manakoresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hatiseseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang padaperbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkankebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melaluitelefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatandirinya."
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belummenikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukansuara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehinggaberkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab:32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidakmengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadarkeperluan."
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas darimatahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknyawalaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semuacara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikutlandasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercoupleberlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya.Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat.Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau salingmembayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haramberdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebihdahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akanboleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelummenikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suamimerupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidakada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untukmenghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orangyang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik denganmenutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuhcinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akanmelihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimanadiriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.
Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaianterhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai danadab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA.Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting,bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktivitimereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilahkita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yangtelah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yangbatil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnyadi sisi ALLAH.
Ini artikal kedua (aku lupa ambil dari laman web mana):
“Ya…boleh dan tidak boleh!” benakku terkejut. Tapi tenang.
Ini lah artikal yang aku bg bebudak ni bincang dan tentukan sendiri mana yang betul n salah.
09 Januari 2010
03 Januari 2010
Selamat Tahun Baru 2010 Masihi!
Jika awal tahun bagi bulan Islam ada doa awal dan akhir tahun. Tapi akhir tahun masihi dan awal tahun masihi seolah tiada makna bagiku. Ujian untuk ku yang baru posting ni. sesuai dengan ayat Quran ni...
Surah al-Baqarah ayat 286 (xreti nak masukkan ayat quran lagi).Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjaknnya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah kau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, jangan kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami pikulnya. Beri maaflah kepada kami; ampunkan kami; dan rahmatilah akmi. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
Sebelum dapat surat posting, pelbagai negeri yang aku fikirkan. Dan aku bakal dicampakkan ke seberang laut.Sabah atau Sarawak. Kebanyakan kwn2 yang dah berkeluarga ditempatkan ke Johor tapi aku???Ada yang dapat Perak, Pahang, Melaka, n9, Penang, Sabah n Sarawak...Kebanyakan kwn2 yang dah tau, mereka perlu lapor diri 28/12....Tiba hari Isnin selepas zohor, surat sampai. Aku kne lapor diri pada 28/12 ke JPNS, BPI untuk mendapatkan surat lapor diri. Aku minta bantuan kawan yang berada di n9 utk dapatkan no tel JPNS. Bila sampai di JPNS pada keesokkan harinya,aku dapat tau di mana sekolah yang ditugaskan.huhuhu. Memang mendebarkan. Alhamdulillah, akhirnya aku dipostingkan.
Aku perlu melalui ladang kelapa sawit dan perkampungan cina. Entah dimana sekolah tu diletakkan. Bila diberi petunjuk, rupanya sekolah ni terlalu kecil dibandingkan dengan sekolah yang pernah aku belajar dahulu. Pelajarnya sekitar 100 orang, bermula tingkatan 1-3. Setiap tingkatan ada satu kelas sahaja. Guru xsampai 15 orang. pengetua dan guru2 lain memberi sambutan yang baik dengan kedatanganku sebagai guru baru disini. Myb ini permulaan yang baik bagiku yang masih baru dalam bidang perguruan ini. semoga semua urusanku dipermudahkan oleh Allah!
P/S: TERIMA KASIH MAK AYAH N KELUARGAKU, KERANA KALIAN MENJADI PENDORONG DAN PEMBERI SEMANGAT YANG BERGUNA KEPADA DIRIKU :p
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA KAWAN2 DPLIUDM GEN2. SEMOGA BERBAHAGA DENGAN TUGAS BARU.
DAH BOLEH DAFTAR SPP SECARA ONLINE UTK SAH JAWATAN (DG 41). SELAMAT MENCUBA!
19 Disember 2009
Adakah haid jika keluar sekejap tidak sampai sehari semalam?
Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin
Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Dalam Islam banyak cabang ilmu yang masih kita abaikan. Ada yang menyangka dirinya sudah mengetahui ilmu agama. Bila sebut masalah sosial, ...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...