30 Ogos 2012

Menjelang Hari Merdekaraya.

Merdeka kah kita selama 55 tahun ini? Aku tertanya-tanya kerana dunia sekarang tidak aman. Banyak berlaku gejala sosial terutama berkaitan membuang anak. Ramai lagi oramg yang tidak dapat anak. Ini juga berpunca pergaulan bebas di malam 'merdeka'. Apa yang mereka mahukan? Owh anak muda! Adakah anda sedar perbuatan itu bukan suatu hiburan atau mainan hidup? Aku sendiri gerun dengan keadaan disekeliling. Selamatkah?


'logo ini lagi cantik'

Dua hari sebelum cuti hari merdeka, aku telah komen. Komen pada 'wall' fb seorang rakan sekolah. Dulu kami sekolah agama hingga tingkatan 5. Selepas SPM, aku tak pernah jumpa. tak pernah contact. Apatah lagi bersua muka. Bila aku kenal fb pada tahun 2010, bertemu dengannya di laman fb. Dia add aku. Aku terima la sebab dia rakan sekelasku.

Rajin dia update status. Tapi menjadi tanda tanya kerana ayat dia yang memang menghina orang dan mendoakan musibah untuk seseorang. Mungkin dia ada masalah yang tidak dapat aku rungkaikan.

Ayat 'bisa' dia memang kaw-kaw dia bagi. Panas dan tercabar. Dia panas, aku pun panas. Memang hangit la fb ni. Sekarang dah senyap. Mungkin ada party sambutan hari merdeka dia hadiri.

Pendekatan aku, ayat aku memang kasar kepadanya. 'panas'. Ini muhasabah untukku.

Kisahnya bermula dengan komenku dalam 'wall' dia bila tulis berkaitan janda2/ betina/ pergi mampus/ dalam lebih teruk dari driver officenya/ doakan musibah. Aku tulis "jaga2 dengan tulisan. Jika kita tidak buat hal orang tidak akan buat hal dengan kita juga". Dia delete. Kemudian dia post "musibah lebih teruk dari driver officenya". Kemudian aku tulis "semoga doa ini yidak dikembalikan kepada si penulisnya". Dia delete juga. Tak kisah la. Asalkan dia baca. (ayat dia lebih kurang ye sebab dia dah unfre aku. Nak copy ayat dia pun tak boleh)

Selepas dia unfriend aku, dia tulis dalam inbox. Ini yang aku copy.

'Dia' : salam saudari law x tahu ujung pangkal citer plis jgn k0men mcm2 kat wall saya2 x ske. .slama nih saudari x pernah ng0men wall saya, awat kali nihh rajin beben0r?? assalamualaikum.

Aku: waalaikumussalam. apa salahnya nak komen di wall awak. saling ingat mengingati. awak tu sek agama dulu. tolong lah jgn malukan pelajar sekolah agama....

'Dia': Apa kna mngena ngn kau? Samada ak skol agama ke x. .k0 sape? Ad ak malukn ko kew??


Aku: hahaha...kita ade kena mengena sebenarnya. ko manusia, aku manusia. aku Islam, ko Islam. Kl aku tak tegur, aku yg kne jwb dgn Allah. kl ko terasa malu, jgn tulis kat wall. duk dlm hutan pun xpe. xsemak mata tengok status ko tu. sori la. ko kasar...aku pun leh wat.


( ni permulaan 'panas' aku)

'Dia': Yke...?? Klu da semak sgt mte ko..yg ko gedik nk g tgk apehal..?? Ooo..org alim cam ko pun mrh kan..?? Niy wall aku...mampus la aku nk post ape...skg ko dah xde dlm wall aku..so...dah x menyemak la mata ko...g la besyrah kt tmpt lain...



  • 1 lg betina ... Org cam ko niy mmg selalu belagak baik...tp kt dlm bau gak...aku skola agama ke...ape ke..2 br aku ngn allah....ko rse semak tgk wall aku..?? Itu bkn kt2 dri org alim cam ko tp setan yg ade dlm dri ko....dengki ngn org lain,...

  • k0 ad pantat an?? P jaga pantat k0 diyam2!

