17 Januari 2012

Watak Kecil.

Kadang-kadang terasa diri ini zalim. Kenapa yea...

"Sejak ayah akak....,'' aku terus menyampuk. Tak sanggup aku dengar luahan hatinya.

"Maaf kak. Saya baru tahu minggu lepas pasal ayah akak dah tak ada. Takziah kak," terasa panas di mataku. Andai kau tahu apa yang ada dihatiku ketika itu.

"Tak ape...akak ingat semua guru dah tahu," entah apa aku fikir...

Aku betul-betul tak tahu tentang kematian ayahnya. Moga ayahnya bersama-sama golongan solihin di alam sana. Al-fatihah untuk Allahyarham.

Dalam perbualanku dengannya ada aku selitkan beberapa kata. Tapi kata-kata itu mungkin memerangkap diriku sendiri.

"Akak mesti ada orang jaga. Sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga akak," kataku.

Dalam fikiranku, dia pernah sakit. Pernah ditahan di wad. Selama ini ayahnya yang menjaga. Sekarang dia tinggal seorang diri di rumah. Dua adiknya bekerja jauh dan tidak tinggal bersama kakaknya. Pernah aku dengar ada adiknya nak berhenti kerja dan menjaga kakak tapi tidak dibenarkan. Keselamatannya bagaimana jika tiba-tiba diserang penyakit. Moga Allah sentiasa memeliharanya. Aku tak sanggup mendengar cerita tentang ayahnya. Aku terus ubah tajuk.

"Prinsip akak jika nak berkawan tak apa. Kalau betul serius, mesti jumpa ayah akak. Sekarang boleh jumpa bapa saudara akak. Sekarang bukan masanya nak main-main," aku tak sangka itu ayat yang aku dengar. Tabik ar. Guru kaunseling tu. hehehe...

Pertanyaan tentang aku...hahaha...aku gelak je la. Untuk diriku, susah nak bercerita. Sejak dulu lagi aku sukakan watak kecil. Aku tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh dengan orang lain. Cukup aku bagi pertolongan disebalik tabir. Aku tidak sukakan pangkat kerana takut akan hilang identiti. Biarlah aku menguasai dan menyelesaikan tugasan.

Setiap tempat aku yang aku pergi, mungkin aku meninggalkan satu 'perbuatan' yang menyebabkan orang bencikanku. Hanya SATU. Lain-lain bantuanku hanya aku harapkan balasan dari Allah. Bukan untuk dibalas oleh manusia.

'watak kecil yang takutkan azab Allah'

Sejak ber'blog' aku cuba menggambarkan keresahanku dalam bentuk memberi peringatan untukku. Aku sukakan keadaan ini. Biarlah manusia tidak mengenaliku. Aku suka watak kecil.

Cukuplah aku tidak membebankan sesiapa. Biarlah aku bercakap secara umum. Jika perlu, aku 'direct' bercakap kepada empunya diri.

Maaf jika aku terkasar bahasa kerana aku tidak boleh memendam lama. Nanti meletup!

Terima kasih kerana membaca hingga ke coretan terakhir ini >>>

14 Januari 2012

Karamah Penghafaz Al-Quran.

Ta'jub!


Tak terkata bila aku melihat video ni walaupun tersekat-sekat akibat speed broadband celcom di kontrol.

Sheikh Nadal berumur lebih kurang 35 tahun. Seorang imam masjid dan penghafaz al-Quran 30 juzu'. Dia dimasukkan ke hospital untuk dilakukan pembedahan. Dalam keadaan masih tidak sedarkan diri...sebaik sahaja habis pembedahan...dia membaca Al-Quran:

"Tidak sama orang yang menjadi ahli neraka dengan orang yang menjadi ahli syurga. Orang yang menjadi ahli syurga itulah orang yang berjaya" << ini adalah terjemahan ayat yang dibaca oleh Tuan Syeikh ini.

Sebaik sahaja alat penafasannya ditanggalkan, dia mengucap dua kalimah syahadat. Bila dia sedar selepas 2 jam, doktor memberitahu bahawa pembedahannya sudah berjaya

Dia mengucap syukur dengan suara antara dengar dan tidak dengar.

Sedangkan semasa dia masih tidak sedar, dia membaca Al-Quran dengan jelas seperti dalam video.
Semua ini kuasa Allah kepada orang yang sentiasa melazimi bibirnya dengan ayat Al-Quran.

***Nasihat untuk diriku...jangan tinggal baca al-Quran walaupun aku bukan penghafaz al-Quran***




Catatan.

Kini aku menggunakan aplikasi baru untuk membuat catatan di blog ini. 'Coretan' atau catatan aku di alam maya hanya untuk melatih diriku untuk menulis. Bukan untuk berbisnes. Ada yang mencadangkan supaya dibuat bisness tapi aku tidak nampak 'jalan'. Atau lebih tepat lagi aku tiada produk yang berkualiti untuk ditonjolkan. Masa akan datang...Insya Allah.