    (Boleh tahan ayat dia bagi. kaw2. Tapi aku layan lagi. Kawan-kawan aku tak bagi aku layan budak ni)

    Aku: sape kte aku alim. ko nilai aku alim ke? time kasih. hahaha...ingatlah nanti bila nikmat yang Allah bagi ditarik satu persatu, ko akan tahu...siapa Allah pada mata ko. jaga2....

    'Dia': alhamdullah...hanya allah yg ade besm ngn aku skg...klu allah nk semua 2 blk...spe kt nak menghalang...?? tp aku dgr cam lebih kpda dengki jew ko niy...?? hahahah...

    (Bila dia kata 'alhamdulillah'...ada kebaikan sedikit dalam diri dia. AKu teruskan juga walaupun aku tau ini sia-sia. Aku cuba lagi)

    Aku: dengki? owh tidak...buat mende lain lagi baik. kecian la kat guru2 kita dulu. mesti nak anak muridnya jadi baik kan. tlog la sedar. kita idup xlme...

    'Dia':  hahahah...2 yg bgs...mmg semua guru2 nk anak murid dye jd baik..tp yg aku pelik skg niy...ko 2 nmpk cam tedesak sgt nk jd bk...klu ko byk sgt ilmu di dada...ko x cam niy...ko pun lbh kurng aku jew...

    Aku: kl aku lebih kurg dgn ko...aku dah tulis kat status aku mcm ko buat. ko yg aibkan diri sendiri. aku sedar...aku ni bukan baik mcm malaikat. aku nak sedarkan ko yg mcm dah jauh dr agama.

    'Dia': dah wall aku..hal aku la aku nk post ape pompuan...ko spe nk nilai aku jauh dri agama ke x..???? ko tuhan ke..??

    org cam ko niy..hya nmpk keburukan org jew..dri sendri x nmpk...aku x knl ko...dan ko pun xpnh kanal aku cam na...so...jgn nk ckp aku mcm2...perbaiki dlu dri 2...skg niy allah byr trs...x tggu di akhirat.....

  • Aku: hahaha...ko tak kenal aku yea. kita sekelas T4 & T5 di . aku memang tengah perbaiki diri. xkan aku nak pejam mata bila tengok ayat ko yang cantik berbahasa. kesiannnn

'Dia': Hahahaha...aku knl sgt org cam ko niy...bgs la klu ko tgh pebaiki dri ko...manusia niy xde yg smpurna..aku rse dlm dri ko niy ade mslh bsr la...ko g perbaiki dr ko lg k...

Aku: yup...ko kenal aku yea. bgus la. sume org ade masalah dalam diri. tapi ko ni ade lg banyak masalah. sakit ko ni kena kenal Allah. kena kenal syariat Allah. Buat apa yang Allah suruh..tinggal apa yang Allah larang. ko ni lebih bijak dari aku dalam bab agama ni. kan ko sekolah agama...

'Dia': mmg semua org ade mslh dlm dri..mak ayh aku ajr aku ckp segalanya...alhmdullh aku ikut smpi skg...tp mgkin ko lbh skt dri aku untuk mengenal allah...ape mslh ko sebnrnya niy...??? org yg bijak x cam niy..ko hidup ko..aku hidup aku...kt msg2 taw....fake....

Aku: 'Alhamdulillah' masih disebut oleh awak . Bermakna awak orang baik. 

Hidup awak memang milik awak. Semua itu pilihan awak. Saya usaha untuk ingatkan awak sesuatu yang mungkin dalam hilang dalam hidup awak. 

Memang saya tak tau apa yang terjadi dalam hidup awak selama ini. Sekurang-kurangnya awak tidak mendoakan musibah kepada orang lain. Jika dia bersalah, Allah Maha Adil untuk jadi pengadilnya. Hukum dunia tetap tidak adil. Tapi hukuman Allah tetap adil. Biarlah Allah yang menghukum. 

Apa yang perlu bagi kita adalah berusaha memaafkan orang itu walaupun perit.

Andai awak terasa hati dengan cara 'kasar' saya...maaf. Awak baca mesej saya ini cukup bersyukur bagi saya. 

Moga hidayah dan rahmat Allah mengiringi awak hingga ke syurga.

Taubat masih ada selagi kita bernafas. Muhasabah untuk diri saya juga ^^

(Selepas bagi ayat lembut ini, dia kurang hentam aku)

'Dia':  Alhmdullah...insyallah... 

Aku:  subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah Wallahuakbar...wala haulawala quwwatailla billah...

Saya doakan awak berubah ke arah kebaikan sekurang2nya awak melakukan perkara yang wajib yang Allah perintahkan sedikit demi sedikit. Insya Allah. Aminn^^

Tolong aminkan sama2 yea...

SELAMAT HARI MERDEKA!

9 BULAN AKAN DATANG...BUANG BAYI TIDAK BERULANG LAGI...

JIKA TIDAK, SIA2 55 TAHUN MERDEKA.

28 Ogos 2012

Kiraan Tahun Hijri

10 Dis 1984.

(a) Tentukan tahun kelahiran  sama ada tahun lompat atau tidak. Caranya 1984/4 = 496 (tiada baki ini menunjukkan kepada tahun lompat). Jika ada baki, perlu guna tahun biasa. Oleh itu perlu rujuk jadual di bawah.

Bilangan hari dari awal tahun bagi bulan Miladi
Nama Bulan
Bilangan Hari
Tahun Biasa
Tahun Lompat
Januari
00
00
Februari
31
31
Mac
59
60
April
90
91
Mei
120
121
Jun
151
152
Julai
181
182
Ogos
212
213
September
243
244
Oktober
273
274
November
304
305
Disember
334
335


(b) Jumlah Hari Masihi (JHM) = [(Tahun - 1) x 365.25] + bulan (ruj jadual di atas sebab aku silap kat sini) + hari bulan - PH.

JHM = [(1984-1) x 365.25] + 335 + 10 - 13

JHM = 724290.75 + 345 - 13

JHM = 724622.75 (bundarkan)

JHM = 724623 #

(c) Hari (x) = RND [FRAC ambil titik perpuluhan sahaja(JHM /7)] x7

                   = RND [FRAC (103517.5714)] x 7

                   = RND (0.5714 x 7)

                   = RND 3.9998 (bundarkan)

                  = RND 4 (SELASA)

*RND*
1 = Sabtu
2 = Ahad
3 = Isnin
4 = Selasa
5 = Rabu
6 = Khamis
7 = Jumaat

(d) Tahun (y) = (JHM - 227016) / 354.3666

                        = (724623 - 227016) / 354.3666

                        = 497607 / 354.3666

                        = 1404.215296 #

    Tahun masihi =  int (y) + 1 

                             = 1404.215296 + 1

                             = 1405.215296 (bundarkan)

                             = 1405 #

(e) Jumlah Hari (JH) = RND [ FRAC (y) ] x 354.3666

                                    = RND  (0.215296 x 354.3666)

                                    = RND 76

                                    = 76 - 59 (rabiul awal)

                                    = 17 Rabiul Awal

~Nama bulan = Bil Hari~


Muharram     = 00
Safar             = 30
Rabiulawal     =59
Rabiulakhir    = 89
Jamadilawal   = 118
Jamadilakhir  = 148
Rejab            = 177
Syaaban        = 207
Ramadhan     = 236
Syawal          = 266
Zulkaedah     = 295
Zulhijjah        = 325

Keputusannya 10 Dis 1984 = 17 Rabiul Awal 1405 hari Selasa.

'Genius person'

SUMBER: SINI

p/s: 'senyuman manis' ...dulu ada kesilapan pengiraan. Jadi pengiraan dibuat semula. Harap pembaca yang lain boleh cuba.

26 Ogos 2012

Penunggang Baik.

Kereta bergerak secara merangkak. Adik aku bagi ayat lagi best "Kereta bergerak macam meniarap". Memang ayat dia 'power'. hahaha...bila diberitahu kepada abangku dia hanya balas "sabooo". Sejuk sikit hati. Padahal dia juga dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Sabar untuk dirinya juga. Alhamdulillah. Saling ingat mengingat. Itu azimat daripada ayah dan mak di kampung.