Aku tidak memerlukan trafik yang tinggi. Jika ramai yang masuk ke blog aku, bermakna ramai yang membaca coretanku yang merapu. Hanya nak hilangkan stress. Bila stress aku banyak idea. Sebab itu tajuk blog ini 'coretan idea'. Andai ia membosankan, anda digalakkan untuk 'close' blog aku ni. Tiada paksaan.

Ada juga terfikir untuk 'private'kan blog aku dari pandangan blogger2 lain. Bila difikir kembali, catatanku boleh jadi pengajaran dan sempadan kepada pembaca. Andai nyawaku tidak panjang. Biarlah blog ini jadi sedekah jariah kepadaku di alam sana. 


Catatanku adalah suasana sekitarku yang berlaku. Begitulah pemahamanku. Jika pemahamanku salah, tolong betulkan. Aku bukan seorang ulama'. Aku hanya insan biasa yang menumpang nikmat Allah di alam dunia. Berkelana mencari pendapatan untuk meneruskan hidup. Bukan untuk menyusahkan orang lain terutama ibu bapaku.

Ibu bapa mana yang tidak bimbang dengan keadaanku di sini. Berkelana sendiri tanpa bantuan lelaki. Aku tidak suka meminta bantuan lelaki kecuali keluargaku sendiri. Adakah aku hilang kepercayaan kepada mereka?  Kepercayaanku bergantung kepada keadaan dan situasi. Aku bertawakal dan semoga Allah memberikan pencerahan kepada hatiku ini. Aku milik-Nya.

Semalam aku terima jualan dari rumah ke rumah. Pemasangan eagis AG200. Anti rompakan untuk kereta. Deposit RM100 dan bulan RM108 selama setahun. Ia menggunakan kad untuk diimbas sebelum enjin kereta dihidupkan. Awalnya aku susah nak percaya. Apatah lagi promoter adalah satu negeri denganku. Kesian pun ada. Tak salah aku mencuba kan...

Bila difikirkan aku terlalu banyak berjalan jauh apatah lagi pulang ke kampung yang mengambil masa 6 jam menggunakan hway atau pergi ke tempat kursus. Travel222.

Jika negara 1Malaysia ini selamat, aku tidak perlukan fikirkan semua ini. Hanya Allah tempat pergantungan kita dan kita juga perlukan sesuatu usaha untuk mengelakkan kecelakaan. 'Mencegah lebih baik dari mengubati'. 

*pertandingan tilawah al-quran kelas Tahsin (Tarannum) terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan salah seorang peserta*

12 Januari 2012

Iman Nipis.

Orang bukan Islam boleh tolong Islam. Kenapa orang Islam sendiri susah nak tolong sesama Islam? Aku tidak menyebut pun pasal kafir atau yang seumpamanya. Susah sangat ke nak luangkan masa dengan aktiviti di masjid. Memegang syariat Islam seolah-olah mengenggam bara.

Kalau rasa susah, kita lepaskan. Semua perlukan ganjaran dunia. Pujian. Wang. Hadiah. Kadang-kadang rasa kuat bila dalam ceramah agama. Bila keluar dari tempat agama ni terus rasa tak bermaya. Tak bersemangat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan iman senipis bawang pada akhir zaman?

"Saya bukan Ustaz,"

"Saya bukan Ustazah,"

Bukankah hadis ada berbunyi...

"Sesiapa yang mengucapkan kalimah syahadat la ilaha illallah, dia adalah pendakwah/ daei" (tak sempat nak rujuk hadis dari mana).

Kalau semua orang tak nak 'islah diri' atau perbaiki diri...bagaimana pelajar nak jadi seorang yang berakhlak atau mencari model. 

Kenapa orang baru masuk Islam lebih baik daripada kita yang Islam sejak lahir?

Mereka pergi belajar kemudian mengajar orang yang memang dah islam secara keturunan ni.

Adakah hati mereka dah tertutup untuk menerima taklifan sebagai fasilitator? Bukan kami nak hina. Cuba la belajar. Ya, kalau nak minta aku ajar BI, tiada masalah. Aku akan cuba dan kalau tidak tahu...boleh minta pelajar rujuk dengan guru BI sendiri. Objektif tercapai atau tidak...itu terpulang. Cuba dulu tak boleh ke? 

Banyak persoalan aku timbulkan. Macam lepas geram kat blog. Jika di FB aku tak boleh membebel panjang. hehehe...

'dulu biasa beli bawang besar atas kereta keldai'

Biar la Allah yang memberi petunjuk dan hidayah. Jika tidak, berilah peringatan kepadanya supaya sedar akan nikmat Allah yang dia pinjam. Doa orang zalim jangan diperlekehkan sebab ia adalah doa yang mustajab. Tiada hijab. Ingatlah...Jika kita buat 'sesuatu' kepada orang lain, ada orang lain yang akan buat lebih teruk atau sama ke atas kita. Allah Maha Adil.

11 Januari 2012

Minyak hitam.

"7000km you baru tukor minyak hitam oo...bla bla..,"aku dah khayal. Entah2 aku kena tipu kali ni.huhuhu...

"ni fisrt time sy dengar...biasanya 5000km baru tukar minyak hitam...," aku fikir semula.