Aku dapat duduk 'seat' belakang. Dah ada pemandu berhemat. Kira boleh berehat lebih dibelakang. Yang pasti kami semua letih. Letih dengan jalan di Terengganu yang sesak dengan kenderaan. Jalan perlahan. Ada juga berhenti-henti.

"Berhenti atas jalan berbukit aku takut sikit. Takut kereta berundur ke belakang," kata si pemandu berhemat yang tak sampai setahun dapat lesen. Ini sebab ramai takut guna kereta gear manual.

Percubaan si pemandu memotong kereta didepan tidak berjaya, kami dikejutkan dengan motor berkuasa besar dan penunggangnya berbaju putih bergerak seiring dan sejalan. Aku juga tergamam. Tiada pengalaman dalam situasi yang berlaku. Kami senyap. Dalam kepalaku 'mesti disuruh ke tepi'. Jangkaanku meleset. Penunggang beruniform putih hanya mengurut dada. Si pemandu hanya mengangguk. Terus dia blah. Rupanya dia saman kereta depan. Alhamdulillah...Ops selamat..Sabar...

Kadang-kadang memandu menyebabkan kita kurang sabar. Termasuk aku sendiri. Aku memandu seorang diri lagi aku cepatkan 'speed' . Nak cepat sampai. Kena ada orang yang 'ingatkan aku'. Nyanyi lagu Ana Rafali dulu. hehehe

Bertolak pukul 3.30 petang dan sampai pukul 2 pagi. Lama tak perjalanan kami? Inilah perjalanan balik kampung dan pulang semula ke tempat mencari rezeki. Moga Allah menilai niat kami. Keselamatan hanya milik Allah. Jadi sentiasalah ingat kepada Allah. Jangan lalai.

Sekarang aku dah pandai guna TNG. Dulu memang susah hati bila sampai di plaza tol. Terima kasih cik-cik guruku. hehehe...Walaupun dikatakan ada diskaun tol...yang pasti kami tak dapat diskaun yang diwar-warkan dalam tv. Adakah ini 'janji ditepati'? Hanya Allah yang menepati janji. Bukan manusia yang terbatas kekuasaannya. Susah nak kotakan janjikan. Ya...Sebab itu Allah meminta kita menyebut 'insya Allah' selepas berjanji. INSYA ALLAH bermaksud 'jika Allah izinkan'.

Harap kita tidak mempermainkan perkataan agung ini. nauzubillahi min zalik ^_^






24 Ogos 2012

Angpau.

"Ambil duit raya ni buat beli pen yea," kata makcik A sambil menghulurkan sampul angpau buat kami adik beradik. Tak disangka dihulurkan juga sampul itu kepadaku. 

"Terima kasih," sambil bersalam biasa tanpa cium tangan atau lagakan pipi. Caraku mungkin menjadi tanda tanya kepadanya.

Kami beransur keluar dari rumah sepupu ibuku itu (namanya aku rahsiakan).

Aku turun dan keluar dari rumahnya sambil menekan butang 'remote control' kereta myviku. Aku masuk seperti biasa. Makcik A ni ikut sama menghantar kami ke muka pintu.

"Eh, dah boleh bawa kereta dia," kata makcik A. Aku hanya tersenyum. Apa boleh aku katakan. Tadi aku nak tolak angpau yang diberikan. Bimbang makcik A 'kecik ati'. Aku terima je la...

Nasib la raya tahun ni. Kami bertiga dianggap sebaya. Padahal aku lebih tua 10 tahun dari adik-adik perempuanku ini.

Jika tahun lepas, ceritanya berlainan sedikit. Sebab anak tuan rumah kenal aku malah sebaya denganku. Dia memberi angpau kepada adik-adikku. Abang iparnya bagi angpau juga. Angpau abang iparnya dihulurkan kepadaku.

"Tua-tua pun dapat duit raya," perli kawanku merangkap anak tuan rumah ini.

"Nak buat macam mana...mukaku masih muda," kataku dalam hati. Kalau tak panjangla budak tu berleter. Aku dah nak beraya ke rumah orang lain lagi ni.

Bapa saudara yang jarang jumpa, dia tetap bagi. Alasannya masih bujang. Bujang yea. hehehe...tak kisah laa...
Soalan ramalan terbukti masih ada. Ramai sangat yang prihatin.

"Mak, kalau ada orang tanya bila nak kahwin... boleh tak nak tanya semula...makcik nak mati bila?," tanyaku kepada ibuku.

"hahaha...," boleh pula mak aku gelak.

"Tak terasa ke orang tu?" aku tanya semula. Nampak gaya ternenung juga ibu aku ni. Lambat jawab.

"Boleh juga. Nak suruh dia ingat sikit tentang kematian," jawapan 'educated' tuuu.

"Ajal, maut, jodoh pertemuan, rezeki... Allah yang tentukan. Buat apa la nak susah diri tanya. Kalau orang tu sakit jantung ....habis laaa," kataku.

"Suruh la orang yang bertanya tu doakan. Mana tau berkat hari raya," tersenyum aku dengar ayat ni. Tak sakit hati orang lain. Jawapan ini lebih sesuai untuk soalan ramalan aku ini.

Ada sesiapa nak kongsi pengalaman hari raya? silakannn...

23 Ogos 2012

Pesanan Imam Malik.

1. Ilmu agama adalah ilmu agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan dari siapa kamu pelajarinya.

2. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat kelebihan dirinya di dalam suatu hal, tetapi manusia lain tidak melihat perkara itu dalam dirinya.

3. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan lembut melainkan kepada hati yang bertakwa dan khusyuk.

4. Apabila seseorang yang zuhud (tidak mementingkan keduniaan), Allah akan memberi hikmah kepa danya.

5. Sebaik-baik perkara ialah yang terang dan nyata. Jika engkau syak antara kedua-duanya, ambillah yang dipercayai.

6. Sesiapa yang ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terlebih dahulu hendaklah membentangkan dirinya kepada syurga dan neraka dan bagaimana dia akan terlepas di akhirat kelak.

7. Perumpamaan orang munafik ketika mereka berada dalam masjid seumpama burung-burung berada dalam sangkar. Apanila pintu sangkar itu terbuka, mereka terus terbang keluar.

8. Mengikut apa yang diketahui ulama' akan ditanyadi hari kiamat seperti para anbiya'.

9. Apabila seseorang memuji diri sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.

10. Ilmu itu tidak mengikut riwayatnya, tetapi merupakan cahaya yang dimasukkan ke dalam hatinya.

11. Menuntut ilmu adalah perkara baik, tetapi hendaklah kamu perhatikan apa yang pasti kamu lakukan mulai dari pagi hingga petang dan lakukanlah perkara itu.

12. Orang yang menuntut ilmu akan menjadi seorang yang warak, tenang dan takut kepada Allah.

13. Tidak sepatutnya orang yang alim bercakap sesuatu ilmu yang tidak layak  dan berkuasa kerana ia akan membawa kepada kehinaan dan kekjian kepada ilmu itu.

14. Dinasihatkan Qadi, jangan meninggalkan ulama' ketika adanya masalah sebaliknya hendaklah berbincang bersama-sama.

15. Apabila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah engkau kaji dan fahami pendapat engkau dengan orang lain kerana pertimbangan yang waras menghilangkan kekosongan fikiran seperti api menhilangkan kotoran emas.

16. Allah tidak kasih kepada hamba-hambanya yang diberikan nikmat melainkan setelah hamba itu menunjukkan kesan nikmat yang diberi kepadanya. Leboh-lebih lagi orang yang berilmu.


17. Tawadduk adalah pada taqwa dan agama. Bukan pada pakaian. Sesungguhnya kami tawadduk didalam taqwa dan agama bukan pakaian.

18. Sesiapa yang mengetahui percakapannya mengikat kadar perbuatan, kurangkan percakapannya.

19. Apabila manusia tidak baik pada dirinya, disisi manusia lain pun, ia tidak baik.

20. Seseorang itu tidak akan menjadi baik kecuali dia menunggalkan sesuatu yang tida kaitan dengannya dan bekerja dengan apa yang dia dipertanggungjawabkan.

SUMBER: Siri Tokoh Islam 2/ IMAM MALIK Pengasas Mazhab Malik. Oleh: Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. Diterbitkan oleh MAIDAM.