"ok la sy cuba kali ni...kalau tak elok kereta ni, memang sy cari bengkel lain la," aku setuju dengan cadangannya.

Terkilan. Kalau ikutkan next change engine oil lebih kurang 8000km. Aku takut bengkel sebelum ni tersilap tanda. Dalam 6000km, aku dah pergi servis. Ada juga terfikir...

"Kenapa aku tak tanya orang lain dulu? dah rugi 2000km. Lain kali kena banyak bertanya,"

Aku guna havoline caltex...RM 104. Dulu memang aku pergi ke perodua servis. Mahal tapi minyak hitam semi syn dlm RM 75. Bila bayar..jumlah semua hampir RM 200 juga. Tunggu lama pula.

Apa pun aku belajar juga pasal minyak hitam ni. Kebanyakan lelaki je cakna dengan minyak hitam ni. jadi banyakkan bertanya. hehehe


'sekadar hiasan'

06 Januari 2012

Alhamdulillah...

"Adakah anda sebut 'Bismillah' setiap kali angkat telefon...sebelum sebut 'assalamualaikum/ hello'?"

Mungkin tak pernah buat. Jadi selepas mendengar kata-kata itu...rasa nak buat la.hehehe...perubahan 2012...

Tadi dah selesai urusan kertas kerja untuk pogram untuk panitiaku. Untuk satu mata pelajaran ni...aku seorang sahaja yang mengajar dari tingkatan 1 hingga 3. Aku lah pembuat soalan. Aku lah perancang P & P. Aku lah yang sediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. Itu lah rutin yang tak pernah habis...

Nak minta sponsor...rasa segan. Tapi untuk pelajar-pelajar, aku terpaksa tebalkan muka yang nipis ni.huhuhu...

Walaupun berat tanggungjawab di sekolah tahun ni, ramai yang sudi menolong termasuk pelajar-pelajar. Hanya Allah yang membalas jasa kalian. Mood mengajar masih tiada kerana pendaftaran & bayaran yuran persekolahan. Jadual pula asyik bertukar-tukar. Ada juga jadualku bertembung. Pening juga pembuat last minit ni kan. Jika pelajar buat last minit mesti kena membebel hingga habis waktu. Jangan terasa kalau ada guru2 yang buat perangai macam tu yea.

Kenapa la aku jumpa ramai orang yang ramah hari ini? Aku tak kenal tapi bila bercakap. Orang tu seolah-olah kenal aku lama. Siap tanya berapa orang anak? aku senyum & bagitau je perkara sebenar. Alhamdulillah...

Tadi aku berjaya telefon orang yang ingin aku jemput ke program panitiaku. Segan juga. Guru cemerlang katakan. Aku jadi segan dengan orang hebat ni. Tapi bila aku call...ok je. Hilang rasa segan aku ni.hehehe...Cuma sekarang ni aku perlu bincang dengan pihak sekolah. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusanku.


Allah uji kesusahan tapi aku tak rasa tertekan pun kali ni. Mungkin pengalaman dahulu mematangkan aku untuk berhadapan dengan situasi ini. Hanya Allah tempat aku bergantung walau apa pun terjadi.

Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang sabar. Ya Allah, jadikan aku orang yang bersyukur....

01 Januari 2012

Ahlan Wasahlan 2012 Masihi.

Entri pertamaku bagi tahun 2012. Semalam aku tidur lambat sikit daripada biasa. Aku scan laptop dari segala virus2 sambil baca kisah terbaru menjelang tahun baru masihi ni. Kisah yang menarik minatku untuk menatap dan membaca serta cuba memahami mangsa.

Detuman bunga api membingitkan telingaku. Aku melihat kebangkitan mahasiswa. Mereka dipukul dan ditumbuk. Tragedi berdarah dibelasah FRU. Arahan siapa? Tiada dalam berita perdana atau berita utama.

Pengerusi BEBAS, saudara Safwan Anang. Ada yang mengatakan dia nazak. Tulang rusuk patah dibelasah pihak polis. Kini berada di Hospital Slim River.

Saudara Adam Adli ditahan dalam lokap.
Mereka inginkan kebebasan dari cengkaman AUKU.

Sambutan tahun baru 2012...
Adakah selepas 9 bulan akan hadir anak yang tak sah taraf dari anak-anak muda kita ini?
Percampuran antara halal dan haram menghasilkan sesuatu yang haram. Syaitan ketawa terbahak-bahak dengan telatah manusia yang lupa Allah.

Kerosakan akhlak bermula dengan tiada rasa malu (klik). Kemudian akan berterusan dengan perkara-perkara haram dan sebagainya.

Sambutan tahun baru secara Islamik.


Malam persembahan  1000 Jiwa 1 Hati. Oleh Raudatus Sakinah.
Qiamullail yang dipimpin oleh Imam Muda Hassan.

Ya Allah, kembalikanlah islam dihati saudara kami. Moga hidayahMu masuk ke hati kami semua. Moga Islam kembali bersinar di bumi bertuah ini. Aminnn =)

SUMBER: milosuam

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...