16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H

Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Hanya beberapa hari lagi. Adakah kita telah mendapat kemenangan? Dari segi zahir ya. Tapi dari sudut yang lain, umat Islam Syria, Palestin dan etnik Rohingya masih berperang untuk mendapat kebebasan. Ya Allah berilah kemenangan kepada umat Islam keseluruhannya. Sesungguhnya aku tidak mampu. Hanya doa aku titipkan untuk mereka.

Esok,

Aku bakal berangkat pulang ke kampung bersama teman dan adik-adik. Moga perjalananku dipermudahkan segala urusan. Desas desus ada mengatakan jalan raya sesak teruk dengan kebanjiran kenderaan. Sudah lama aku tidak menaiki bas. Aku selesa dengan memandu sendiri untuk pulang ke kampung.

Kali ini aku pergi pusat servis untuk check myviku. Bateri kereta weak. Sedangkan aku baru sahaja tukar semasa perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan cina. Jangka hayat bateri ini biasanya 3 tahun. Baru 8 bulan dah buat hal? Adakah aku kenal tipu? Aku dinasihatkan sentiasa lihat air bateri.

Aku maafkan semua kesalahan yang pernah dilakukan terhadap diriku. Semoga orang lain akan memaafkan kesalahanku jua. Walau apa pun yang telah aku lalui, kesabaran adalah kuncinya. Ya...Aku perlukan kesabaran yang tinggi. Moga Allah memeliharaku dari segala keburukan dan kemaksiatan.

Di kesempatan ini, aku ucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir( kesalahan yang nampak)  batin (kesalahan yang tidak disengajakan). Aiid Saiid. Kullu Am Wa Antum Bikhair!


Doakan perjalananku selamat pergi dan balik ^_^

05 Ogos 2012

Kisah Thaha

"Thaha!" kata seorang pelajar.

"Thaha tu kelab Thaha yea," kata pelajar lain. Alangkah jahilnya mereka ini. Adakah surah ini tidak pernah dibaca oleh mereka? Sedangkan mereka mengatakan mereka telah khatam Al-Quran. Allahurabbi!

Inilah hakikat yang berlaku dihadapan mataku sendiri. Moga dengan catatan ku yang sedikit ini membuka minda mereka. Moga bermanfaat.


Surah Thaha. Surah ini dikatakan sebagai pelembut hati seseorang. Bagi seorang ibubapa yang mempunyai anak yang nakal, mereka digalakkan membacakan ayat 1-5 surah Thaha. Kemudian dihembuskan ke ubun-ubun anak ketika mereka tidur.

Hal ini juga berlaku kepada Saidina Umar Al-Khattab. Umar dalam perjalanan berjumpa Rasulullah dengan tujuan untuk membunuh baginda SAW. Dalam perjalanan itu, Umar berjumpa Na'im bin Abdullah. Na'im menasihatkan Umar menyelesaikan hal keluarganya dahulu.

"Adik iparmu, Sa'id bin Zaid dan adik perempuanmu, Fatimah binti Al-Khattab telah menjadi pengikut Muhammad," kata Na'im.

Umar menuju ke rumah adiknya. Dia terdengar suara seorang lelaki sedang mengalunkan bacaan Al-Quran. Surah yang dibacakan adalah surah Thaha. Orang yang membacanya adalah Khabbab bin Al-Aratti.

Umar menyerbu masuk ke rumah adiknya tanpa salam. Dengan serta merta Khabbab mencari tempat persenbunyian. Dia terlalu takut dengan Umar yang terkenal dengan sikap bengisnya.

"Apa bacaan yang aku dengar dari luar tadi?' tanya Umar sambil melihat ada helaian yang berkemungkinan itulah yang dibaca tadi.

"Serahkan kepadaku," minta Umar.

"Tiada apa-apa bacaan yang kami baca," kata suami isteri itu serentak.

"Aku dengar kamu berdua telah menjadi pengikut Muhammad," kata Umar dengan tegas. Lalu Umar memukul Said bin Said. Melihat suaminya dipukul, Fatimah terus menjadi benteng mempertahankan suaminya dari dipukul untuk kali kedua. Fatimah dipukul sehingga tersungkur.

"Memang kami telah menjadi pengikut Muhammad. Kami beriman kepada Allah dan RasulNya. Buatlah sesuka hati kamu terhadap kami," kata Fatimah sambil menyapu darah yang keluar dari bibir dan hidungnya.

Umar melihat darah yang mengalir pada wajah Fatimah, timbul perasaan menyesal terhadap perbuatannya tadi. Lalu dipegangnya muka adiknya dan meminta secara lembut," Serahkan catatan itu. Aku ingin mengetahui isi kandungan yang diajar oleh Muhammad,"

"Kami takut kamu apa-apakan catatan itu," kata Fatimah Al-Khattab.

"Janganlah kamu takut. Aku bersumpah dengan Tuhan Al-Latta dan Uzza, selepas aku baca catatan ini akan aku segera menyerahkan kepada kamu smeula," kata Umar.

Mendengar kata-kata itu, timbul harapan Fatimah bahawa Umar Al-Kattab akan masuk Islam. Lalu dia berkata," Wahai saudara kandungku, Engkau ini masih najis kerana masih musyrik. Sedangkan catatan ini tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci."

Mendengar kata adiknya, umar segera mandi. Selesai mandi, catatan itu diserahkan kepadanya. lalu dibaca ayat pertama yang dimulai dengan THAHA. Setelah Umar membaca beberapa ayat, terkeluar kata-kata dari mulutnya secara spontan," Alangkah bagusnya perkataan ini dan alangkah mulianya!"

Mendengar kata-kata Umar Al-Khattab itu, Khabbab meluru keluar dari tempat persembunyiannya lalu berkata," Wahai Umar! Demi Allah, sesungguhnya besarlah harapanku bahawa Allah telah memilih engkau masuk Islam. Sesungguhnya aku mendengar Muhammad telah berdoa. Ya Allah, kukuhkan Islam dengan Abil Hakam Ibnu Hisyam (gelaran Abu Jahal) atau dengan Umar Al-Khattab,"

"Tunjukkan tempat Muhammad Wahai Khabbab. Aku ingin mendatanginya dan mengucap syahadah dihadapannya," kata Umar Al-Khattab.

Hati Umar yang keras dapat dilembutkan dengan ayat dari surah Thaha ini. Inilah Mukjizat Al-Quran yang tidak sama dengan bacaan lain.

p/s: aku pernah terdengar seorang berkata bahawa ustaz di sekolahku membacakan surah yang berkaitan kewajipan puasa kepada pelajar yang ponteng puasa. Surah ini ustaz baca kemudian diikuti oleh pelajar ini. Ia dibaca secara berulang-ulang. Permulaan surahnya seperti dibawah iaitu Surah Al-Baqarah ayat 183:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. 

Surah ini dibacakan secara berulang-ulang sehingga pelajar ini menangis. Aku masih tidak tahu bagaimana perasaan pelajar ini sehingga mereka boleh menangis.

"Apa perasaan kamu selepas jumpa ustaz?" tanyaku.

"Saya dah insaf dan tidak akan ponteng puasa lagi," kata salah seorang daripada mereka.

"Saya rasa rugi tak puasa," kata pelajar lain yang turut sama bersama ustaz.

Aku teringin sangat mengetahui apa yang dilakukan oleh ustaz selain dari membaca ayat di atas. Ada pelajar-pelajar yang boleh tolongku? Harap  boleh bagitau dalam ruangan komen yea. terima kasih ^_^

03 Ogos 2012

Perkhemahan Dalam Kem.

Ya Allah, Berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi mereka ini.

Arahan menjadi guru pengiring. Nama aku di 'minitkan'. Ish...ini bukan bawah aku! Kenapa minitkan nama aku pula ni? Kemudian diminta membawa 2 pelajar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tingkatan 4 sahaja dan SMK sahaja. Aku bukan buta untuk membaca arahan itu. Bagi aku ini arahan yang tak masuk akal kerana dua kriteria itu tidak memenuhi kehendak pelajarku ini.

Arahan diterima walaupun hatiku kuat memberontak. Dua pelajar tingkatan 2 dipilih. Seorang lelaki  dan seorang perempuan. Pelajar ini dari sekolah agama bukan SMK. YMP menjadi aku akur untuk meninggalkan pelajarku yang bakal menduduki Pra Percubaan PMR minggu depan.

Apabila berkumpul di PPD, hanya aku seorang yang jadi guru pengiring. Seorang lagi entah di mana. Semua pelajar yang aku iring 12 dari 15 orang. Kebanyakan kanselor sekolah yang menghantar pelajar2 ini ke PPD. Mereka semua tingkatan 4. Aku cuba kuatkan diri dengan keadaan aku ini. Bulan puasa. Bulan berlakunya Perang Badar. Ya! aku mesti kuat walau apa pun terjadi.

Sampai di kem, kami guru pengiring perempuan hanya 4 orang. Kami diberi taklimat bahawa kami guru pengiring dan juga urusetia. Tak lupa juga, kena sentri. Jaga waktu malam di khemah pelajar-pelajar perempuan. 12 tengah malam hingga 2 pagi. 2 pagi- 4 pagi. Kami berjaga secara bergilir-gilir.

Kebanyakan program dikendalikan oleh seorang ustaz. Fasilitator yang datang semua tidak tahu atas urusan apa dan tidak diberi jadual. Hanya diberikan tarikh untuk hadir ke kem. Bukan salah mereka. Tapi salah pengurusan. Itu kataku. Bagiku ini program yang dikira hancur. Makanan ada tak cukup semasa waktu berbuka puasa. Yang memalukan ada guru pengiring lelaki dikejutkan oleh pelajar untuk bersahur.

Bilik guru pengiring juga ada masalah. Bagi sesetengah orang memang itu hal biasa. Air yang keluar dari paip adalah anak berudu dan ugat-ugat. Ini mesti air dari tangki yang tidak bersih. Kami guna bilik mandi pelajar. Kami dipindah ke bilik tetamu. Semua kerja dibuat di situ. Hal dalaman dalam kem itu tidak aku peduli. Seolah-olah mereka tidak ada kesatuan dan tiada keputusan yang jitu. Banyak kepala yang handle program ini. Jadual perjalanan program juga bertukar-tukar.

4 hari 3 malam, terlalu santai untuk program perkhemahan. Kem komandan yang hanya muncul apsa awal dan akhir program sahaja. 'Sleeping bag' untuk pelajar perempuan tidak diberikan walaupun telah dinberitahu akan dibekalkan 'sleeping bag' itu.

Timbul kes pelajar-pelajar masuk kolah. Aku kira itu perkara biasa. Yang luar biasanya, pelajar ini kena 2 jahitan pada kepala. Kalau ada pelajar terlibat nak cerita, letak di ruang komen yea.

'gambar hiasan'

Ada satu cerita yang memberi pengajaran kepada seorang pelajar ini. Mungkin dia tidak membawa selipar.

"Ini selipar kamu kah?" tanya ustaz.

"ini memang selipar saya." jawab pelajar ini.

"Saya nak pakai selipar ini sekejap," pelajar ini membenarkan ustaz memakai selipar.

"Selipar ini muat tak dengan ustaz? Dah lama saya pakai selipar ini. Dah lusuh. Tak sangka ada orang suka pakai," ujar ustaz itu.

"Adakah ini selipar kamu? Wallahi...baik kamu cakap betul," kata ustaz sambil gosok belakang pelajar ini. Pelajar ini senyap. Serba salah. Dia mengeleng kepala menandakan selipar itu bukan miliknya. Ustaz telah pergi ke pasar malam dan membelikan sepasang selipar untuk pelajar ini.

"Ini selipar ustaz nak hadiahkan untuk kamu," pelajar ini malu nak mengambil hadiah ustaz ini. Lalu meminta meminta maaf dengan ustaz dan berjanji tidak akan ulangi lagi perbuatan ini. Inilah kejahatan dibalas dengan kebaikan. Dalam ramai-ramai ustaz ada ustaz yang berhati mulia. Moga pahala berganda untuk ustaz ini.

*****ini sahaja kisah yang aku nak kongsi*****

*****selamat menjawab soalan pra percubaan PMR dan soalan ujian bermula selasa- isnin*****

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...